Pengalaman Kali Pertama

April 20th, 2017

Kadang bila dah lama sangat duduk diam, kaki mula lah nak berjalan. Tapi disebabkan faktor masa & kewangan, tak dapat nak travel. Jadi tak keruan bila tak dapat travel. Frust! Mula lah godek hard drive, tgk gambar2 lama. Mengimbau kembali nostalgia berada di tempat orang. Bila tengok balik, senyum sorang2. Tak sangka banyak betul benda ‘first time’ yang aku dah buat. Ni lah jadinya kalau dari kecik asyik duduk rumah, tak pernah dibawak berjalan. Benda ‘first time’ yang pada mulanya nampak macam tak masuk akal. Benda ‘first time’ yang pada mulanya nampak macam benda gila. Well, I am crazy at times. Sometimes I’m bound to do some crazy things in my travels.

Aku akan kategorikan benda first time yang aku lalui mengikut negara/tempat and in no particular order.

Malaysia (Langkawi)

Ah, Langkawi. Syurga coklat murah (tapi dah tak murah dah sekarang ni). Masuk aku kecik, Langkawi ialah tempat paling jauh pernah aku pergi dengan family aku. Teruja tengok aquarium kat Underwater World Langkawi. Time 2000-an, tak banyak sangat benda menarik kat situ. Yang ada pun ikan2. Tahun 2013 aku datang lagi. Misi aku ialah tengok penguin. Time ni Underwater World Langkawi je yang ada penguin, so pergilah aku.

09112013877
Tak silap aku ni Rockhopper Penguin

Teruja dapat tengok penguin walaupun di balik kaca (dan tak dapat nak peluk pun).

Thailand (Bangkok)

Kali pertama aku pergi Bangkok ialah time company trip tahun 2012. Time tu aku dah hantar resign letter tapi still boleh ikut teehee. Pergi ikut tour yang dah diatur oleh big bosses. Tour tu bawak pergi satu tempat ni yang ada elephant show, muay thai etc under one roof. Ni kali pertama aku belai gajah and belai belalai gajah.

DSC00327

Thailand (Chiang Mai)

First time jejak kaki ke Chiang Mai, aku amek ‘supir’ untuk bawak aku jalan2. Aku sewa dia untuk sehari. Masuk dalam kereta dia, aku nampak ada brochure dekat poket backseat. Tiger Kingdom. Macam best je. Aku tak tau pun ada tempat macam ni. Boleh pegang and bergambar dengan Pak Belang. Menakutkan tapi fikir balik ni once-in-a-lifetime experience. Bila lagi nak try? Aku pun suruh la driver add-on tempat ni dalam aku punya tour.

GUY_8378
Rimau buat muka kerek. Malas nak layan kiter lettew…

No regrets there. Berdebar, rasa nak jatuh jantung. Pegang dia kena firm, tak boleh teragak2. Kalau tak dia akan pusing & pandang kau! Time tu kecut perut weh!

Cambodia (Siem Reap)

Ini memang pengalaman yang aku akan ingat sampai mati. Cambodia negara pertama yang aku lawati secara solo. Di sinilah bermulanya aku punya solo travel. Tahun 2013 tahun aku jadi berani. Aku ingat lagi betapa nervousnya aku dalam flight. Malam sebelumnya pulak tak boleh nak tido. Aku pilih Siem Reap sebab nak tengok Angkor Wat. Sebelum subuh lagi aku dah terpacak kat Angkor Wat. Punya ramai manusia! (Nak baca lebih lanjut >> A Lone Traveller in The Land of Angkor)

20130916_085204
Bayon Temple

Indonesia (Yogyakarta)

Ini kali pertama aku pergi overseas pada umur 18 tahun. Ada orang umur 18 tahun dah jejak kaki ke Europe. Aku umur 18 baru nak ke Indonesia. Ini pun sebab ada study trip kat Yojyakarta. Pergi sana untuk buat research pasal heritage buildings; Candi Prambanan, Candi Borobudur etc.

DSC02300
Candi Prambanan. Time ni rasa tempat ni magnificent sangat

Honestly, aku tak pernah nak amek tahu pasal candi2 or temple2 ni. Bila aku sampai je kat Candi Prambanan, aku kagum. Betapa intricate nya ukiran yang ada kat candi ni! Each carving tells a story. Dari sinilah bermulanya minat aku terhadap candi/temple/monumen. Dari sini jugaklah tertanamnya keberanian aku untuk ke Siem Reap sebab nak tengok the breathtakingAngkor Wat. Thank you Yogyakarta for showing me the way!

DSC02599
The devastation at Mount Merapi

Satu lagi pengalaman kat sini yang bukak mata aku ialah Gunung Merapi. Kali pertama tengok gunung berapi depan mata. Kali pertama tengok kemusnahan yang disebabkan oleh letusan gunung berapi. Istighfar sekejap. Kitorang pergi ni beberapa minggu selepas letusan. Balik je dari sana, paru-paru infected disebabkan abu. Padan muka tak pakai face mask.

