Lovely Laos

May 5th, 2016

img_20160426_121951
The most famous landmark in Vientiane

This time it’s Laos, baby! Ni kali pertama aku jejak kaki kat Laos. Sebelum ni mmg teringin nak pergi dan ini kali terus book tiket. Tak payah pikir banyak2. As usual, research a.k.a. homework is a must. My fave website untuk buat research ialah “wikitravel” & “tripadvisor”. Maklumat dlm tu semua lengkap, tak payah susah2. Just jot down tempat2 yg nk pegi, brp bajet and estimate lah itinerary tu. In total aku spend 10 hari dekat Laos. So dengan magiknya terkeluar la itinerary utk 10 hari tu.

Day 1 – Vientiane, Laos

Aku book tiket ni dari tahun lepas lg time promo, harga dalam RM 200 one way. Aku book one way sebab tak sure lg mana tempat seterusnya. Aku igtkan nk backpack pakai jalan darat je dr Laos pergi tempat lain tp apakan daya, plan tak jadi. So i ended up beli tiket balik tapi mahal nk mampus (USD 68). One tip for you out there is kalau nak beli tiket return, baik beli sekaligus, jgn beli 1 way now, 1 way later. Sebab harga dia memang lain. Banyak caj tersembunyi okay! So aku amek flight seawal pagi pukul 7.25. So malam tu terpaksa la tido dekat klia2. Tido macam gelandangan okay! Tapi nasib baik byk strangers temankan. So anyway flight time dalam 2.45 jam. Sampai Vientiane pukul 9.10 pagi (waktu Malaysia 10.10 pagi). Sampai2 dekat airport, diorg akan bagi arrival/departure slip. Isi and beratur utk cop passport. Just smile but don’t wave. And us Malaysians do not need visa for Laos. We can stay visa-free for 1 month. Keluar je dari imigresen, amek beg (if any, aku mcm biasa bwk bagpack 10L, no fuss no muss), and pegi kaunter amek teksi untuk ke hostel (kalo nak suruh org hotel/guesthouse amek pun boleh). Teksi dari airport to my hostel or any other places in town is 57k kip. Checked in everything & terus gerak ikot itinerary ke patuxai, that pham, wat si saket (not to be confused with wad utk org sakit) & hophakaew museum. Pergi sini aku naik tuktuk 150k kip (dia quote 200k kip). Agak mahal di situ sebab aku malas nk tawar lagi di tgh panas yg terik. Igt kan KL je yg panas rupanya sini lagi panas! Berjalan tgh terik kau dapat rasa bahang dia dekat telinga and nafas yg kau hembus tu pun panas! Sebenarnya 4 tempat tu dekat je dgn bandar. Boleh sewa moto kalo nak (aku tak reti bawak so…). Dalam pukul 1pm dah complete lawat, checked in hotel & rehat kjp & petang2 sikit baru keluar cari makan and tgk mekong river & night market.

img_20160426_171638
View of the Mekong river at sunset

Bab mkn mmg pyh sikit nk cari halal food tp ada la 3 kedai indian food yg claim halal but still serve alcoholic drinks. Biasa tempat mcm ni mmg normal tak kira mana negara kau pergi. Been there, seen that.  And mlm tu pukul 8 terus pegi bus station utk ke Phonsavanh. So aku tak bermalam pun kat Vientiane sbb takde pape nak tengok. Tiket bus aku beli menerusi hostel aku & diorg siap htr sekali ke station. First time aku naik bas tapi rasa mcm aku tgh naik sampan di tgh laut bergelora. Bas dia kejap2 melambung ke kiri, kejap ke kanan. Yg mabuk darat tu i don’t recommend at all. Nasib aku bkn jenis mabuk & dapat la aku tido dengan bunyi, lampu & lambung2. 11 jam ok! Tp nasib sleeper bus tp xde privacy curtain. Kau nampak org tido, org pun npk kau tido. And bas tu mmg jenis benti2 amek org. 1 thing i liked about the journey is the music. I actually liked the music. Aku pny iPod terus tolak tepi!

