Macau & Hong Kong: Secara Ringkas

March 8th, 2017

Ini kali kedua aku datang Hong Kong, Kali pertama tahun lepas, itu pun transit 6 jam. Tak sempat nak sightseeing, cuma sempat shopping kasut je kat Ladies Market. Teehee. Ini kali bawak member selama 6 hari (actual 5.5 hari). Target Hong Kong dan Macau sekali – 1.5 hari di Macau, 4 hari di Hong Kong. Itinerary yang kami buat memang cukup padat. Dalam kata lain, takda bazir masa, semua diisi dengan aktiviti.

Kami beli flight tiket awal; bulan 6 tahun lepas lagi sebab ada promo murah Airasia. Return flight include makan pergi & balik + luggage 20kg = RM405 seorang. Boleh la. Flight ambil masa ±4 jam. Ada delay time taxiing masa pergi & balik.

Day 1 – KL to HK to Macau

Flight kami pukul 6.30 pagi so malam sebelumnya kami “tidur” kat surau KLIA2. Actually tidur kat ruang luar lagi selesa dan kurang bising kalau nak dibandingkan degan tidur kat surau. Surau bising yang amat dengan bunyi baby menangis, makcik berdengkur, handphone berbunyi dan makcik-makcik mengumpat. Sekadar tidur-tidur ayam tu bolehla.

Flight 4 jam so dapatlah tidur sejam dua. Kami sampai HKIA dalam 11 pagi. Plan memang nak terus amek feri ke Macau melalui skypier tapi disebabkan kami kena amek pocket wifi, so tak boleh nak pakai skypier. FYI, skypier ini meghubungkan feri dari HKIA ke Macau. Pakai skypier kena ada syarat; tak boleh pakai sesuka hati:

  1. Flight tiba di Hong Kong & nak ke Macau pada hari tu jugak (same day arrival);
  2. Sampai je kat airport bahagian imigresen (sebelah kanan), terus ke Skypier (sebelah kiri). Jangan keluar dari kawasan sebab kalau dah keluar, tak boleh masuk balik. Kena naik pulak feri yang terletak di bandar;
  3. Pakai skypier TAK PAYAH LALU IMIGRESEN & KASTAM.
  4. Kena tunjuk bukti boarding pass HK;
  5. Kena sampai ke tempat ferry 1 jam sebelum;
  6. Tiket ferry beli on-the-spot, tak payah beli/booking siap2 (takut flight delay, etc);

Since tak boleh naik Skypier, kami amek bas menuju ke jeti HK yang terletak di bandar.

DCIM100MEDIA
Bas Cityflyer ke Jeti

Kos HKD40 one-way. Feri boleh naik yang mana berkenan. Kami naik TURBOJET amek masa ±1jam. Jadual ferry boleh tengok online dekat website TURBOJET. Siapa yang mabuk laut tolong makan ubat siap-siap sebab feri dia sgt bergoyang sebab laut bergelora sikit.

Sampai terminal Macau (outer Macau) dalam pukul 2 petang. Dekat Macau ada beberapa terminal. Make sure pilih terminal yang dekat dengan tempat/hotel yang nak pergi. Di terminal outer Macau ada banyak shuttle bus free disediakan oleh hotel2 ternama. Hotel kami takda sediakan shuttle bus so kami “hijack” shuttle bus hotel lain yang terdekat degan hotel kami.

IMG_20170303_181355
Ini lah bas yang kami “hijack” tiap kali nak ulang alik jeti & hotel

Shuttle bus ni boleh naik sesuka hati tapi bear in mind ada sesetengah shuttle yang nak tengok hotel reservation/booking baru boleh naik. Dari terminal nak ke hotel, sekejap je dlm 15 minit. Dalam perjalanan memang sangat menakjubkan sebab banyak hotel2 gah. Tak tau nak tengok sebelah kanan / kiri. Macau is the Las Vegas of Asia!

