Perancis & Luxembourg; Sepintas Lalu

Jun 7th, 2017

Kau tau tak betapa lama aku pasang impian nak ke Europe? Bertahun2 tau! Ini kali impian menjadi kenyataan dengan menjejak kaki ke Perancis & Luxembourg! First time ke Europe, second time ke negara orang putih. Kenapa Perancis? Sebab aku berjaya dapat tiket murah dari KL – Doha – Paris & Paris – Doha – KL. How cheap you asked? Damn cheap! RM2082 return skali luggage 30kg pergi balik & makan. Aku naik Qatar Airways. Time beli tu Qatar & Etihad tgh berlawan promo, aku pilih mana yg murah. Tak jauh beza pun; dlm RM200 camtu. Kenapa Luxembourg? Sebab tak jauh dari Paris; lebih kurang 3 jam dgn naik train. Lagipun Luxembourg ni negara yang kecik, boleh cover dengan kaki dalam masa sehari je.

Aku jejak je kaki dalam flight, aku teruja. Mana taknya, ni kali pertama aku naik flight “branded”. Sebelum ni asyik naik Airasia je, al maklumlah ambassador kan! Masuk2 je ada comfort kit, ada selimut & bantal. Seat plak selesa. Makan 2 kali dlm flight 7 jam tu. Siap bg menu lagi uolls!

IMG_20170425_215831-min
inilah menunya

Naik Qatar Airways akan ada transit kat Doha dlm 2 jam. TAPI, sejam akan dibazirkan kat bahagian scanner tu sebab ya ampun ramai orang! Aku risau je tak sempat tapi diorang pandai atur masa. Cun2 masa dia! Tapi tu lah, tak sempat nak sightseeing dalam airport tu. Airport Doha banyak sculptures; yang femes ialah gold teddy bear. Tak silap aku ada 2,4 ekor dalam tu. Aku sempat jumpa sekor je.

IMG_20170502_060850-min

 

Kat Doha ni currency yang diorang pakai Qatari Riyal. USD & Euro diterima tapi hanya wang kertas je, coins tak diterima. And baki akan dibagi dalam Qatari Riyal.

Day 1 – Paris

Moving on, flight dari Doha ke Paris pun amek masa 7 jam. Sampai Paris awal pagi dlm 7.30am. Charles de Gaulle Airport atau CDG. Airport ni tgh renovate so agak bercelaru sikit sampai aku tak jumpa train nak ke bandar. Dia punya signboard memang tak boleh pakai, pelik2 aku tengok! Arrow sana sini, tapi habuk pun tak jumpa! Last2 tny abg polis baru jumpa. Aku naik train dari CDG ke hotel. Train dia selesa tapi kotor. Kotor dgn apa? Kotor dgn conteng2, graffiti & vandalism. The same goes to the walls, bridges & everywhere else. Patut cek in pukul 2pm tapi aku terjah je. Sampai hotel pukul 10am, diorang bg cek in. Bolehlah aku rehat kejap, mandi. Aku amek private room; tak duduk hostel sbb duduk lebih 2 mlm. Time ni kat Paris tersangat sejuk – bwh 10 darjah Celcius! Hari pun gelap2, muram2 je. Hujan memang ada. Tapi hujan dia tak macam hujan Malaysia. Hujan dia comel, keluar rintik2, kadang2 lebat tapi sekejap; tak smp ½ jam.

First destination ialah Opera Garnier. Sebelum naik metro, kena beli tiket dulu. Untuk maximize-kan keuntungan kau, beli lah carnet atau tiket 10 keping sekaligus. Sampai kat Opera Garnier, orang punya ramai dok lepak kat tangga luar opera tu. Ada yg busking, ada yg makan, ada yang sekadar berehat.

YDXJ0413-minEntrance fee 11 euros tak termasuk audio guide. Time aku pergi, auditorium dalam tu ditutup sebab ada rehearsal. Actually auditorium tu lah yang gah sebenarnya. Tapi interior dalaman pun tak kurang gah & menarik.

Naik sampai atas, kau boleh nampak view bangunan lama2 berdekatan.