Day 2 – Phonsavanh
Bas sampai di Phonsavanh dalam 6.30 pagi. Sampai kat stesen bas mmg akan ada tuktuk tggu situ tp instead aku “ditemui” oleh sorg Lao boy & hantar aku ke guesthouse naik moto. It was a good option sbb aku pun sorg & takde luggage. Murah pun murah. Dah smp guesthouse, checked in & continue naik moto dgn the Lao boy utk pegi plain of jars.

img_20160427_135632
My Lao boy 🙂

There are 3 sites of plain of jars. I chose site 1 & 2 together with ancient city. Mind you, tempat2 dia jauh antara 1 dgn yg lain. Plain of jars to me is very interesting since nobody knows where these jars come from. And they are scattered everywhere.

img_20160427_092925
Plain of jars

1 benda yg sgt penting kat Phonsavanh ialah jgn jln ikot suka hati kau je! There are mines everywhere & sampai hari ni the relevant bodies are still trying to clear the mines. Lagi2 kalau kau pergi plain of jars. Jgn jln suka hati. Pandang bawah & ikot petanda konkrit yg diorang tanam. Biasa akan ada petanda sebelah kiri & kanan. Putih maksudnya clear, xde minds. Merah maksudnya area tu diorg belum “bersihkan” lagi. So stay inside the white markers!

img_20160427_095232
Watch where you walk!

As I’ve mentioned, ada 3 sites utk plain of jars. Kau pergi tgk 1 site pun cukup dah sbb bendanya sama cuma kawasan je lain. Yg ancient city plak ada 4 key places. Satu giant buddha and yg lain stupa. Bg aku ancient city is not that worth it. Better kau simpan duit pergi tgk Angkor wat kat Cambodia. Ancient city aku ckp not worth it sbb lokasi dia – kat tgh2 kwsn perumahan. To me, these monuments should be preserved right and not left to rot in the middle of urbanisation.

After ancient city, Lao boy took me to the viewing point. Tgk the whole Phonsavanh. 1 Phonsavanh kau dpt tgk dr bukit tu. Hbs jln, blk guesthouse utk mandi & rehat. Ptg2 sikit jln2 area Phonsavanh market and kawasan sekitar guesthouse. The language barrier here is huge. Ckp english diorg tak paham. Pakai isyarat tgn pun diorg tak paham smp aku jd fed up. Aku nak beli tiket bas utk ke Luang Prabang, memandangkan guesthouse aku tak jual, terpaksa la aku pegi tour office or stesen bas. Tp carik pny carik, tak jmp. Tny diorg ni buat aku stress & fed up! Sorg ckp belah sini. Sorg ckp belah sana. Sorg ckp belok kiri. Sorg ckp jln terus. Dah tak jumpa tu aku pun give up la. Dah la panas terik. Penat pulak tu. OTW blk guesthouse aku nak pegi mkn dkt 1 kedai halal ni, org ckp sedap. Aku smp kedai tu dlm pukul 5.30pm, tp dah tutup. Aku dah la sehari suntuk tak mkn. Last2 beli roti & kek kat kedai tepi jln. Kedai2 kat sini rata2 tutup pukul 4,5 pm. It’s really a sleepy town. Jln pny jln terjumpa la 1 tour office ni. Dpt la aku beli tiket ke LP. Ada 2 option samada nak naik bas or minivan. Org tu ckp naik bas 8 jam, naik minivan 6 jam. Minivan ada aircond, cpt tapi mahal by 20k kip. Minivan tak stop2, direct je jln. Bas byk stop tuk amek org. Aku tak kisah psl harga janji dpt smp cepat. So aku pun beli tiket minivan utk 8.30 am next day. Dia suh aku seblom pukul 8 dah kena tggu kat office tu. Settle bab tiket, hilang stress aku.

