​Pros & Cons Travel Secara Solo

Sept 1st, 2017 

 Aku jenis yang suka atau lebih prefer travel secara solo. Aku boleh bersenang lenang tanpa ada gangguan. Bukan apa, kadang dapat member yang jenis fussy atau lebih tepat lagi jenis haramjadah. Plan bukan main lagi, pung pang sini sana, nak pergi situ, nak buat itu, nak tgk ini. Tapi sudahnya, tak jadi. Minit terakhir tarik diri dgn alasan takda bajet, duit tak cukup. Banyak kali dah terkena. Padahal dah plan awal2, dah bincang awal2. Bajet semua pun aku dah prepare, dah bagitau awal2 berapa banyak nak kena simpan. Semua dah di bagitau berbulan2 lamanya, kadang tu setahun sebelum. Kalau setakat short berapa ratus tu aku boleh dahulukan tapi tak, short semuanya. Memang tak boleh nak tolong la. Sebab tu aku malas nak ajak member bila travel. Banyak songeh, banyak alasan. Solo is better. Aku nak buat apa, nak pergi mana, nak plan/schedule macam mana, suka hati aku. Tapi lumrah setiap perkataan, adanya pros and cons. Ada baik ada buruk. Hence, this post. Pros and cons bila travel secara solo. Aku senaraikan cons dulu.

1. Mahal – Tak dinafikan ini adakah point utama setiap solo traveller. Travel secara solo boleh dikatakan mahal dua kali ganda berbanding travel berdua atau berkumpulan. Yalah, hotel & makan tak boleh share. Ditanggung sendiri. Melainkan kau duduk hostel atau dorm. Tapi kalau duduk private room, walau ada dua katil, tetap kau sorang yang kena bayar. Bab makan pulak, bila dapat portion besar macam kat Europe, kau tak boleh jimat duit dgn share cost. But this can be easily remedied. Half makan, half lagi tapau untuk next meal. Win-win. Point kedua utama yang menaikkan cost ialah luggage; terutamanya bila kau naik low-cost airline. Semua orang sedia maklum yang low-cost airline luggage kena beli asing. Macam AirAsia, bagasi paling minimum 20kg start dari RM89 untuk international flight. Kadang kau tak sumbat pun sampai 20kg sebab tak banyak bagasi. Beli luggage sebab terpaksa sebab nak bawak liquid. Kalau pergi berdua, boleh share. Kat situ dah boleh jimat RM45 @ RM89 (return) or more. 


2. Makan sorang
– Ini aku alami masa di Perancis. Tak boleh nak rasa banyak desert kat cafe Angelina hari tu. I am just one person, I cannot eat a lot. Kalau pergi berdua atau berkumpulan, boleh rasa banyak makanan. Secubit sini, secubit situ. You’ll get to try plenty more food. So apa aku buat, pergi balik kedai tu 2,3 Kali untuk rasa. Tapi lagi banyak lah yang kau kena belanja. After all, when it comes to food, sharing is caring.


3. 2-pax activities
– Ini sangat biasa. Rata2 aktiviti kena ada minimum 2 orang. Memang ada yang kau boleh join je mana2 group with strangers. Tapi kadang2 takda orang yang join, so kau pun tak boleh join. Macam group tours, kadang kena ada lebih 8 orang baru boleh jalan. Kalau tak cukup orang, terpaksa cancel atau kena tunggu lama & bazir masa untuk tunggu orang lain join.


4. Lonely
– Terutama kalau duduk private room. Takda teman nak bercerita, mengadu. Kalau duduk hostel, sekurang-kurangnya boleh sembang dgn other travellers. Itupun kalau satu kepala, dapat masuk. Kalau tak, mereput lah kau sorang diri. Ada sesetengah orang yang tak boleh hidup sorang diri, tak boleh berdikari. Glad I’m not one of them!


5. “Bahaya”
– Ini agak subjektif. Sungguh kau pergi sekampung pun kau boleh jugak alami situasi bahaya. Tapi kalau pergi berteman, sekurang-kurangnya someone has your back. Two sets of eyes and ears are better than one. Mungkin sorang boleh baca peta, sorang lagi perhatikan keadaan sekeliling. You can never be too careful in some places. 


6. “Kerap kena tahan”
– Especially female solo traveller in a Muslim country. Dari immigration sampai security memang akan kena “interview” sepanjang kau di sana. Exhibit A: Maldives. Harmless yes, tapi lama2 it gets annoying. You readers don’t preach to me about muhrim, mahram and all that.
Now let’s move on to the best part! Pros bila dapat travel secara solo!

1. Freedom – Duh! Ini point yang sangat utama. Kau boleh buat sesuka hati. Kau nak pergi mana, pergilah. Kau nak buat apa, buatlah. Nak duduk hotel je sepanjang hari, duduklah. Takda orang bising. Kau nak bangun awal ke lambat ke, takda orang bebel. Kau nak over-budget, under-budget, lantak kaulah. Your money, your rules. 

2. Berdikari – Ini sangat penting. Dgn travel secara solo, kau dapat belajar untuk berdikari, untuk bergantung pada diri sendiri. Dapat belajar untuk percaya kepada naluri. Your instinct is your number two saviour after God. 

3. Growth – Point ni berkait rapat dgn point nombor 2. You learn to grow, love yourself and trust yourself more after you’ve experienced being alone on your travels. Kau jadi lebih matang dan lebih open-minded (p/s: this only applies to certain individuals. Ada je yang tak open2 walau dah travel banyak kali).

4. Self-reflect – Di kala kau berseorangan, akan ada masa untuk kau berfikir sejenak. Masa untuk self-reflection. Percaya lah bila aku cakap kau akan rasa bersyukur atau menyesal dgn setiap aspek dalam hidup kau. Bila di tempat orang sendirian, ada kala kau menangis dalam tidur, menangis dalam hujan, mengalir air mata dalam flight/train. Ini semua normal.

5. Dapat ramai kenalan – Hanya untuk jenis yang pandai bersosial, jenis duduk hostel.

Pros and cons di atas aku telah, sedang dan bakal lalui. Setiap individu mungkin lalui benda yang sama dgn apa yang aku lalui atau mungkin tidak. Semua bergantung kepada diri masing2. Jangan takut untuk travel seorang diri terutamanya golongan perempuan. Be brave, be smart, be humble whenever you’re in another man’s land.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s