Mingalabar Myanmar! (Dear Mr. Owl, pls don’t be a racist S.O.B.)

May 22nd, 2017

Balik dari Myanmar dah seminggu lebih, baru ada masa nak menaip. Harapnya masih segar lah apa yang berlaku kat Myanmar.

Kenapa aku pilih Myanmar (Burma)? The answer is simple. Sebab aku tak pernah lagi jejak kaki ke negara Myanmar. Kalau dah tak pernah tu, pergi je la. Dapat tiket murah Airasia, return baru RM250. Kira murah lah tu. Pergi pun time non-peak season. Bapak panas! Lagi panas dari Malaysia! Ada lah dalam 40 darjah Celcius time aku kat situ. Nama pun summer kan! Sebijik macam Laos tahun lepas.

Total aku pergi 5 hari, 4 malam. Pergi flight awal pagi, balik flight tgh mlm. First stop Yangon or Rangoon. Aku sampai je Yangon terus ke Shwedagon Paya (pagoda/temple). Big mistake! Panas weh! Aku sampai Shwedagon dalam pukul 11 pagi, matahari betul2 atas kepala. Shwedagon Paya ada 4 pintu masuk, kau masuk pintu mana pun sama je, ada je orang datang collect entrance fee. Tak boleh nak elak. Pintu masuk ada yang ada lif, ada yang ada escalator dan ada yang tangga semata. Alah, bukan tinggi sangat pun unless kau OKU. Sebelum masuk, kena bukak kasut & stokin. Letak je kat tangga tu, memang takkan ada orang curi (nanti aku cerita lebih). Atau kau boleh amek beg plastik yang tersedia & jinjing je masuk.

DCIM100MEDIA

Masuk2 je, Shwedagon terpacak depan mata. Mind you, area ni besar, bukan setakat ada Shwedagon je, banyak lagi Paya kecik2, patung kecik2, kolam etc. Tapi main attraction is Shwedagon itself. Kenapa? Sebab Paya ni disaluti dengan emas tulen. Kawasan Paya ni lantai dia tiles, sesetengah tu simen.

DCIM100MEDIA
Npk tak cara berdiri dah macam pondan? (No offense)

Kau boleh bayangkan tak betapa panasnya tiles tu bila cuaca dah 40 darjah celcius? Dah la kaki ayam! Kalau kau pecahkan telur sebijik atas tiles tu, dalam 2 minit je dah dapat telur goreng. Takpun letak a tray of raw cookie dough, siap dalam masa 5 minit! Jalan terjengkit-jengkit sambil mulut “hooo, haaa, ish, ish, hnnngggh”. Orang Myanmar buat lek je. Ada lah diorang letak karpet merah kat sekeliling Paya tu, tapi masih terasa bahangnya di tapak kakiku. Time nak blah tu, aku risau pasal kasut aku kena curik sebab aku tengok rata2 orang bawak sekali kasut diorang dalam plastik. Aku jenguk dari atas tangga tengok macam kasut aku dah takde. Aku redha la kalau hilang sekalipun. Turun tangga tengok, eh ada lah! My Nikes staring back at me. Takde pun orang nak curi. Ni kalau letak kat masjid/surau kat Malaysia, mau hilang dalam sekelip mata! Selipar tandas pun orang curi, apatah lagi kasut Nike!

Lepas Shwedagon, aku bergerak ke Bogyoke Aung San Market.

IMG_20170503_124909
Bangunan dia npk mcm stesen keretapi pun ada kan?

Aku tak berapa berkenan dengan market ni sebab bagi aku market ni bosan. Pusing2 setengah jam dah siap, tak beli pape pun. Depan market ni ada shopping mall baru & moden. Aku masuk sebab tak tahan dengan cuaca panas, dalam mall ada air-con. Duduk la sekejap sambil perhati gelagat orang Myanmar. Tak jauh beza dengan orang kita. Dah agak selesa sikit, aku jalan sekitar lorong2 yang ada.

DCIM100MEDIA
Mcm Jln TAR 🙂

Satu yang aku kagum, ada masjid/surau di setiap lorong. Orang cakap kat Yangon ni ada 100 lebih masjid/surau.

Makanan halal kat sini memang takde masalah. Makan pun sedap tapi yang penting murah!