Day 3 – Luang Prabang                                                                                                                          Tuktuk amek & bwk aku ke stesen minivan. Aku npk je minivan tu terus luluh hati aku! It was a local minivan. Dgn brg dkt atas van, dlm van and atas seat. Nak kena duduk mesti langkah & pijak brg2 diorg ni. Mmg sgt sempit! Time tu mmg aku rs ditipu. Dah la takde aircond! Pastu naik plak dgn locals. Brg punya la byk, smp penuh & buat aku tak selesa. Takde tempat nak ltk kaki. Sempit. Nasib baik ada sorg mamat Vietnam ni naik dgn aku jugak. Kalau aku sorang, mesti rasa nak nangis dah. That is not the worst part. Dlm van tu ada sorg nenek Lao. Dia nampak kedai tepi jalan je dia suh driver tu berhenti. Dia nak beli barang. Punya byk dia shopping & entah brp kali van tu berhenti sebab dia. Beli sayur la, daging babi la. Dia siap bwk cooler lagi ltk depan tempat duduk dia. Pastu dah la ckp tak berhenti. Stress aku! Dah la tak selesa. Panas. Sakit bontot. Sakit belakang. Satu van pulak dgn nenek tu. Rasa nak campak je nenek tu keluar tingkap. In the end, it didn’t take 6 hours but 9 freaking hours! Dari pukul 8.30 sampai pukul 5.30! Hbs lari plan aku utk hari tu! Smp je stesen bas, aku amek shared tuktuk utk ke hostel. Hostel aku duduk ni dekat je dgn night market & places of attraction. Dah check in, aku pun merayau la area situ, nak carik kedai halal. Pusing punya pusing, tak jmp! Stress aku. So second day straight without real food! Pegi night market beli donut. Mind you, seafood mmg takde langsung kat sini & seluruh Laos. Semua makanan berasakan babi. Babi rebus, babi goreng, kaki babi, perut babi. You named it, they have it! So balik la aku ke guesthouse dgn perut lapar, sakit belakang & sakit kaki.

Day 4 – Luang Prabang                                                                                                                                It’s a new day & a new start. Bgn pukul 7.30 (mcm ni la kalau duduk hostel, dikejutkan dgn bunyi2 yg annoying), siap2 & had free breakfast at the hostel. Tomato omelette with toast & coffee. Pastu first stop is Wat Phousi yg terletak atas bukit. Ada dua cara nak ke wat ni either on the east side or south side. Aku naik on the east side facing the Mekong river. Masa naik & turun tu rasa nak tercabut jantung. Ada lebih kurang 200 anak tangga & tak la curam sgt tp I am unfit after all. Naik tu byk jugak la pitstop aku buat. Tp penat lelah tu rewarded la jugak because you can see panaromic view of LP & Mekong river. Lepas jln punya jln npk 1 lagi wat along the way, Wat Visoun.

img_20160429_125001
People say this is the most beautiful temple in the whole of Laos

Sini aku breeze through je. Walked along the street tetiba nampak Nisha Restaurant. Ni la restaurant yg aku nak carik semalam. Restaurant halal dekat LP. Nisha restaurant di ada dekat 3 tempat kat Laos ni. One in Vientiane, one in LP & one in Vang Vieng. Tgk jam awal lg. Br pukul 10. So aku jln dulu, tgk2 sekitar Dara Market. Dara Market is where the locals do their shopping. Ada jaul baju, hand phone, kain, brg2 traditional org Laos. Aku nampak ada  tourist information office, so aku pun ambik la map satu. Ikot map aku jln ke Royal Palace Museum. Ini istana raja Laos yg dah ditukar kpd museum. Ala2 istana negara lama kita. Byk brg2 diraja, bilik2 & sewaktu dgnnya. Ada jugak king’s car collection yg showcase kereta antik yg diorg pakai dulu2. No photos allowed and beg keba simpan dlm free locker yg disediakan. Royal palace ni bukak dr pukul 8am-11.30am, rehat kejap & bukak blk pukul 1.30pm. Berdepan dgn royal palace ni ialah the second entrance utk naik ke Wat Phousi. Jln2, belok2 nampak lagi Mekong river. Jmp 1 cafe ni “Saffron espresso cafe”. Aku order banana fruit frappe. Sedap la jugak. Yg best ialah dpt duduk & tgk view of Mekong river yg sgt menenangkan. Dgn bunyi bot and angin sepoi2.

