Maldives Itu Cantik

October 13th, 2017

IMG_20170831_133837-min

Kali ni aku ke Maldives, satu negara yang ada dalam bucket list aku. Honestly, aku tak suka pantai macam Koh Lipe,  Krabi etc. but I made an exception for Maldives. Sebab Maldives bukan seperti tempat² yang lain. There’s a different vibe & atmosphere altogether. Aku pergi total 5 hari 4 malam. Mcm biasa aku naik AirAsia. You would think after all the flights I took with AirAsia, Tony Fernandes would have made me his partner by now. Aku beli tiket 3 bulan sebelum berangkat dalam waktu merdeka. Tiket agak mahal di situ, but I’m not complaining. Janji sampai, janji impian tercapai.

Day 1 – Arrival

Flight AirAsia akan sampai malam. Masa nak landing tu sangat menakutkan! Kami dah nak landing dah, dah nak cecah landasan tapi tiba² hujan dgn sangat lebat disertai dgn angin kuat yang berpusar. Memang tak boleh landing lah jawabnya. Pilot sgt cekap, terus dia tarik steering wheel, naik balik & pecut sekuat hati demi mengelak angin! Memang bergoyang ke kiri ke kanan pesawat kami. Dah tak boleh nak landing, maka berlegar lah kami kat atas tu selama sejam sementara tggu angin & hujan reda. Banyak lagi pesawat lain kat atas dalam situasi yang sama. Akhirnya, dapat jugak kami landing.

Setiap orang tak kira dari negara mana akan dapat visa percuma. Tak payah apply siap², sampai airport baru apply. Well, Maldives is a Muslim country & aku sebagai seorg pompuan solo yg tak ditemani sapa² mmg kena stop & kena interview lah jawabnya. Setiap checkpoint kat airport aku kena interview. But all was good.

Sampai Velana Int. Airport, dah pukul 9.30pm so aku mula cari port untuk tido. Airport dia kecik, kedai pun tak banyak. Takda kedai makan 24-jam, tapi ada farmasi yang jual air bukak 24-jam. Macam biasa aku tido kat kerusi besi panjang. Bangun², sakit tengkuk. Sekadar tido² ayam, sgt tak selesa but I wasn’t willing to pay RM250 for a 9-hour stay in a hotel in town. Subuh² hujan dgn sgt lebat dgn angin yg sgt menakutkan. Dah la airport tu tak berapa nak canggih design dia, rasa nak tercabut bumbung.

1IMG_20170829_004222-min

Day 2 – Male to Ukulhas

Tepat pukul 6 pagi aku naik ferry dari airport ke Male town sbb ferry aku ke Pulau Ukulhas pukul 9 pagi. Bajet nak breakfast lah dulu di town. Dari airport ke jetty Male amek masa dlm 15 minit dgn kekerapan setiap 10minit, beroperasi setiap hari.

Smp jetty, nak cari kedai makan, tapi kedai tak bukak lagi. Nak cari convenience store mcm 7/11 utk beli snacks mmg tak wujud lah. Cari teksi utk ke Vilingili Jetty. Kalau jln kaki dari Male Jetty ke sana amek masa 30/40 minit. Kalau naik teksi kena tawar, sbb diorang mmg akan bg harga kaw². Sampai Vilingili Jetty terus beli tiket utk ke Ukulhas. Take note yg public ferry hanya beroperasi pada hari2 tertentu. Kalau nak tau schedule, tanya hotel korang. Perjalanan dari Male ke Ukulhas dlm 4.5 jam. Laut sgt bergelora smp ada yang termuntah. Bg yg mabuk laut tu, sedia lah apa yg patut. Aku sempat baring & tido utk 3 jam pertama. Best weh tido dibuai ombak. Ferry ke Ukulhas akan stop kat Rasdhoo dulu baru Ukulhas.

IMG_20170829_124659-min

Smp Ukulhas, org guesthouse jemput aku pakai kereta, 3 minit je smp. Pny lah dekat! Bilik aku mmg superb, cantik, bersih, baru.

Dah settle in, diorang bawak aku ke private beach. Take note tak semua pulau ada private beach. Again, ask your hotel. Private beach ni boleh pakai bikini, berjemur; public tak boleh. Lepas dah tau lokasi private beach, aku pun carik kedai makan dkt dgn guesthouse aku – kedai Thai. Kedai ni je yg for review bagus dari kalangan travellers. Kat pulau ni hanya ada dlm 3 restoran je, so pandai² lah nak hidup. Tak pun, kalau kau nak pergi pulau lain utk mkn pun boleh, up to you, it’s your money anyway. Hari tu aku habiskan seharian kat pantai, untuk relax.

Day 3 – Ukulhas

Pagi ni aku disajikan dgn typical Maldivian breakfast which I can’t remember the name. Tuna with onions and chili, lempeng & telur goreng. Pretty good utk isi perut.

IMG_20170831_082326-min

Lps mkn aku pun lepak pantai. Berjemur, berendam, baca buku & tido. Basically just enjoying life. Watching the waters, listening to the calm waves. Takda pelancong sgt pun. I had the whole beach to myself.

Aku stay kat pantai dari pukul 9 pagi smp 7 mlm. Pemandangan matahari terbenam kat sini adalah antara yang tercantik pernah aku tgk! Dari kuning emas ke oren ke pink. Memang terbaik! Great photo opportunity!