IMG_20170503_122526
Nasi putih & kari ayam

Lepas makan, aku jalan ke Sule Pagoda. Sule tak se-gah Shwedagon. Dia versi kecik. Tak pergi pun takpe. Bagi aku the only Pagoda worth seeing kat Yangon ni, cuma Shwedagon je. Jalan2 terjumpa travel agent. Alang2 terus beli tiket bas malam ni nak ke Bagan. Asalnya nak naik bas JJ Express tapi diorang tak angkat tepon la plak. JJ ni femes di kalangan travelers. Aku naik Bagan Minthar VIP bus. Dari town nak ke stesen bas sangat jauh. Amek masa dalam sejam lebih dengan traffic jam lagi. Aku pun amek teksi terus ke Aung Mingalar Highway Bus Station. Memang macet lah sampai aku tertido dalam teksi. Lupa nak bagitau, orang Myanmar bawak kereta macam orang gila! Yang pejalan kaki pun macam orang gila. Aku hampir kena langgar time nak lintas jalan kat area Bogyoke tu!

Sampai kat stesen bas, memang havoc gila! Banyak bas, banyak company. Aku tunjuk tiket kat drebar teksi, dia tanya punya tanya jumpa lah company Bagan Minthar ni. Setiap company ada ruang kedai dia sendiri. Boleh lah duduk, mandi, pinjam toilet etc. Sini payah carik kedai makan halal. Aku makan Brahim je untuk dinner.

Bas dia selesa, tempat duduk boleh laras, tempat letak kaki boleh laras, bantal & selimut disediakan. Tak ramai sangat orang. Rata2 yang naik VIP bus ni foreigners. Diorang akan bagi air mineral, air tin (Sprite/Cola), biskut/kek local, berus gigi & tisu basah.

Dalam bas ada toilet. Aku jenguk2 je, tak pakai pun dalam perjalanan 8 jam tu. Bas tu akan berhenti sekali untuk dinner (like 2 hours into the journey). Kitorang tak keluar pun. Masing2 dah terbungkang. Sampai Bagan dalam pukul 5 pagi. Aku amek teksi motorsikal untuk ke hotel terus.

Kat luar stesen bas akan ada satu checkpoint untuk foreigners di mana korang kena bayar tourist fees sebanyak 25,000 kyat (dlm RM89). Banyak travelers tak puas hati bab ni sebab no point in paying so much kalau duit tu masuk poket orang yang corrupt. Bukan towards conservation. Tapi memang payah nak elak bayar fees ni sebab sesetengah temple yang korang pergi, memang akan ada orang cek tiket. Kalau takde tiket, kena bayar on the spot.

Dekat Bagan ni ada lebih 2000 temple. Sehari memang takkan cukup, so pergi yang main je.

Capture
Aku pergi 7 temples  (tak termasuk yg tgk sunset tu)

Boleh sewa motorsikal atau basikal dari hotel. Takpun sewa teksi kalau nak lebih selesa. Al maklumlah cuaca panas & terik, lagipun berdebu. Ikut kemampuan. Aku naik kereta kuda.

DCIM100MEDIA
Not proud of it 😦

Not proud of it sebab tu je option murah yang ada untuk aku. Nak naik moto tak reti. Tapi aku make sure kuda tu berehat sejam atau lebih untuk satu2 temple. Tuan dia pun ok. Bagi makan, minum & tak pukul kuda. But still not proud of it. Rasa bersalah sepanjang perjalanan pergi & balik. Macam biasa, kena bukak kasut & stokin bila masuk temple. Aku suggest tak payah la pakai kasut bertutup, pakai je selipar, senang. Lantai sini bukan tiles ye, tapi lantai batu. Panas! Dah la berpasir, berbatu, mencucuk2 tajam2, kotor dengan taik burung. Yang OCD tu harap tak pengsan or heart attack.

hdr

Yang paling best kat Bagan ialah tengok sunrise & sunset. Aku pergi tengok sunset je dekat satu port ni.

DCIM100MEDIA
Boleh naik smp tingkat 2 je. 

Ramai betul manusia. Kena panjat sikit. Kat situ boleh tengok view Bagan & temple2 di sekitarnya. Nak pergi boat ride di Ayeyarwady (Irrawady) River time sunset pun boleh.

DCIM100MEDIA
Irrawady River. Ni time tengah hari. Npk tak matahari terpacak?

Situ pun cantek jugak tapi aku tak pergi. Aku ingat nak tengok la hot air balloon ride kat Bagan time sunset. Tapi tak jumpa plak. Tanya guide aku dia cakap hot air balloon time sunrise je. Fine!