YDXJ0454-min

Second destination, ke Hard Rock café Paris. As per usual, ada orang kirim baju. Dah alang2, beli lah untuk diri sendiri jugak. Teehee. Tak stay lama pun kat sini. Beli pastu tu terus blah sebab kejar masa. Bergerak pulak ke Garden of Tuileries.

Kat sini ada satu taman yang sangat besar tapi yang paling penting area Tuileries ni ada dua kedai yang aku nak pergi – Angelina & Pierre Hermé. Mula2 aku masuk Angelina sebab femes dgn hot chocolate. Kalo boleh, kau dine-in kat café tu tapi kena tunggu turn sebab ramai sangat manusia. Aku takeaway je. Aku beli 3 pastry – chocolate éclair, mille feuille & Mont Blanc macaron skali dgn chocolate bar caramel satu. Total spent 30 euros. Hebat kan! Tapau bawak balik ke taman untuk menikmati. The best hot chocolate ever! And mille feuille dia pun tersangat heaven! Chocolate éclair bagi aku so-so je.

Satu lagi kedai femes ialah Pierre Hermé. Pun dekat2 situ je. Tapi apakan daya, aku dah kenyang sangat smp tak larat nak bawak perut tambah lagi dgn penatnya sebab tak cukup tido. Bila pikir balik, aku rasa menyesal la pulak tak pergi. Next trip maybe.

Depan sikit dari Garden of Tuileries terletaknya landmark kedua femes kat Paris – The Louvre.

IMG_20170426_225302-minDi sini terletaknya lukisan Mona Lisa yang ori. Manusia tak payah cakap la, memang ramai. Beratur pun tersangat panjang. Aku bergambar kat luar je. Ada masuk dlm segitiga tu tapi tiket dah sold out untuk hari tu. Al maklum lah dah pukul 5 petang. Jalan2 punya jalan dalam segitiga tu, aku ternampak Maison du Chocolat – satu lagi chocolatier femes kat Paris. Aku apa lagi, masuk la. Terbelilah pulak. Teehee.

IMG_20170426_232311-min

Dah setel sini, aku pergi ke the main destination for those coming to Paris – Eiffel Tower. Keluar je dari metro, tengok kiri kanan depan belakang, tak npk pulak Eiffel Tower. Hilang keterujaan aku. Jln dpn lagi, itu dia! Terpacak dpn mata! Makin laju aku berjalan menuju kejayaan.

IMG_20170427_014044-minSampai je Eiffel Tower, beratur beli tiket. Tak ramai pun orang. Aku naik all the way to the top naik lift. 17 euros. Bagi aku berbaloi sebab dpt tgk view seluruh Paris dari atas. Sejuk, gayat, kagum. View dia memang top dollar lah!

Kalo kau nak free, boleh je naik tangga tapi sampai tingkat 2 je lah. Tak dpt lah nak tgk view cantik. Habis je Eiffel Tower aku jalan area berdekatan. Dah start hujan renyai2. Dan dgn tetibanya, aku tengok penjual tepi jalan bungkus barang diorang & lari lintang pukang. Pelancong lain pun ikut lari. Dalam hati aku ckp “Lah, hujan renyai pun korang takut? Pehal?” Pastu aku dgr bunyi macam benda jatuh dari langit. Pandang ke lantai, benda putih bulat2 sebesar bearing ball memenuhi lantai. Oh my! Hujan batu weh! Ini kali pertama dalam hidup aku merasai hujan batu. Aku siap berdiri amek video/gambar lagi dgn org lain sibuk lari bertempiaran. Wow! Tapi sekejap je dia turun, tak smp 5 minit.

Memandangkan hari dah mula gelap, aku bergerak menuju hotel. Tapi sebelum tu aku pusing dulu area berdekatan nak cari makan. Senang rupanya nak carik makanan halal kat area aku. Ada kedai India & kedai kebab. Aku pilih kebab sebab murah. 5 euros skali dgn air. Portion dia tersangat besar, boleh mkn 2 orang. Dengan fries lagi. Memang berbaloi!

Day 2 – Versailles

Awal2 pagi aku naik metro bergerak ke Versailles. Lebih kurang 1.5 jam dari hotel aku. Ada apa kat Versailles? Ada Chateau de Versailles yang gah dgn lukisan atas siling (kalo tgk cita omputih, diorang tunjuk 2 orang yang “bersentuh” jari a.k.a. The Creation of Adam oleh pelukis Michelangelo, lebih kurang macam tu lah) & taman yang sgt cantik.