Day 4 – Ukulhas

Aku ingatkan nak cuba snorkeling walaupun aku tak reti berenang. Aku tny lah org guesthouse aku, dia cakap mesti pandai berenang baru boleh snorkelling. Walaupun ada guide, tapi life jacket takda. Biasa kalau aktiviti snorkeling kat M’sia, kita akan diberi life jacket supaya org yg tak reti berenang pun boleh join. Tapi kat sini tak. Oh well, nothing I can do about that. Tapi ia menaikkan lagi semangat aku utk belajar berenang! Because I plan to come back to Maldives again!

Macam biasa, lepas breakfast (kali ni ikan dgn onion & kelapa parut, lempeng & telur goreng) aku lepak pantai.

IMG_20170830_090050-min

Kali ni mmg betol² takda org sbb rata² pelancong kat guesthouse aku dah balik. Guesthouse pun sunyi. The whole stretch of the beach, aku conquer. Aku berjaya habiskan satu buku & tulis blog post pada hari tu & berjaya jugak menggelapkan diri.

 

Kat Ukulhas ni hujan tiap hari tapi kejap². Masa aku kat sana, tgh hari mesti hujan lebat tapi hny 10/15 minit je. Waktu maghrib pun hujan, tapi kejap² je. Bln 8 mmg musim hujan tapi jangan risau sbb hujan dia mmg takkan ganggu plan korang. Hujan dia bukan mcm kat M’sia okay!

Kat Maldives aktiviti mcm snorkeling, diving, tgk manta ray, island hopping, melawat resort mewah mmg kena book dgn hotel/guesthouse korang. Aktiviti paling murah mcm guided snorkeling bermula dari USD25 dan boleh mencecah USD190 untuk tgk manta ray. Harga tgk jugak pada hotel/guesthouse yg kau duduk; harga yg aku letak tu dari guesthouse aku.

Day 5 – Ukulhas to Male to KUL

IMG_20170831_133338-min

Memandangkan hari ni hari Jumaat, takda public ferry untuk ke Male. So, aku amek speedboat yg memakan masa lebih kurang 1.5 jam dari Ukulhas ke Male Jetty. Korang kena pandai² bajet masa sebab jadual speedboat tak menentu & tak on-time bergantung kepada cuaca. Masa aku naik, speedboat aku delay selama 2 jam disebabkan hujan lebat. Naik speedboat dia tersangat best (bagi aku lah). Sangat laju, terumbang-ambing, speedboat kerap “menghentak” air. Terasa jugaklah sakit bontotnya, tapi seronok! Actually, dari Ukulhas ferry akan singgah Rasdhoo dulu, lepas tu Velana Int. Airport, barulah ke Male Jetty. Aku singgah airport sekejap sebab nak tukar duit sebab rata² kedai kat town tak bukak sebab cuti Hari Raya Haji. Aku tukar duit sebab nak shopping souvenirs kat market. Dari airport aku amek ferry 10 minit ke Male. Dari Male Jetty, boleh je jalan kaki ke pasar basah. Aku ingatkan nak beli souvenir makanan yang terkenal kat Maldives – breadfruit snack. Tapi sampai pasar basah, tak jumpa pulak. Yang ada cuma jual buah, sayur & ikan. Mungkin dah petang sgt atau mungkin aku tersilap market sebab ada 2 market kat Male ni. Tapi rata² aku tanya kat locals, semua tunjuk market ni. Oh, well. Aku pun jalan² sekitar town tapi tak lama sebab hari dah gelap lagipun hujan ribut smp ada bot yang separuh tenggelam. Org Maldives semua berdiri di tepi amek gambar & video bot tenggelam tu.

Memandangkan tinggal lagi 2 jam sebelum boarding, aku pun terus naik ferry ke airport. Agak scary lah jugak dgn cuaca yang tak menentu & ombak melambung. Alhamdulillah sampai dgn selamat kat airport. Aku singgah Burger King kejap utk mkn. Al maklum lah kalau dah kat airport, makan of course mahal. Ada 5 kedai makan kat tingkat bawah; Burger King, Dairy Queen, kedai Thai, The Pizza Company & kedai kopi ala Starbucks.

Lepas cek-in, aku pun menuju ke Departures. Kat sini ada 1 kedai jual souvenirs. Aku usha fridge magnet dia, murah weh! Lagi murah dari kedai celaka yang aku beli kat town! So, KALAU NAK BELI FRIDGE MAGNET, SILA BELI KAT AIRPORT, JGN BELI KAT MALE TOWN! Aku kena tipu kaw² punya beb! Menyesal tak sudah!

Overall, I had a great, relaxing time in Maldives. Let me re-phrase that. Overall, I had a great, relaxing time in Ukulhas. Walaupun aku tak buat apa sgt aktiviti sewaktu aku kat sana, aku rasa sgt puas. I think that was the whole idea; just to feel refreshed & renewed. Just chilling & relaxing, looking at the waters & listening to the waves. I mean, where else can you be on an island where the only traveller is you? Ibarat satu pulau tu aku yang punya, dgn takda gangguan & bunyi bising.

IMG_20170830_174032-min

Aku rasa keberangkalian untuk aku kembali agak tinggi. Next time aku nak try duduk kat Rasdhoo pula sebab pulau tu nampak macam menarik & cantik. I should know because I was “mistakenly & nonchalantly” dropped off there! Tapi aku kena pastikan sebelum aku kembali untuk kali kedua, aku kena pandai berenang dulu untuk betul² menikmati what the island has to offer. See you in 2018, Maldives?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s