Sampai hotel, cek in semua, bergerak untuk makan. Di Macau hanya ada satu kedai halal. Tak jauh pun dari hotel kami. Makanan cina Muslim Uighur, tak sama dengan your typical Chinese food. Makanan diorang lebih kepada pedas2 and sangat berherba. Tekak kami tak berapa nak suka makanan diorang tapi apakan daya, kena jugak telan. I suggest you eat Nasi Goreng telur & lamb pancake. Tu je yang sedap and boleh ditelan.

Dah kenyang, kami terus sightseeing area2 Cotai. Banyak tempat menarik di sini seperti The Venetian, The Parisian, Studio City dan macam2 lagi.

Tak puas bergambar. Datang waktu malam lagi happening dengan lampu liplap. Malam tu kami ada reservation untuk naik Figure-8 Ferris wheel di Studio City. Best!

DCIM100MEDIA
Bentuk je 8 tapi pusing dia 0, bukan 8.

Selain tu, ada jugak gondola yang disediakan oleh Wynn Hotel untuk guest diorang. Free to ride tapi time nak keluar kena bayar HKD100 that was what we were told.

DCIM100MEDIA
Ni lah Wynn hotel. Hotel fave aku sebab kaler perang 🙂

Kalau banyak masa, I suggest masuklah hotel2 yang ada kat Macau. Confirm terpegun dengan interiornya!

Day 2 – Macau to HK

Lepas check out & breakfast, kami ada reservation di Macau Tower – AJ Hackett Skywalk! Kami naik public bus (No. 26) dari Ponte 14 ke Macau Tower. Kos HKD5. Macau Tower buka pukul 11am. Sampai awal lagi elok sebab tak ramai orang. Start tengah hari dah ramai.

 

DCIM100MEDIA
Macau Tower. Bawah tu landing untuk Bungee

Buat skywalk sangat la mengayatkan! Dah la aku jenis takut tinggi but I survived!

Kat AJ Hackett ni boleh buat Skywalk (jalan keliling pelantar tower), Bungee & Tower Climb. Dari Macau Tower ada shuttle bus ke City of Dreams. We continued sightseeing around Cotai and Senado Square. Banyak kedai2 di Senado Square and tempat2 menarik seperti St. Paul’s Cathederal, etc.

Lewat petang, kami bertolak balik ke Hong Kong dengan feri yang sama. Sampai Hong Kong terus cek in hotel (area Mong Kok). Hotel tersangatlah kecik tapi selesa. Servis pun ok, bilik pun bersih. Ada water heater, towel and room cleaning setiap hari. Disebabkan dah tengah malam, kami pun berehatlah, tak keluar ke mana2.

IMG_20170303_221013
Amek gambar map MRT siap2. Senang nak jln.

Day 3 – HK

Kami breakfast kebab di area Tsim Sha Tsui sebab kedai tu buka 24jam. Kebab boleh la tahan – African Muslim. Pukul 8.30 pagi, kami menuju ke Ocean Park. Entrance tiket dah beli siap2. Kami pilih Ocean Park instead of Disneyland sebab OP is the one and only kat HK. Disneyland dah pernah pergi kat Tokyo 2 tahun lepas. In a nutshell, OP tak berapa nak thrilling sebab lebih kepada budak2 and family. Orang2 muda macam kami tak berapa nak best.

IMG_20170304_161846
Ride ni je yang agak thrilling

Allocate your time as best as you can. Satu hari suntuk MAYBE enough untuk merasa semua yang di-offer kat OP. Make sure you don’t miss the Dolphin Show! Tu je yang best bagi aku. Nak tengok panda, panda sembunyi kat dalam rumah. Nak tengok ikan, akuarium pulak kosong. Nak tengok otters, otters pulak tidur. So to me OP was *meh*. Dekat OP ada kedai2 halal. Rujuk Park map. Tapi bersedia untuk bayar mahal. Standard la harga macam tu kat mana2 park sekalipun.