img_20160429_115014

Tgk jam dah pukul 1.30, so bergerak ke Nisha Restaurant utk lunch. Harga kat situ agak mhl tp nak buat mcm mn dah yg tu je ada. But the food was nice. Indian food. You HAVE to try their chicken tikka masala! Sedap! Cukup pekat dia, cukup rempah dia, cukup pedas dia. Nasik putih dia pun sedap, ada flavour, tak mcm nasik putih kita. Perhaps it’s some sort of Indian rice? Perut pun dah kenyang, next mission ialah beli tiket bas untuk ke Vang Vieng. Sini byk tour office, tak macam Phonsavanh. So tak payah risau. Tp make sure kau survey dulu harga tiket sbb tak semua sama. Ada yg tak include pick-up, ada yg include. Aku jmp 1 yg include and murah berbanding tempat lain. So aku pun terus beli & balik hostel feeling mission accomplished. Blk mandi, rehat. Dlm pukul 5.30 baru kelaur lagi utk dinner kat Nisha merangkap shopping kat Night Market. Chicken tikka masala kat Nisha was really good! Night market kat sini jual typical things yg biasa jumpa kat Thailand, souvenirs etc. Kat sini famous kain Lao cotton & Lao coffee. Aku tak beli apa pun sbb bkn jenis yg beli souvenirs. But I did buy pants sbb dah takda seluar nak pakai. Printed pants mcm yg kat Thailand yg org putih suka pakai bila travel kat negara Asia. Done shopping, singgah beli mango cake utk breakfast esok hari & blk hostel rehat.

Day 5 – Vang Vieng                                                                                                                            Awal2 pagi check-out & terus ke stesen bas utk naik minibus ke destinasi seterusnya – Vang Vieng.

img_20160430_090707
Very minibus

Perjalanan dlm 5.5jam je. Naik pagi, tgh hari smp. Aku suggest siapa2 yg ada mabuk darat tak payah la dtg sini sbb jalan dia ya ampun! Bumpy, mcm ular, curam & driver dia drive mcm bwk ambulance. Tapi aku suka. The faster the better. Cepat sikit sampai kan! Lunch is included in the ticket. Ada stop 2 kali (first dlm 10 minit je, second dlm 0.5 jam sbb lunch). Aku tak mkn because as I’ve mentioned, semua makanan diorg berdaging. So smp VV dlm pukul 3pm & naik shared tuktuk untuk ke guesthouse. Ckp je dkt driver hotel/guesthouse mana, dia tentu tau. Guesthouse aku agak terpencil sbb bkn dkt centre. Jln kaki ke centre dlm 10 minit but I liked it sbb takla bising sgt. As you know, VV is a party scene although not as wild as in the 00’s. Byk bdk2 hingusan yg suka pasang musik kuat2, bising and kuat minum. Settle check-in semua, next mission ialah carik tempat mkn sbb dah la lunch tak makan. Google2 ada 1 kedai halal (Nazim Restaurant). Dkt je dgn town. Hati2 sbb ada 1 restaurant pun nama dia Nazim Restaurant merangkap Nazim guesthouse tapi tak halal (sbb takda tanda halal). Nak yg halal pegi Nazim yg lg 1 yg ada ltk logo halal and it’s Indian food. Makanan kat sini tak sesedap Nisha yg kat Luang Prabang, tp apa nak buat, itulah satu2nya tempat mkn halal kat VV. Kalau ikutkan, Nisha ada 1 branch dkt VV tp aku tny owner yg kat LP dia ckp dah tutup. So your only option is Nazim. Harga mmg standard la mahal. Lps mkn, jln sekitar town untuk tgk apa yg ada. Lgpun time tu dah pukul 6.30pm, aku pun dah penat so blk guesthouse, cuci baju, mandi rehat & plan untuk next day.