IMG_20170427_100916-minBanyak sebenarnya benda yang boleh explore kat Chateau ni. Korang boleh naik shuttle (berbayar), sewa golf cart atau basikal. Area sini tersangat besar tapi doable with just walking.

 

Kat chateau ni aku dijodohkan lagi skali dgn Angelina. Ini kali aku makan kat situ, takde takeaway. Aku order lemon tart & fresh strawberry éclair dgn kopi susu. Dia punya feeling tu rasa macam kau jadi Queen Elizabeth tengah menikmati minum petang. You feel me? Melayang 20 euros sbb Angelina sini mahal sikit dari Angelina Paris.

IMG_20170427_105316-min

Total aku habiskan kat Chateau ni 6 jam. Dalam sekelip mata je masa berlalu. Kalo ada masa, aku suggest 2 days 1 night kat Versailles ni. Dari Versailles aku naik train untuk ke destinasi seterusnya – Musee D’Orsay. Sampai lewat petang so orang dah tak ramai. Tak payah beratur panjang. Kat muzium ni terletaknya lukisan2 oleh Vincent Van Goth, Claude Monet & lain2. Ada jugak arca2 and patung2 ukiran. Bilik lepas bilik lepas bilik yang penuh dengan lukisan.

Kalo jenis berseni, mungkin kau tau menghargai lukisan yang ada. Tapi kalo kau mcm aku, asyik menguap je and cepat rasa bosan. Kadang2 aku acah2 mendalami lukisan dgn tengok dekat2 & penuh teliti sambil satu tangan belai dagu, satu tangan kat belakang, skali skala mulut buat bunyi “Aaaah, hmmm” sambil anguk2. Aku berpegang pada prinsip “When in Rome”.

Day 3 – Bayeux

Ini hari aku join tour di Normandy, specifically di Bayeux. Dari Paris ke Bayeux naik train amek masa 3 jam. Ada apa di Normandy? Sejarah Normandy ni cukup panjang. Cukup sekadar aku bagitau Normandy ni dulu tempat berlakunya pertempuran Nazi German dgn org Perancis dan sekutunya (British, Amerika, Canada). Ada lima medan pertempuran utama di Normandy ni – Omaha Beach, Utah Beach, Sword Beach, Juno Beach & Gold Beach. Apa beza dia? Omaha & Utah Beach lebih kepada pertempuran tentera Amerika, Sword & Gold Beach lebih kepada pertempuran tentera British & Juno Beach lebih kepada pertempuran tentera Kanada. Aku pilih Omaha Beach sebab aku tertarik dgn gambar dalam website tour guide tu. Aku amek half day tour sekali dgn pick-up & drop-off.

Smp je Bayeux ni, sejuk dia menusuk ke tulang! Lagi sejuk dari Paris! Semua yang join tour aku ni orang Amerika kecuali aku. Serious sepanjang aku kat Omaha ni, aku tak terserempak langsung dgn orang Asia, lagi2 orang China (ye lah kan, semua tempat kan harus ada diorang). Tour ni amek masa 5 jam. Antara tempat yg dibawak ialah Pointe du Hoc, Omaha Beach & American Cemetery. Aku tak tau mcm mana nak ungkapkan dalam kata2. Suasana dia suram & kau macam dpt “dgr” bunyi tembakan/bom seolah2 kau ada kat situ waktu pertempuran dahulu.

Pointe du Hoc ni ada banyak tinggalan bunkers and lubang2 akibat pengeboman. Ada underground bunkers yang dapat masuk tapi gelap dan sgt kecik. Yang ada masalah claustrophobia tak digalakkan masuk.

Kat sini kau boleh dapat view lautan biru English Channel yang tersangat cantik. The view here is AMAZING! Air dia tersangat biru ibarat sebuah lukisan dgn dikelilingi oleh dinding batu semulajadi yang diukir oleh pukulan ombak.