Lepas OP, misi untuk makan malam di Causeway Bay – Islamic Canteen. Masjid and Canteen di bawah satu bumbung. Kalau sesat, jangan khuatir, situ ramai Muslim Indonesia boleh tunjukkan arah! Portion besar, Chinese food yang best, harga berpatutan. Dah kenyang, balik ke Mong Kok untuk shopping di sekitar night market. Please bargain your heart out! Souvenirs macam t-shirt, keychain banyak terdapat kat sini. Skincare and cosmetics pun banyak. Aku tak shopping pun sebab duit bawak tak banyak. Cukup untuk makan je sbb tu lah matlamat utama aku!

Day 4 – HK

Awal2 pagi kami ke Islamic Centre Canteen lagi untuk makan dim sum. Sila datang awal, kalau tak dim sum cepat habis! Honestly, the best dim sum yang aku pernah makan. Kami order 9 jenis dim sum. Makan sampai perut kembung! Murah dan sangat2 sedap!

Waktu kedai: Isnin-Sabtu: 10am – 3pm (dim sum) & 6pm – 9pm (dinner)

                                  Ahad 9am – 3pm (dim sum) & 6pm – 9pm (dinner)

Lepas breakfast, kami ke Garden of Stars (Tsim Sha Tsui). Dulu dikenali sebagai Avenue of Stars di mana patung paling famous – Bruce Lee and Anita Mui ada di sepanjang harbor. Tapi Avenue of Stars tengah renovation, so patung2 tersebut dah ditukar lokasi ke Garden of Stars (sebelah playground).

DCIM100MEDIA

Kebetulan dekat Piazza, Hong Kong Cultural Centre ada festival Confucius. Banyak la aktiviti menarik di situ seperti wushu, tarian, nyanyi2 and opera. Berjam jugaklah kami tengok performance. Siap boleh cuba free costume lagi! Baju cina zaman dulu2.

Lewat petang kami menuju ke Wai Kee Duck Rice Restaurant untuk makan malam. Makanan famous kat sini ada dua – Nasi Itik & Kari Kambing. Time kami sampai, nasi itik dah habis. Yang tinggal hanya kari kambing. Memang sedap! Tukang masuk tu pandai masak sebab takda bau hanyir and kari dia pekat. Ketulan kambing pun banyak. Worth it!

IMG_20170305_171219
Kari kambing dgn nasi putih

Waktu kedai: Isnin-Ahad: 11am – 6pm

IMG_20170305_110000
Terletak di Bowrington Road Market (Cooked food centre)
IMG_20170305_110007
Naik tingkat 2 utk ke kedai Wai Kee

Malam tu takda aktiviti sangat sebab dah tak larat nak berjalan. Tidur pun awal sebab kepenatan.

Day 5 – HK

Boleh dikatakan ini hari terakhir untuk aktiviti kami di HK. Tepat jam 11 pagi, kami dah terpacak depan Wai Kee Duck Rice Restaurant untuk makan Nasi Itik. Nasi dia banyak, itik pun banyak. Roasted duck. Kulit dia tersangatlah crispy. Daging dia tersangatlah juicy. Free Chinese tea. Aku bagi 5 bintang!

IMG_20170307_100237
Wai Kee Duck Rice

Lepas makan, kami bergerak ke Disneyland. Tak masuk pun, sekadar nak tengok kat luar and bergambar. Lepas Disneyland kami ke Tung Chung untuk shopping di Citygate Outlet. Outlet ni macam JPO or Mitsui lah. Semua barang2 outlet. Murah pulak tu. Tung Chung ni jugak tempat untuk naik cable car ke Ngong Ping 360. Tapi buat masa sekarang ditutup untuk maintenance. Boleh rujuk website Ngong Ping 360 untuk maklumat lebih lanjut.

Pukul 5.30 petang, kami ada reservation untuk ke The Peak tram.