Day 6 – Vang Vieng                                                                                                                             Initially aku plan nak stay 1 mlm je, & hari ni patutnya blk ke Vientiane. Tp sbb aku belum explore VV ni, aku stay utk 1 mlm lg. Bilik aku pun kosong so… Pagi pukul 8.30 aku dah gerak ke kedai basikal untuk sewa mountain bike sbb nak ke blue lagoon. Sehari 30k with free map. Tapi map dia tak berapa lengkap, al maklumla lukis pakai tangan. Sesat jugak la aku nak cari wooden bridge tu, terpaksa tanya org. Aku ingatkan nak kayuh basikal ni senang je, smooth all the way. Tapi sangkaan aku salah sama sekali! Nak ke blue lagoon ni amek masa dlm 1 jam one way ikot level of fitness masing2. Jarak dlm 7 km. 0.5 jam pertama okay lagi sbb jalan dia boleh tahan. View sepanjang perjalanan pun cantik.

img_20160501_092057
Just me and my bike

Byk kali jugakla aku berhenti utk rehat sbb kaki penat, lagipun panas yg tersangat terik. Naik bukit terpaksa turun & tolak basikal sbb tak larat nak kayuh. Turun bukit best, tak payah kayuh. Org ckp 1 jam tp aku amek masa dlm 2 jam. Al maklumla tak fit. 15 minit terakhir aku nampak signboard “blue lagoon 2km”. Aku pun happy la sbb dah nak sampai. Tp sampai je situ org bukan main ramai. Aku ingatkan fake blue lagoon sbb ramai traveller yg pernah tertipu & sampai kat lagoon lain. Baru aku sedar yg hari tu hari ahad. Org Lao siap berpiknik lagi. Air dia takda la biru sgt, more like green plus blue. Tgk org ramai sgt & kecoh yg amat, aku rasa disappointed. Lgpun tempat tu tak mcm yg aku expect. Ibarat 1 lubang & ada air kat situ. Tak besar pun. Sebesar kolam ikan je. Mula2 aku ingatkan tempat tu fake sbb aku expect the place to be more secluded & peaceful instead of this ridiculous chaos. Aku pun blah dari situ tak sampai 10 minit. Aku pergi tempat lain plak hoping I would find the real blue lagoon. Aku jmp 1 jalan yang sgt berbatu. Sakit bontot aku! Lopak sana sini. Tgh kayuh tu tercabut pulak rantai basikal, nasib baik boleh baiki. Sejam jugak la aku kayuh kawasan berbatu tu. Dah tak larat sgt, aku turun & tolak je basikal aku. Mana taknya, bontot sakit gila and tgn pun dah bergetar. Sampai la aku kat 1 kampung ni. Ada signboard tulis “Patong Cave 4km”, tapi takda plak signboard blue lagoon. Area situ dah la sunyi memandangkan aku sorang je tourist kat situ. Pikir pny pikir aku rasa malas nak teruskan perjalanan. Jam dah pukul 11.30am. Aku amek 3 jam untuk sampai sini. Balik pun mesti amek lagi 3 jam, nanti pukul brp nak smp town? Dah la penat, kaki pun dah cramped, matahari terpacak atas kepala. Nasib baik aku still boleh jalan/kayuh dgn kaki cramped. Perjalanan balik amek masa 1.5 jam termasuk pitstops. Sampai je town terus lunch kat Nazim & balik guesthouse dgn kaki, tangan & bontot yg sakit teramat. Dah habis rehat semua, pukul 5.30 gerak untuk pulangkan basikal sbb dia ckp mesti pulang sebelum pukul 6. Kalau tak, kena caj lebih. Lepas tu terus survey tiket untuk ke Vientiane esok. Rata2 harga tiket dlm 40k-90k. Yg paling mahal ialah private toyota untuk 5 org. Aku pilih minibus je sbb perjalanan tak lama dlm 4 jam. Aku plan nak naik yg pukul 8/9am tp semua dah sold out. Tinggal yg pukul 10am & 1.30pm. Aku amek yg pukul 10 sbb nak smp Vientiane tgh hari, boleh aku round2 dulu before amek bas ke Pakse. Dah beli tiket, aku pun pergi Nazim tapau naan untuk dinner karang. Round2 kejap tgk view sunset and usha org2 baru balik tubing. Aku tak buat tubing sbb tak minat & tak reti nak berenang. Lagipun risiko dia agak tinggi (you can and probably will get an infection!). Dulu tubing sgt havoc kat VV ni tp due to government crackdown, dah kurang sikit. Hari pun dah gelap, balik guesthouse la jawabnya. Dha la guesthouse aku ni macam terpencil sikit. Di Laos ni matahari cepat naik & cepat turun (mcm di Sabah & Sarawak).

