Tips Ringkas Perancis

Jul 11th, 2017

1. Bab makanan memang tak menjadi masalah (unless you’re a picky eater). Banyak je kedai kebab halal merata tempat.

2. Aku suggest makan kebab kalau kau nak jimat duit. Sebab dgn 5 euro je dah boleh dpt kebab sebijik & fries. Kalau berdua lagi jimat, you take half, I take half sbb portion dia besar. Tak pun, separuh makan untuk lunch, separuh lagi untuk dinner. The same goes for baguette kat kedai Paul’s. 6 euros tak habis makan sbb roti panjang sgt. Aku biasa mkn separuh untuk breakfast, separuh simpan untuk lunch.

3. Toilet macam biasa takda pili air, apatah lagi built-in bidet. Bawak lah apa yang patut untuk beristinjak. Dah di Perancis, Evian kan ada. Teehee. Mampu kau beristinjak pakai Evian? Kelas kau jah! Boleh jugak kalau tumpang toilet kedai kebab, sebab kebanyakkan toilet diorang ada pili air.

4. Kat Paris ada macam2 pass, ada yang untuk attractions, ada yang untuk transport. Pandai2 lah kau buat research untuk tengok keberbaloian pass tu. Aku tak beli sebab tak berbaloi sgt & tak suit masa aku.

5. Bab transport, the metro is your best friend. Biasa orang akan beli 10 keping tiket or carnet (kar-ney) sekaligus untuk jalan2 sekitar Paris. Beli carnet lagi murah berbanding beli sekeping2. Tiket tu pun takkan expired sampai bila2. Kalau dah beli 10 keping tu, pastikan kau asingkan mana tiket yang dah pakai & yg belum pakai. Kalau tak, bertiket roulette lah kau dkt gate tu. Tiket tu boleh pakai sekitar Paris je (depends jugak on which zone yang kau beli) & boleh pakai untuk bas sekali.

6. Sebenarnya, attractions dekat Paris ni boleh dikatakan dekat2. Kau boleh turun mana2 stesen & you will still end up in the same place. Kadang jalan sikit dari attraction ni dah jumpa lagi attraction lagi satu. Get a proper map, takdelah pusing2 atau bazir tiket.

7. Aku suggest kau datang during low or shoulder season. Jan-April memang terbaik. 1 May & ke atas memang takyah datang lah. Crowded sgt2. Memang sejuk sikit tapi hotel murah, attractions tak payah beratur panjang.

8. Bab attractions, the earlier the better. Datang awal, queue tak panjang. Kalau boleh, beli tiket siap2 (online). Kebanyakkan attractions ada website yang boleh beli advanced tiket. Do your research.

9. Hari Buruh (1st of May) is a very big deal! Kebanyakkan kedai & attractions akan tutup. Again, do your research by checking the respective websites. (masih terkilan tak dpt beli beg Osprey & kasut Dr. Martens)

10. Certain attractions ada free entrance pada hari2 tertentu. Make use of that supaya dapat jimat duit. 

11. Kalau dah sampai Eiffel Tower tu, naik lah sampai atas. It IS worth it, you know.

12. Time kelaparan, Carrefour is your best friend. Biasa aku akan borong roti, biskut & air jenama Carrefour (sbb murah, kualiti pun tersangat ok). Semua barang ni campak je dalam kau punya daypack. Kot2 lapar tengah perjalanan, capai je dlm beg.

13. Last but not least, “Bonjour”, “Excusez-moi” & “Parlez-vous anglais?” goes a looong way kat Perancis ni. Jgn berat mulut untuk start dgn Bahasa Perancis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s