IMG_20170504_181841
Sunset at Bagan. Tgk dgn mata kepala lagi cantek!

Aku stay 1 malam je kat Bagan. Next day tengah hari naik bas ke Mandalay. More like minivan dengan orang local, ada la beberapa kerat mat & minah salleh. Air diberi & diorang akan hantar korang ke hotel setiba di Mandalay. Bagitau je duduk hotel mana, diorang akan hantar depan pintu hotel. Best kan? Bagan ke Mandalay amek masa 5 jam. On the way dia akan berhenti untuk lunch & jugak berhenti2 untuk amek/turunkan penumpang. Minivan tu penuh dengan bagasi, kotak2, makanan so pandai2 lah cari ruang untuk letak kaki kau. Yang ni tak seteruk pengalaman aku kat Vietnam hari tu. Nak tergelak tengok gelagat pembantu drebar dia. Dia lah tukang amek penumpang, dia lah tukang amek beg, susun beg, dia lah posmen (ada orang kirim surat, parcel), dia lah tukang bayar tol, dia lah tukang distribute air, dia jugak lah yang hantar foreigners ke depan pintu hotel. Serba-serbi boleh! Round of applause for that guy!

Aku sampai Mandalay dah malam. Hotel aku nak cakap scary pun ada. Nak cakap hodoh pun ada. Tapi boleh lah sebab murah. Dah la 3 kali bekalan letrik terputus. Dok syok video call dengan member, terus gelap. Seluruh Myanmar ni memang ada masalah elektrik. Kerajaan diorang payah sikit nak supply elektrik yang consistent. So, kebanyakan hotel, kedai akan pakai genset sendiri. So, bekalan letrik terputus tu perkara biasa. Jangan plak korang menjerit jakun.

Next day aku pusing2 area Mandalay especially Mandalay Hill. Dari hotel ke sini aku naik teksi motorsikal. Murah, laju. Punyalah penat, aku siap tido kat one of the temples. Tido setengah jam camtu. Takde orang kacau. Dah tu pergi pulak satu temple ni – Sandamuni Paya. Di sini lah aku terjumpa sorang lecturer biology dari Mandalay University. Borak punya borak aku hire dia jadi tour guide aku hari tu. Dengan membonceng motorsikal, dia bawak aku pergi U-Bein bridge, Mahamyatmuni Paya & “I-don’t-remember-the-name-of-this-temple” temple. Jauh weh perjalanan dia. Sejam lebih pergi, sejam lebih balik. Kalau datang Mandalay, U-Bein bridge & Mahamyatmuni Paya are a must. Tapi time aku kat U-Bein ni musim panas, air pun dah kontang so view tak berapa cantek. Kalau datang musim hujan, paras air tinggi, lagi cantek.

 

IMG_20170506_174059

Kat U-Bein ni lah terjadinya kejadian yang tak boleh blah.

Ada satu fortune teller, nama dia Mr. Owl (muka dia pun ada iras burung hantu), tegur aku. Part 1. Dia cakap aku ni high education, ada 2 degrees, belum kahwin & takkan kahwin dalam umur 20-an. “You will only marry in your 30’s”. I was like “Hmm…scary but impressive”. Part 2 plak. This was our conversation:

MO: *Senyum* Where are you from?

Aku: *Senyum balik* Malaysia.

MO: Oh. Are you Chinese or Muslim? (Sepanjang kat Myanmar, ni kali pertama orang tanya aku Muslim ke tak. Biasa diorang assume aku orang Jepun siap berkonichiwa dengan aku. Aku pun konichiwa balik. Teehee. Kalau cakap dari Malaysia, diorang assume aku Cina.)

Aku: (Time ni aku tergamam kejap, taken aback sbb first time kena tanya soalan macam tu. Aku pun jawab secara jujur).

MO: You don’t look like Malaysia. You look white. Malaysia very dark.

Aku: Heh (tersengih).

MO: You know Chinese in Myanmar don’t like Muslims? Because Muslims like to kill Chinese Myanmar people? And Myanmar people don’t like going to Malaysia?

Aku: *buat muka “kau dah pehal?”* But a lot of Myanmar people come to Malaysia to work especially in construction.

MO: No no. Last time yes. But now no more.

Aku: (Dlm hati: Pala hotak kau! Site aku bertimbun orang Myanmar! Kau cuba datang Malaysia tengok!) OK (dengan gaya menyampah).