Singapore

Kali kedua ke Singapore. Kali kedua ke zoo sepanjang hidup. Zoo pertama Zoo Negara (KL). Zoo kedua Singapore Zoo. Macam biasa, berseorangan. Pergi semata-mata nak tengok zoo. Yalah Singapore Zoo kan one of the best zoos in the world. 10 kali ganda lebih menarik dari Zoo Negara. Di sini tempat aku face-to-face dengan Panda Bear & Polar Bear. First time tengok haiwan2 favourite. Teruja mengalahkan budak kecik teehee.

Nampak tak betapa terserlahnya jiwa pencinta haiwan aku?

Laos

Ah Laos.. 10 hari kat sini sampai member cakap “Kau buat apa lama sangat kat Laos?!”. Eh, suka hati aku lah nak dok lama sekalipun. Apa ada hal! Had the time of my life here! First time explore naik basikal. Biasa kalau pergi dengan member, kitorang sewa moto sebab dia yang akan bawak. Bila pergi sorang, tak reti bawak moto, so bawak basikal je lah.

IMG_20160501_092057
Naik basikal berlatarbelakangkan view yang menenangkan

Lagi satu pengalaman yang tak boleh blah, naik bas yang kena share 1 tilam dengan strangers! Bas kat Laos semua macam ni. You’d think you’ve bought a sleeper bed for one person, but boy are you wrong! Kena share beb!

IMG_20160504_200959
Time ni orang sebelah dah selamat sampai destinasi beliau

Nak tahu lebih lanjut>> Lovely Laos & Travel tips on Laos.

Australia (Melbourne)

Kali pertama jejak kaki ke negara orang putih. One of my favourite cities, so I had to come here! Kangoroos and koalas. Need I say more?

Lepas tengok kangaroo pagi tu, malamnya pulak aku makan kangaroo. Sedap weh daging kangaroo. Liat tapi manis!

IMG_20160510_103910
First, you pat the ‘roos.
IMG_20160513_175944
Next, you eat the ‘roos. Kebab style!

China (Macau)

Benda paling GILA pernah aku buat dek ajakan member. Mulanya nak bungee jumping tapi sebab mahal sangat, kitorang buat skywalk. GILA! Memang GILA! Gugur jantung aku. Lutut tak payah cakap la. Kalau kau letak segelas air dekat lutut aku, confirm berkocak! Tapi memang pengalaman yang tak boleh dilupakan. Macau & Hong Kong: Secara Ringkas

Japan 

Saving the best for last. Japan, my love, my everything. Banyak betul benda best yang berlaku kat Jepun. Banyak pengalaman pertama. Aku dah 3 kali ke Jepun, tapi tiap kali datang, rasa macam pertama kali. Aku bahagikan kepada 3 part; kali pertama, kali kedua & kali ketiga.

Kali Pertama

First time pergi Disneyland. Impian setiap kanak2 yang membesar dengan kartun Walt Disney adalah untuk ke Disneyland. Aku capai impian tu pada umur 22 tahun. Dah tua bangka baru nak jumpa Mickey Mouse!

DSC01638

Dah dekat Jepun, of course lah serba serbi canggih termasuklah toilet. Macam2 butang, macam2 bunyi untuk dipilih. Nak istinjak pakai air sejuk, air suam, air panas? Pilih la! Kagum aku tengok. Benda simple diorang upgrade-kan.

IMG_20160527_124722

Kali Kedua

Kali ni best sebab aku habiskan 2 minggu kat Jepun. Start dari bawah lepas tu terus ke tengah Jepun.

Dari mana nak mula? Capsule hotel, samurai, shinkansen (a.k.a. bullet train), okonomiyaki Hiroshima, aiskrim bertatahkan emas 24K dan yang paling best salji!

Kali pertama tido dalam capsule hotel. First impression? Besar sikit dari keranda. Warm and cosy. Capsule hotel ni sesuai untuk orang yang nak stay beberapa malam je, obviously yang nakkan privacy and yang penting nak murah. Nampak kecik tapi bagi aku, besar lah jugak sampai boleh bergolek2 dalam tu. Selesa! Tiap kali datang Tokyo, aku akan stay kat capsule hotel.

Shinkansen (bullet train) pun kali pertama naik. Naik pun ikut suka sebab aku ada Japan Rail Pass and all the time in the world! Train dia sangat on-time, sangat bersih & sangat laju. View luar tingkap pun cantik. Kalau dekat tiket tulis departure pukul 8.53, 8.53 jugaklah dia jalan! Kalau nak turun, kena cepat2. Dah agak2 nak sampai stesen, terus amek beg & tunggu depan pintu. Jgn terhegeh2, train dah stop kat stesen baru nak berdirilah, nak amek beg lah. Hello, ini bukan train Malaysia!