IMG_20170428_142758-min

IMG_20170428_173053-min

Lepas tu kami dibawa ke Omaha Beach. Sini korang boleh pijak pasir yang pernah menjadi saksi pertempuran dahulu. Pasir dia bersih, takda sampah-sarap. Di tepi2 ada deretan rumah kayu yang membangkitkan suasana.

IMG_20170428_153444-min Destinasi terakhir ialah American Cemetery – tempat bersemadinya tentera Amerika yang terkorban dalam misi peperangan. Rakyat Amerika yang join tour ni, rata2 tak dapat menahan sebak bila tibanya kami di perkuburan ni. Aku pun terikut sama. Bila kau masuk, kau akan nampak dinding yang ada ukiran nama tentera2 yang terkorban, tahun dan dari infantry mana. Part yang paling cool ialah ada sesetangah ukiran nama tu nampak macam tertimbul sikit berbanding ukiran nama yang lain.

YDXJ0731-min
npk tak nama “HUTCHENS JAMES” tu mcm tertimbul?

Sebab apa? Ada waris kepada tentera ni yang datang ke sini dan pihak pengurusan perkuburan akan bagi sedikit pasir yang diambil terus dari Omaha Beach untuk disapu di atas ukiran nama tersebut sebagai satu symbolic gesture. Cool kan? Bila kau masuk dalam deretan batu nisan tersusun rapi. Ada yang ada nama, ada yang tak dikenal pasti identiti mereka. Ada yang bentuk salib (Kristian), ada yang bentuk Star of David (Yahudi). Ada yang diletakkan bunga ros, ada yang diletakkan bendera.

Perkuburan ni dijaga dgn tersangat rapi oleh pihak pengurusan. Di sini jugak ada Visitor Centre kalau nak tahu lebih mendalam pasal apa yang berlaku di Omaha Beach.

Memandangkan tour dah habis & masa aku ada lagi 2 jam, aku suruh tour guide hantarkan aku ke Cathedral of Our Lady of Bayeux.

Rata2 di Perancis ni cathedral mereka sangat terkenal dgn ukiran tingkap kaca (stained glass windows). Ni Bayeux ni pun tak kurang cantiknya.

Dari Cathedral aku bergerak ke Bayeux Tapestry. Tapi malangnya dah tutup. Orang Amerika yang satu tour dgn aku yg recommend aku lawat. Aku tak tau pun kewujudan tempat tu. Apa itu tapestry? In layman’s term ia satu kain rentang yang dikait (embroided). Bayeux Tapestry memaparkan kain rentang berkisahkan sejarah William the Conqueror.

Sebelum balik, aku singgah ke kedai kebab yang aku jumpa dgn tak sengaja. Ada rupanya kedai halal kat Bayuex ni. Mkn kebab kat sini mahal sikit berbanding di Paris. Mahal dalam 2 euros. Rata2 kedai kat Bayeux ni memang mahal. Takda kedai cikai2. Rata2 café, restoran yang agak mewah. Selesai dinner, aku pun pergi ke stesen untuk balik semula ke Paris. Smp Paris dah pukul 10.30 mlm. Nak blk hotel plak mkn masa setengah jam. Berjalan seorang diri di lorong2 kat Paris ni bagi aku agak bahaya. Orang mabuk mmg ramai. Geng remaja gangster apetah lagi. Aku tak rs selamat sgt. Tak mcm negara lain. Naik metro pun was2 sebab ada je org pelik2 dok menjerit, mintak sedekah. Memang kena waspada ye dekat Paris ni.

Day 4 – Bourges

Dari Paris ke Bourges amek masa 4 jam dengan menaiki tren. Bourges ni ibarat pekan kecik. Tapi jgn ingat kecik takde ape2. Kecik2 cili padi tau! Sini korang boleh jln kaki je dari stesen ke town. Takda jauh mana; lebih kurang 20 minit. On the way aku singgah satu taman ni yang sangat cantik dan menenangkan. Ada itik, ada pokok bunga, pokok2 besar dan ada satu sungai yang dipenuhi dgn alga bilamana ada matahari, akan terjadinya pantulan yang sangat cantik!

Aku macam biasa lawat cathedral & muzium. Deretan kedai kat sini old-fashioned, so sgt sesuai utk korang yang kaki selfie.