DCIM100MEDIA
Replica tram @ The Peak

Tiket pun kami beli siap2. Beli tiket express. Tak payah beratur panjang sebab jam 4-8 mlm memang orang beratur sampai ke luar. Berebut-rebut orang nak tengok sunset and view HK di waktu malam. Sila bawak sweater tebal sebab malam memang tersangat sejuk dengan angin yang kuat. View HK di waktu malam memang cantik. Bersedia untuk berebut spot untuk bergambar!

Malam tu kami makan makanan Turkey di area Mong Kok. Boleh tahan mahal. Malam tu jugak merangkap shopping terakhir kami di HK sebab esoknya dah nak balik.

Day 6 – HK to KL

Flight kami pukul 1.30 petang. Sebelum balik, misi kami adalah makan egg tart di HK. Bear in mind, egg tart di HK kebanyakan pakai lemak babi untuk pastry. Sebab apa? Sebab lemak babi lebih wangi and kos pun lebih rendah berbanding pakai butter. Kami makan egg tart di kedai Tai Cheong sebab dah confirm kedai ni pakai butter instead of lemak babi untuk pastry egg tart. Kalau korang nak cari kedai egg tart yang ada logo halal kat HK ni, memang tak mungkin lah. Makan atas risiko masing2. Don’t hold me liable!

IMG_20170307_091911
Turun di HK MTR station exit C. 10min jln kaki ke Lyndhurst Terrace.
IMG_20170307_094148
HKD9 untuk sebijik

Misi egg tart berjaya, kami pun naik airport express train untuk ke HKIA. Kat sini ada 2 terminal – Terminal 1 & Terminal 2. Make sure of your terminal sebab pintu train belah kiri untuk ke Terminal 2, pintu train belah kanan untuk ke Terminal 1. Di HKIA hanya ada satu kedai yang diiktiraf halal iaitu Popeye’s. TAPI, Popeye’s terletak di Terminal 1 lepas imigrsen (restricted area). Hanya orang yang ada boarding pass untuk ke Terminal 1 je boleh masuk ke dalam. Tapia da jugak lah beberapa kedai Vegetarian bersepah di non-restricted area. Again, makan atas risiko masing2. Don’t hold me liable!

That was it for HK! I suggest allow 2 hari penuh untuk Macau and 3,4 hari untuk HK.

PS. A few tips untuk Macau / HK:

  1. Boleh beli/sewa octopus card di mana MTR station (customer service). It is refundable.
  2. Air mineral beli kat tepi jalan je. Beli kat kedai macam 7-11 harganya 2 kali ganda.
  3. Kami book tiket attractions kat website Klook. Murah berbanding beli dekat on-the-spot sebab diorang pakai group discount. Lagi satu, The Peak tram tiket express hanya boleh dibeli oleh agent dan bukan orang perseorangan.
  4. Macau boleh pakai duit KHD instead of MOP. But ada sesetangah kedai hanya akan bagi baki dalam MOP walaupun korang bagi HKD. So, ask first.
  5. MOP boleh tukar kat HK sebab M’sia payah nak cari money changer yang ada duit MOP.
  6. Surau memang payah nak cari kat mana2. Toilet pun jenis takda pili air. So bawa lah apa yang patut untuk beristinjak.

PPS. Main costing untuk Macau / HK (per person):

  • Flight = RM405
  • Pocket wifi = RM54
  • The Peak Tram =RM56
  • Ocean park with bus transfer =RM189.10
  • 8-Figure ferris wheel = RM50
  • Skywalk (with free t-shirt & photographer service) = RM413
  • Hotel Best Western Sun Sun, Macau (1 malam) =RM141
  • Hotel Mei Mei Motel, HK (4 malam) = RM342
  • Feri ke Macau (day ferry)= RM93.50
  • Feri ke HK (night ferry) = RM108
  • Octopus card = RM85.50 (refundable. Value dalam tu HKD50)
  • Bajet untuk sekali makan = RM25-RM55 (ikut kedai and makanan)

One thought on “Macau & Hong Kong: Secara Ringkas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s