MO: (Orang tua ni tak habis lagi bercakap) You know Chinese Myanmar people come to Malaysia & kill Muslim people? (Part ni aku tak paham sangat. Tak sure dia cakap orang cina Myanmar bunuh orang Muslim Malaysia atau orang cina Myanmar bunuh Muslim Myanmar kat Malaysia. Wasn’t paying much attention to this lunatic anymore.)

MO: (Tak habis lagi orang tua ni). And you know, Muhammad, he tell you what to do?

Aku: OK. Thank you. (Terus aku blah. Bikin panas je orang tua ni! Cakap banyak2 kang kena bunuh plak aku. Dah la kat kawasan pedalaman.)

Aku try positive, maybe orang tua kolot ni satu dalam sejuta. Maybe not all Burmese are like that. Ikut la kalau korang nak datang Myanmar ke tak. Sbb sepanjang aku kat Myanmar, aku tak jumpa langsung orang Melayu Malaysia, Cina yes, Melayu no. Kalau orang Islam pun hanya dekat Yangon. Luar dari Yangon takde langsung. Myanmar bagi aku (with the execption of Mr. Burung Hantu) sangat selamat. Orang dia jujur, friendly and tak menipu. Scam pun takde. Jauh berbeza dengan negara Asia lain yang aku pernah pergi.

Dah settle U-Bein bridge, aku terus ke stesen bas untuk naik bas malam ke Yangon sbb flight aku malam berikutnya. Ni pun aku naik bas VIP. Hanya 5 orang je, tak ramai. Semua local kecuali aku. Cuak la jugak sebab takde sorang pun reti ckp omputih. Mandalay ni payah nak jumpa orang yang reti cakap omputih. Berbeza dengan Yangon & Bagan. Naik bas 9.30pm, sampai 6 pagi. Sampai je aku amek teksi motorsikal ke Mingaladon Station. Humangaih! Gila laju sampai nak tercabut jantung aku. Dengan brek mengejutnya. Hampir tercampak aku dari motor. Dah la takde helmet. The only time yang aku diberi helmet ialah time kat Mandalay.

Nak naik circular train yang tersangat famous kat Myanmar ni. Murah je, 100 kyat (RM0.30). Aku naik dari Mingaladon ke Yangon Station (dekat dgn town). Dalam 1.5 jam. Mula2 excited, lepas tu tertido. If you want to experience Myanmar the local way, naik la train ni. All the sights, sounds and smells.

DCIM100MEDIA
Train interior. Old school sgt!
DCIM100MEDIA
Outside, not much of a view actually. This is the better one. Yg lain, penuh dgn sampah-sarap.

Disebabkan aku dah penat sangat, dah tahap tak larat, aku terjah & cek in hotel around Bogyoke Aung San Market. Mahal pun mahal lah. Mata nak tertutup dah. Cek in, mandi, tido. Lunch time pergi makan kedai Penang Chinese Muslim.

Sedap! Aku recommend kedai ni. Pas makan, aku pusing area Bogyoke sementara nak tunggu time ke airport. Sebelum ke airport, aku singgah Myanmar Plaza sbb nak ke Hard Rock Café Yangon. Ada orang kirim baju. HRC Yangon baru dibukak awal bulan Mei, so bernasib baik sangat aku pergi seminggu lepas bukak.

img_20170507_1708521.jpg

Dah beli baju tu aku terus blah, tak cukup masa nak cuci mata. Terus ke airport untuk kembali ke dunia where ayam goreng is available everywhere! Mind you, aku dah 2 minggu tak makan ayam goreng! Aku & ayam goreng memang tak boleh berjauhan. Sampai je KL, pergi kedai mamak dekat ngan rumah, order nasi goreng ayam!

Apa yang aku boleh simpulkan kat sini ialah Buddhism plays a big role in the lives of the Burmese. Kau boleh nampak peranan yang dimainkan oleh ajaran ni. The real Buddhism. Pengikutnya jujur, rendah diri, baik, jenayah pun kurang. Sangat berbeza dengan Thailand contohnya. But yeah, aku 50/50 nak suruh korang (yang Muslim – bertudung, berkopiah, berjanggut) datang sini. Like I’ve said, Yangon okay, tapi masuk kawasan pedalaman lain, agak was2 (selepas insiden si burung hantu tu). Why don’t you try and go, then let me know? It might as well be an isolated incident. Don’t let it stop you from enjoying this lovely country.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s