IMG_20170429_122605-min

Kena diingatkan hampir semua kedai, muzium kat sini akan tutup dari pukul 1-2pm untuk lunch.

Di Bourges ada satu kedai candy yang agak femes – Forestines. Mahal memang mahal sebab dia local & handmade. Tapi sedap weh! Dia macam gula2 yang ada inti coklat, hazelnut, chestnut, almond etc; ikot flavor ape yang kau beli. Aku beli ni untuk jamu budak opis, sekelip mata je lesap! Dah alang2 kat Bourges, aku terjumpa satu lagi chocolatier femes – Jeff de Bruges. Jeff de Bruges ni terkenal dgn coklat dia yang menggunakan flavor yang jarang orang pakai. Ada coklat bentuk itik, arnab, beruang dan lain2. Tak boleh beli byk, sekadar untuk mkn sendiri je sbb confirm cair kalo bawak blk Malaysia.

IMG_20170429_121931-min

Sebelum blk aku singgah kedai kebab (satu-satunya yg bukak). Sangat mahal; 8 euros untuk kebab shj tanpa air. Mcm biasa, portion dia besar, boleh mkn 2 orang.

Dari Bourges aku blk semula ke Paris. Ke Notre Dame Cathedral pulak. Mcm biasa org ramai sgt smp tak boleh nak masuk. Aku berlegar di luar shj.

YDXJ0812-min

Macam biasa, misi mencari makanan bermula. Yang paling dekat ialah kedai crepe. Hoh! Betapa lembutnya crepe dia, tak mcm kat Malaysia. Aku boleh jamin kau takkan pandang dah crepe buatan Malaysia lepas kau mkn crepe kat sini!

IMG_20170429_185037-min

Kalau jalan dpn sikit dari Cathedral ni akan ada banyak deretan kedai makan. Makanan halal sgt senang sebab kiri kanan suma kedai kebab. Pilih lah kedai yang ramai org & pilih lah kebab dgn baguette, bkn wrap. Ternyata kenyang sepanjang perjalanan. Satu yg aku perasan, org putih sgt gemar mkn kebab. Tak kisah lah kedai mana yang kau pergi, majoriti org putih. Misi aku kat area ni ialah cari Patrick Roger. Chocolatier paling femes kat Paris & satu-satunya chocolatier yang menang award. Rasa nak nangis bila tak jmp kedai when you know you’re so near yet so far. Akhirnya, jodoh tak ke mana! Masuk kedai ni kau akan disapa oleh arca coklat besar yg akan berubah ikut musim. Chocolate kat sini mahal sbb boleh dikatakan coklat premium. Macam2 rasa ada; orange peel, coffee, serai dan macam2. Beli ikut gram. Sini takde tester so pandai2 lah pilih, tapi aku boleh gerenti kau takkan menyesal beli flavor pape skalipun.

Day 5 – Luxembourg

Awal2 pagi bertolak ke negara Luxembourg; salah satu negara yang dekat dgn Perancis & satu2nya negara yang boleh di-cover dlm sehari. Perjalanan dari Paris ke Luxembourg amek masa 2 ½ jam dgn menaiki direct train. Sampai Luxembourg tengahari, memandangkan tak boleh cek in lg, aku pun tinggalkan beg & start exploring. Aku dtg pada hari Ahad, tapi kedai semua masih bukak, termasuk attractions spt muzium, cathderal etc. So takde masalah pun. Smp je di stesen keretapi, kau boleh beli Luxembourg Day Pass di mana public transport seperti bas & tren kau boleh naik unlimited. Tapi aku tak beli pun. Pergi sana sini semua pakai kaki je. Senang.

Di Luxembourg ni kau boleh nampak tempat bersejarah seperti Adolph Bridge & Casemates du Bock yang dikelilingi dgn pohon2 hijau. Kebanyakkannya masih struktur batu, gua etc.

Kat sini jugak ada banyak taman, ptg2 boleh berpiknik, berjogging – suasana yang amat menenangkan. Kau boleh tgk org local lepak di taman, di bawah pokok, di tepi tasik sambil baca buku. Nampak tak budaya mereka macam mana? Budaya mcm ni lah yg patut kita contohi.

