Travel tips untuk traveler bergelar perempuan

November 8th, 2016

Bila cakap pasal travel, semua orang akan cakap “Eh aku suka travel la”, “Best gila kot travel ni“. Yes, travel memang best if you know what you’re getting yourself into. Tapi boleh bertukar menjadi pengalaman yang tak best bila kau tak buat persediaan yang sepatutnya. Lagi-lagi kalau travel cara backpacking. The only luggage you’re carrying is a backpack, nothing else. Tapi tu la, ramai yang suka travel/backpacking, tapi rata-rata clueless when it comes to it.

1. Jenis yang overconfident (mentang-mentang dah travel solo sekali, dia ingat semua tempat dia boleh pergi)

2. Jenis yang tak buat research (pasal tempat, pasal kos, pasal culture etc)

3. Jenis tak sedar diri (book hostel murah tapi complain memanjang, nak facilities hotel taraf 5 bintang)

4. Jenis yang racist (kau kat tempat org, tambah lagi dgn org dari pelbagai negara, belajar la erti respect. What’s right for you might be wrong to them. What’s disgusting to you might be acceptable in their culture)

5. Jenis yang memang clueless (this goes back to jenis nombor dua (tak buat research, tak tanya orang yg lebih seasoned) and last but not least

6. Jenis yang tak reti packing (benda penting/diperlukan dia tak bawak tapi benda yang memang tak patut bawak dia bawak sampai penuh satu backpack)

And now, I’m going to elaborate all those 6 points.

Point 1 – Overconfident
At some point in your life, kau akan ada keinginan untuk travel secara solo. Bila dah ada keinginan tu, kau start bina kau punya confident level. Buat research banyak-banyak (see how it always goes back to research?). Baca blog solo traveler. Tapi biasa yang kita jumpa ialah lebih kepada pengalaman minah saleh. Amek yg mana sesuai dan adaptasikan pd diri kau. Us Asians generally tak banyak “masalah” kalau travel ke negara asia lain. Org tempatan hanya berminat dgn minah saleh rambut kuning, kulit putih. Kita yg rambut hitam, kulit gelap ni takda siapa nak pandang. Teehee. Kalau first time nak travel solo, cari negara yang sesuai, baca review orang. Beranikan diri and before you know it, you’ll be traveling on your own. Tapi jgn overconfident sangat. “Eh best la travel sorang ni. Takda hal la!“. “Aku rasa selamat je travel sorang. Lepas ni nak pergi negara sekian-sekian la!“. Yes, travel sorang lagi-lagi kalau kau perempuan memang kau akan rasa konfiden sebab you’ve made it. Tapi harus diingat, bukan semua tempat kau boleh travel seorang diri especially perempuan. Jangan terlampau overconfident, nanti takut tergadai diri.

Point 2 – Tak buat research

There’s nothing I hate more than org yang nak pergi travel tapi tak buat research. Ibarat kau nak pergi shopping, tapi tak bawak duit. Tak ke bangang?! I cannot stress enough the importance of research, homework. Penuhkan ilmu di dada dengan tempat yang kau nak pergi. Tempat tu kat mana, macam mana nak pergi. Berapa entrance fees.  Bila masa yang sesuai nak pergi. The do’s and don’ts of the country and their culture. Kalau boleh, buat bajet supaya kau tau berapa banyak duit yang kau kena ada. Keep yoirself up-to-date with berita kat negara yang kau nak pergi. Jangan sekadar baca berita tempat kau sendiri je. Sometimes, there are things like political tensions, uprisings, natural disasters yang kau perlu tahu and these things are always reported in that respective country’s newspapers.

Point 3 – Read: idiots
Okay, jenis org mcm ni memang bangang abadi! Don’t put high expectation kalau dah kau bayar 10 ringgit semalam utk tempat penginapan. Macam-macam nak mintak. Pastu mulut complain memanjang. Kau nak yg murah, servis memang lah sewaktu dengannya. Same with travel tours jugak.

