Travel = Kaya? Kayakah aku?

Jul 18th, 2017

Aku tak kaya. Pun bukan dari keluarga berada. Bila aku pergi jalan2 oversea, automatic orang akan cakap aku kaya. Jauh menyimpang dari realiti sebenar. Aku berani cakap gaji aku jauh lagi kecik dari diorang yang setaraf aku. Aku tak kaya tapi disiplin aku terhadap duit sangat tinggi. Aku dah set goal siap2. Aku ada list benda2 yang aku nak, tempat2 yang aku nak pergi. Semua nak kena pakai duit. Tiap kali gaji, aku dah asingkan siap2. Mana nak kena bayar dulu, mana nak kena saving and last sekali baru la self-reward.

Aku bukan jenis membazir. Jarang shopping, apatah lagi makan kat tempat mahal. Sehari aku allocate RM10 untuk makan. Kalau hari ni dah makan RM15, untuk hari berikutnya kena cut back. Makan cukup untuk rasa kenyang. Aku tak layan wayang. Tak macam sesetengah orang. Tiap kali movie baru keluar mesti tengok. Bagi aku, tengok wayang tak puas. Bayar tapi hanya tengok sekali. Tak boleh rewind part yang lawak. Tak boleh rewind part yang termiss. Kalau nak, kena bayar lagi. 
Beg kerja aku hanya ada satu. Tu pun aku beli dekat Bandung (Pasar Baru) pada tahun 2012 harga RM15. Pakai sampai sekarang. “Kasut” kerja pun ada sepasang. Beli tahun 2013 brand elok tapi mahal sikit (to me it’s investment due to the quality). Pakai sampai sekarang. Bukan setakat pakai pergi kerja, pergi jalan2 pun sepasang tu. Baju jgn cerita la. Tiap 2 minggu rotate baju yang sama. I don’t own any branded clothing; no ZARA, no MNG, no H&M. I don’t see the sense of spending more than RM60 for a top that you can get for RM20 somewhere else. Item paling mahal dalam almari aku pun jeans Levi’s. Kumpul duit 3 bulan sebelum beli sepasang. I have yet to find other brands of jeans that fit as well as Levi’s. Itu pun investment. Beli tahun 2012, masih pakai sampai sekarang. They get better with age. 
See how I like to save up for the big and important things? Pergi travel pun macam tu. Kumpul duit dulu. Tiap bulan ada allocation untuk travel. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sebab tu aku boleh travel tiap tahun. I tend to go all out time travel sebab kemungkinan aku hanya akan jejak kaki tempat tu sekali je. I go all out because I can. Aku dah bertungkus lumus kumpul duit berbulan2 so why the hell not. Duit yang aku boleh pakai untuk tengok wayang tiap minggu, duit yang aku boleh pakai untuk shopping tiap bulan, duit yang aku boleh pakai untuk makan sedap2, mewah2 tiap hari, instead aku masukkan dalam aku punya travel fund. That is happiness level 10 right there. Because travelling makes me happy. 
Semua orang nak jadi kaya. Tapi tak semua orang boleh jadi kaya. Nak jadi kaya kena ada disiplin yang tinggi. Kalau tak, sungguh gaji kau RM50,000 sebulan pun kau akan rasa tak cukup. Sebab dah lumrah manusia untuk rasa tak puas, rasa tak bersyukur. I am not rich. I am disciplined.

Leave a comment