Aku suggest during lunch time pergi lepak kat Place d’Armes. Tempat ni sgt happening dgn restoran, Sunday market & just the general vibe. Do come here to people-watch! Ada satu kedai aiskrim kat sini yang sgt sedap. Aku tak ingat nama kedai tapi rasanya ada satu je kedai aiskrim kat sini yang korang kena beratur panjang. Di Luxembourg takda masalah dgn makanan halal sebab semestinya akan ada kedai kebab. Be warned the prices here is a tad expensive compared to France. Generally, barang2 makanan seperti coklat, air mineral pun mahal sikit kalau nak dibandingkan dgn Perancis. Souvenir seperti fridge magnet, keychain pun bagi aku sangat mahal.

Kalo kau peruntukkan masa sehari suntuk di Luxembourg, memang cukup untuk cover attractions yang ada; just by walking.

YDXJ0892-minOh ya, di sini banyak lorong2, celah2 bangunan. Try to immerse yourself in the historical buildings and once in a while lose yourself in between the lorongs. Jgn risau, takkan sesat punya sbb banyak signboard di penghujung setiap lorong.

YDXJ0867-min

Malam tu aku tido di Youth Hostel Luxembourg. Selesa, toilet/shower dalam bilik, pastu dpt pulak roomates European yang cool & peramah. Sebelum tido kitorang siap layan movie lagi, bertukar2 cerita travel. Diorang ni budak2 lagi kalo nak dibandingkan dgn aku. Masing2 tengah mengejar impian masing2. Sorang tu dah hampir di penghujung pengembaraan dia menerokai Europe – 15 buah negara dalam 5 minggu. Yang lagi dua org kawan baik, they still have a long way to go. Yang sorang ni pulak tgh merenung nasib – dah tua2 baru dapat jejak bumi Europe; baru 2 negara plak tu.

Day 6 – Paris

Awal2 paginya, bertolak balik ke Paris sbb flight blk ke Malaysia pada malamnya. Hari ni ialah hari buruh which turns out to be a very big deal here in Europe. Kedai, attaractions semua tutup OK! Ada la beberapa kerat yang bukak especially restoran2 di tempat tourist attractions. Tak dpt nak merasa beberapa kedai yang dah ada dalam list, tak dapat nak beli beg Osprey & kasut Dr. Martens. Sedih. Hari aku dihabiskan dgn merayau di sekitar Notre Dame & Eiffel Tower.

IMG_20170501_152202-min
the other side of Notre Dame

Kalo hari first aku bergambar dpn Eiffel Tower, hari ni aku bergambar di taman berlatarbelakangkan Eiffel Tower. Dari sini aku bergerak ke Pantheon. Pantheon tutup tapi tgk dari luar pun menarik jugak.

Memandangkan ni hari last, aku pun borong souvenirs. Aku beli yang simple je – keychain Eiffel Tower, biskut & coklat. Keychain aku beli kat kawasan Eiffel Tower – 6 bijik 1 euro. Dia siap bagi free 10 bijik lg. Aku ada beli gak replica Eiffel Tower 7 inchi. Tacky, I know. I now have it on display on my office desk. Teehee.

Dah agak2 cukup masa, aku pun naik tren ke airport CDG. Boleh pulak aku tertido dalam train. Di stesen & dlm train kena waspada. Ramai yg dah terkena dek penyeluk saku. Beg kalo boleh peluk ketat2, jgn sesekali biarkan tanpa pengawasan. Sebab stesen & laluan ke airport ni memang ramai sgt orang. Orang tolak2, bersesak2. Pastu dgn luggage2 besar. Pandai2 jaga diri & barang. Penyeluk saku di Europe ni mmg dah terkenal satu dunia. They work in groups & are masters of distraction. Jangan sesekali leka & jgn sesekali masuk dlm jerat mereka.

Kesimpulan

Paris was not what I expected. Aku tak expect Paris or France in general to be so dirty, with graffiti on every wall that you could see in addition to the screaming beggars on trains, drunks on the street & teenage hooligans hanging on every street corner. Don’t even get me started on the piss-stained seats on the metro & the smell of piss that fill the interior of the metro & stations. Such a shame for such a romantic & lovely city. Such a shame…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s