Day 7 – Vientiane
Pukul 10 tepat dtg bas mini amek aku dari guesthouse ke bus station. Mula2 aku ingatkan bas ni yg akan ke Vientiane, aku dah rasa tak selesa. Serius buruk gila bas tu. Nasib baik bkn & dia bwk smp bus station. Naik big bus yg buruk tapi boleh la for the price I’ve paid. Bas gerak pukul 11 & tak stop pun which was good. Sampai Vientiane dlm 11am & dia tak bawak pun pegi bus station but instead berhenti tepi jln near town. Aku share tuktuk dgn 2 org mamat German & sorg pompuan Thai & driver drop aku kat Talat Sao station which is the local bus station. Mind you, there are a few bus stations in Vientiane. Depends on where you arrive/depart from. Aku try la naik local bus diorg which was cheap and quite comfy utk ke Dong Dok station sbb nak beli tiket ke Pakse. Org ckp kalau nak naik bas pd mlm yg sama kena beli tiket before 5.30pm sbb takut habis. Kalau kau naik local bus, make sure kau bukak mata besar2 & tgk sekeliling takut terlepas. Dah la language barrier kat Laos agak besar. Aku byk follow instinct aku bila kat Laos ni. And it had not disappointed me while I was there. Agak2 dah smp, aku tny org dlm bas utk confirmkan. And yup, I was right! Dah beli tiket tu aku lepak2 jap kat stesen tu. Agak dlm pukul 5 aku amek tuktuk ke Mekong river utk dinner. I highly recommend “New Delhi Indian Restaurant” instead of Nazim. Naan dia tersangatlah lembut & sedap & murah berbanding Nazim. Kedai diorg berdepan je. Lps dinner, jln2 sekitar night market along Mekong river. Tak lama pastu, hujan la pulak. Terus aku amek tuktuk utk blk ke Dong Dok station. Aku silap percaturan di sini & ended up spending a lot of money. Sepatutnya, sampai je kat Vientiane aku terus ke Mekong utk mkn & baru ke Dong Dok station utk beli tiket. Takde la ulang-alik. Naik tuktuk waktu mlm & dlm hujan, prices are inflated! But what to do. You win some, you lose some. Pukul 8 dah boleh naik bas. Aku naik pastu diorg suruh keluar and tukar bas. Mind you, I had the correct bus tp diorg yg salah atur tempat duduk. Ended up 2 persons having the same seat. Aku pun keluar and naik bas lg satu. It was full house & aku kena share a bunk with one Lao woman and her probably 4-year old daughter. Naik sleeping bus memang mcm tu. Dah la tilam dia kecik. Lg kecik dr kita punya tilam single & kena share 3 org! Aku mmg tak boleh tido time tu. Dah la budak kecik tu nangis pastu tolak2 aku (dia tido tgh). Aku mmg dah sgt ke tepi dah, kalau tepi lg mau jatuh! Mmg sgt2 tak selesa. Kalo kau byk duit boleh je beli 2 seat so kau sorg je tido atas tilam tu, no sharing. Lg 2 jam nak sampai diorg turun entah kat mana & dpt la aku tido kejap.

img_20160504_200959
Boleh bayangkan tak tilam besar ni tapi utk 3 org??