Point 4 – Racists

Please respect other people’s cultures and beliefs! Tak semua org sama. Tak payah nak boikot org negara sekian-sekian disebabkan diorg buat something yang agak aneh dari yang sepatutnya. And jangan terasa hati kalau kau didiskriminasikan disebabkan agama kau. Lagi-lagi kalau kau seorang muslim yang berhijab. You have to understand that terrorism related to Islam has been on the radar these past decade disebabkan oleh golongan-golongan celaka yang bertopengkan agama. Bak kata pepatah, “kerana nila setitik, rosak susu sebelangga“. Tunjukkan respect and nilai murni yang diajar dalam Islam. Biar diorang tahu, wujud lagi orang Islam yang cool and peaceful.

Point 5 – Clueless

This actually goes back to point no. 2. Clueless sebab apa? Sebab tak buat research. Travel nak, tapi research malas. Sila meninggal! End up sampai negara orang terkapai-kapai la, bajet lari la, attraction tak bukak la. Kita hidup di zaman teknologi. Zaman orang yang handphone melekat kat tangan. Bukak website, bukak blog, baca, hadam. Kalau still tak clear, pergi mana-mana travel forum, and tanya orang. Tak susah pun kan? Tak payah bukak mulut, tak payah jumpa depan-depan. Online je. Takkan tu pun tak boley buat?!

Point 6 – Tak reti packing

Sesetengah orang tak paham erti backpacking. Semua benda nak dibawaknya. Kalau boleh, semua benda dalam rumah dia nak bawak. Makcik, kau pergi backpacking. Travel light. Lebih-lebih lagi kalau kau tak beli luggage. Yang ada hanya allocation untuk cabin bag 7 kilo. Bawak yang penting je. Baju bawak yang dri-fit / nipis. Senang cuci, senang kering. Malam ni cuci, esok dah kering. Makanan pun tak payah la nak bawak banyak sangat. Aku confirm kau tak makan punya! Segala megi bagai kalau nak bawak, 2,3 bungkus pun dah cukup. Apa barang pergi jauh ke negara orang, tapi makan megi je? Baik kau duduk rumah je macam tu. Kau dah buat bajet kan? Takkan duit tak cukup? Aku kalau pergi seminggu dan ke atas, aku hanya bawak baju 3 helai, seluar satu, baju tido seset, intimates and that’s about it. Tak sampai berkilo-kilo pun. Ringan je beg. Takda masalah nak lepas gate. Barang macam toiletries tu tak payah la bawak banyak sangat. Sanitary pad pun sama. Kalau kau pergi negara yang ada town, memang aku jumpa semua tu. Tak mahal pun beli sana. The point is kau nak jimat bag space. Bawah ni aku list benda yang selalu ada dalam bagpack aku kalau aku travel.

1. Mangga (padlock) – ini penting sebab kalau kau duduk hostel, diorg biasa akan sediakan loker tapi takda mangga. Kalau ada pun, kena sewa. Aku tak confident pakai padlock yang diberi, takut tak secure. Tapi jangan lah kau bawak padlock pagar yang besar tu. Bawak yg medium sudah. Tapi make sure handle dia tu nipis kot-kot tak muat dalam lubang locker.

2. Baju nipis or dri-fit

3. Pashmina / shawl– ini sangat versatile. Kau boleh buat topeng muka, boleh buat selimut, boleh buat beg, boleh bungkus barang.

4. Ubat-ubatan – ubat cirit sangat penting lagi-lagi kalau kau ada perut yang sangat manja. Kadang-kadang ubat diorg tak ngam dgn kau. Bawak la ubat yang kau biasa makan and tau berkesan. Tak berat pun.

5. Pen and book – pen supaya senang kau nak isi borang, VOA etc. Tak payah nak terkial-kial tunggu org habis guna. Buku untuk catat apa yang patut. Aku biasa catat my travel expenses untuk keep track berapa banyak duit aku dah guna.

6. Salinan passport, travel insurance

7. Disposable poncho

8. Wet wipes – ini antara benda terpenting dalam bag aku. Banyak kegunaan!

9. Day pack – untuk jalan-jalan. Beg besar boleh tinggal kat hotel. Day pack untuk isi barang penting untuk jalan-jalan.

As you can see, everything goes back to proper research. Jangan nak terhegeh-hegeh travel kalau research tak buat. Semua benda tak tahu! Research bukan berbayar pun. Cuma dia memakan masa sikit je. Learning has no end. Only beginning.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s