Dekat Osaka Castle, aku terserempak dengan Samurai secara tak sengaja. Time tu aku tengah bersiar2 lepas kenyang melantak aiskrim matcha. Tiba2 dengar orang menjerit “AAAAARRGGHHH!”. Jalan punya jalan tengok ada orang beratur. Ada lagi bunyi “AAAAARRGGHHH!”. Aku macam “Kau apa hal dok jerit2?!”. Sekali Samurai daaaa… Aku pun join the queue untuk bergambar dengan dia. Siap ada costume lagi untuk pakai. Aku pun “AAAAARRGGHHH!” sama dgn Samurai tu teehee.

Next, bab makan pulak. Melantak ja keja aku kat Jepun nih. Actually, banyak benda yang aku makan kat sini yang aku tak pernah makan sebelum ni. Tapi aku amek yang paling meninggalkan kesan “Wow!”. Salah satunya aiskrim 24K gold. Aiskrim vanilla, kat atas tu dia letak kertas (?) emas (gold foil). You know jongkong emas dia tumbuk2 sampai jadi sgt nipis (boleh tengok video kat Youtube). Sebelah aiskrim tu dia letak gold foil, sebelah lagi dia tabur serbuk emas. Mind you, ni memang emas betul sebab Kanazawa adalah lubuk emas Jepun. Satu kon aiskrim ni harganya lebih kurang RM40. Bagi aku worth it sebab mana lagi nak merasa makan emas?

Lagi satu makanan yang aku tak boleh lupa dan confirm akan makan lagi satu hari nanti ialah Okonomiyaki versi Hiroshima. Okonomiyaki ada 2 jenis versi; Hiroshima & Osaka. Osaka punya dah pernah try. Lain dari versi Hiroshima. Sebab aku suka versi Hirsohima berbanding versi Osaka ialah Hiroshima punya banyak layer & texture; Osaka punya semua dia campur sekali dalam satu adunan.

 

Dan pengalaman yang tak boleh dilupakan; SALJI! Kali pertama aku tengok salji, kali pertama aku pegang salji. Unbelievable! Salji pada umur 25. 25 beb baru dapat tengok salji, merasa salji! Masa ni kat Tateyama-Kurobe otherwise known as the Alpen Route. Aku tak plan pun nak tengok salji kat sini. Memang ada dalam iti aku untuk ke tempat ni, tapi aku tak expect ada salji. Dah la tak bawak baju sejuk. Malam sebelum pergi tu baru tau yang situ masih ada salji and suhu bawah 5 darjah Celcius. Terpaksa lah aku pakai t-shirt empat helai & pashmina. Ada snow corridor tapi tak tinggi sangat, adalah dalam 2,3 meter. Awesome, truly awesome!

Kali Ketiga

Misi 1: Fuji-san. 2 kali datang tak nampak gunung. Kali ni determined nak tengok. Berjaya!

IMG_20161114_112926
Third time lucky!Kalau nak tengok, port paling best ialah Kawaguchiko. Datang awal2 pagi sebab start tengah hari, kabus menjelma.

Misi 2: Owl cafe. Cafe burung hantu. Kat Jepun banyak cafe2 binatang spt rabbit, anjing, kambing, hedgehog, burung hantu etc. Aku pilih burung hantu sebab kat Malaysia takda. Hampir burn tiket aku sebab aku tak jumpa tempat. Nasib baik sampai on-time, so terus masuk. Nama ja cafe, tapi takda kopi or kek pun, just owls. Cute owls.

IMG_3467
Abaikan rambut serabai, penat gegirl lari nak kejar reservation tau!

Misi 3: Nak makan aiskrim green tea 7 levels. Aku tak tau kewujudan kedai ni. Member yang bgtau sebab dia tengok Running Man *rolls eyes*. Tak susah pun cari kedai ni. Betul2 belakang Asakusa Temple. Kena beratur tapi tak lama pun. The line moves fast. Aiskrim green tea dia ada dari Level 1 sampai Level 7; 1 paling mild, 7 paling intense. Aku try Level 4 & Level 7. Sedap! Level 7 ada pahit2 manis sikit, memang intense. Level 4 biasa2 ja. Lagi 1 kena cuba ialah Crunchy Black Tea. Rasa teh dengan cebisan oreo. Sedap! Aku try jugak Black Sesame, tak menarik kalbu. Aku pergi kedai ni 2 kali dalam masa 1.5 jam demi untuk merasa flavour2 tu.

IMG_20161115_114206
Npk tak perbezaan warna Level 1 – Level 7?

Kesimpulan yang aku nak buat kat sini ialah pengalaman kali pertama sangat berharga. Pergilah tengok dunia sebab ada benda yang kau tak boleh nak dapat kat belakang rumah. Travel mendewasakan kita, pengalaman menambahkan perasa dalam hidup kita. Mulut jangan asyik sebut travel itu mahal or takda duit nak travel. Kalau dah rezeki kita, duit ada di mana2. Pengalaman itu berharga. Tulis chapter baru dalam buku hidup kau melalui travel walaupun sekali sekala.

“The world is a book, and those who do not travel read only a page.”

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s