Day 8 – Pakse & Don Det
Sampai Pakse dlm pukul 7 pagi, beli tiket van utk ke Ban Nakasang. Perjalanan amek masa 3 jam with 1 toilet stop. Ban Nakasang is the last stop utk ke 4000 islands. Smp kat jeti kena beli tiket bot pulak utk ke Don Det (one of the islands in 4000 islands). Boat trip took 10 mins. Kat Don Det aku tak book accomodation, main terjah je. Found Mr. B’s guesthouse & amek 1 bungalow facing the river (80k kip) semalam, siap dgn private bathroom & hammock. Aku smp je bungalow tu, tak explore pun sekitar situ. All day long relaxing in my hammock & main2 air kat Mekong river tu. Mmg sgt santai and carefree. I don’t regret not exploring the surrounding area sbb niat aku mmg nak santai je & nak hilang penat & stress.

img_20160503_164732-copy
Lying in my hammock with this as my background

Day 9 – Don Det & Pakse
Bot pukul 11 so 10.30am checkout. Naik bot blk ke Ban Nakasang & naik van ke Pakse. Tiket bot & van aku beli dgn guesthouse, murah sikit. Tiket bas ke Vientiane pulak aku beli awal2 lg time aku smp kat Pakse hari tu, takut takda tiket. Smp Pakse, van dropped aku dekat tour agency sbb ada free shuttle dari situ ke stesen bas. Bas pukul 8.30pm so kena naik shuttle pukul 7pm. Lagipun aku sampai situ dlm pukul 3, ada lg 4 jam so aku pun jalan2 area Pakse merangkap cari makan. Jumpa 2 kedai area tak jauh dr tour agency tu. Guess what, Nazim Restaurant memang ada merata kat Laos ni! Tapi aku tak nak makan kat Nazim, tak sedap. Aku try Jasmin Restaurant serving indian food and malay food. Ordered nasik goreng ayam, & memang terbaik! Murah plak tu (20k kip)! Nasik goreng ayam tak macam kita punya ada ayam goreng seketul kat atas tapi isi ayam ketul2. Banyak ayam dia! Boleh dikatakan setiap suap nasik kau mkn akan ada seketul isi ayam. Puas aku makan! Lps mkn, aku pegi local market dia tgk2 apa yg ada. Aku malas nak pegi temple-exploring memandangkan duit yg aku ada cukup2 je utk smp airport esok hari. Pukul 5pm aku balik lepak kat tour agency lg bagus. Borak2 dgn pompuan Lao yg jaga agency tu & other travelers. Tepat pukul 7pm shuttle van dtg htr kitorg ke bus station. Aku tak sama bas dgn other travelers, instead bas aku majoriti org Lao. Not a single org putih in sight buat aku nervous. Dah la org jaga bas tu tak faham English. Tapi kali ni aku sgt selesa sbb bas tu tak ramai org & I had the bunk all to myself. Nyenyak aku tido! It was worth it. Bas pun selesa, tak bising.

Day 10 – Vientiane
Sampai Dong Dok bus station (or Southern bus station) pukul 6 pagi. Flight aku blk KL pukul 9.40 pagi. Nasib baik sampai awal sbb risau jugak takut termiss flight. Aku amek shared tuktuk dr Dong Dok ke Wattay airport. Tuktuk tu tunggu penuh baru dia gerak. Kalau setakat 2 org dia tak kan blah. So keep that in mind. Setengah jam jugak la dia tunggu org baru gerak & lagi setengah jam utk drop penumpang lain. Aku sampai airport masih awal dalam pukul 7.30am, boarding pukul 9. Lepak la dekat airport, minum kopi smp la masuk flight. That’s a wrap for my trip to Laos! Would I come back for another visit? Probably not. Bagi aku, Laos cukup kalau pergi sekali. Honestly, I was not very impressed with the country and its temples. Moreover, I got my money stolen in Vientiane. Tak sedar pun duit hilang, tup2 sampai Don Det check duit takda. Aku rasa org amek time aku tak kunci beg hari aku nak pergi Pakse. Aku tak jaga beg untuk seminit dua, tgk2 org dah amek duit aku. Pandai org yg curi tu. Dia amek duit yg besar2 je untuk elak disedari. USD200 & 200k kip gone just like that without me even realising it! Hebat!

In total I spent 10 days in Laos smp kawan aku ckp, “Kau buat ape lama sgt kat tempat mcm tu?!”. Well, I enjoyed it, it was relaxing and I didn’t feel rushed. That’s what travelling is supposed to be!

One thought on “Lovely Laos

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s