BALIK KAMPUNG OOOOO BALIK KAMPUNG

Nov 27th, 2017

Day 1 – Arrival (Tokyo)

Masa untuk balik kampung sudah tiba! Balik ke kampung halaman tercinta; Jepun! Total hari aku kat kampung 8 hari, 9 malam. Macam biasa naik flight AirAsia yang tak berapa nak murah, tapi apakan daya, terpaksa jugak balik demi kampung tercinta. Naik flight petang, sampai Kansai Airport pukul 10 malam, so macam biasa, aku tido kat airport. Still the best airport I’ve ever slept in! Comfy & warm, quite, plus the seats are padded. Aku tido dgn sgt nyenyak malam tu.

Day 2 – Tokyo

Pagi2 subuh (nasib tak terlajak tido), aku ke JR office untuk tukar aku pny exchange order utk JR Pass. Dari Kansai, aku shoot ke Yokohama. Malangnya, hujan bila aku sampai, so tak dpt nak berphoto shoot dgn kapal2 kat pelabuhan. Kat Yokohama ni aku ada misi; nak ke ramen museum & Hard Rock Café. First aku ke HRC dulu utk beli baju kiriman org. Igtkan nak beli utk diri sendiri jugak, tapi design tak lawa sbb stok dia tinggal sikit. Dah tu aku ke Shin-Yokohama Ramen Museum. Aku silap; ingatkan boleh buat ramen sendiri tapi merosot sama sekali jangkaan aku. BTW, kat Jepun ni berlambak ramen museum. Pastikan kau pergi ke tempat yang kau betul2 nak pergi. Kat Yokohama ni memang ada museum, dia ceritakan asal usul ramen. Turun bawah, ada macam2 kedai ramen yg perlu beratur dgn sgt pjg. Aku pergi tu hari Ahad, so paham2 je lah crowd dia mcm mana. Kedai dia sgt kecik, dan lorong2 pun sgt kecik. Dia buat style mcm restoran klasik, kuno gitu. Gelap ala2 back alley. Ada 2,3 kedai yang hidangkan vegetarian ramen (not halal-certified, so proceed at your own risk). Aku tak mkn pun sbb beratur panjang & agak kecewa sbb igtkan boleh buat ramen sendiri (tapi pada hari terakhir, kekecewaan dapat ditebus).

Tau tak bln Oktober is THE perfect month utk travel ke Jepun, tp malangnya utk tahun ni, it was miserable! Setiap hari hujan, dari pagi hingga malam, dgn angin ribut smp plan aku jadi berterabur! Pukul 5 petang dah mula gelap mcm 8,9 mlm kat KL. Sbb apa? Sbb typhoon! So, balik dari Yokohama aku ke hotel utk cek in & ltk beg, pastu terus ke Asakusa utk jalan2 merangkap cari mkn. Asakusa ada satu kedai halal femes iaitu Naritaya. Sedap? Not bad lah. Aku kecewa dgn gyoza dia. Gyoza yang bkn gyoza. More like fried wantan. Not the ORIGINAL gyoza at all!

IMG_20171015_171837-min
Kecewa dgn “gyoza” dia

Lps mkn, aku jalan2 sekitar Nakamise Street & Sensoji Temple smp lah hari gelap. Dari Asakusa, aku ke Akihabara sbb nak shopping gunpla (anak buah kirim) & based on my research, BIC Camera Akiba is THE PLACE utk beli segala mak nenek Gundam (gunpla). Satu tingkat kedai tu dikhaskan utk Gundam sahaja. Murah2 belaka! Siap ada diskaun lagi utk pelancong!

Day 3 – Shizuoka

Plan hari ni ke Shizuoka sbb belum pernah jejak kaki lagi. Lagipun sini boleh tgk view Gunung Fuji. Awal2 pagi gerak, naik tren selama sejam. Hujan? Of course! Lebat plak tu! Bukan hujan shj, tapi ribut pun ada sampai payung aku terbang, tinggal rangka je yang aku sempat pegang. Plastik dia dah bye2 dibawak angin. Mmg tak boleh nak jln lah area Shizuoka ni, so terpaksa aku blk Tokyo semula. Aku lepak kat Tokyo Station (my fave place), jalan2 cuci mata tgk makanan. This is THE PLACE utk souvenir shopping barang makan & Japanese character goods. Aku sempat beli Shiseido cheesecake yang bapak mahal tapi rasa dia average.

Dari Tokyo Station aku gerak ke Ueno untuk dinner. Ueno ni byk kedai kebab halal. Pilih lah mana satu kau nak. Aku biasa akan pergi kedai yang ramai org. Kalau kau nak mkn ayam ke nasi ayam, boleh ke kedai Chicken Man. Segala mak nenek ayam ada jual! Dah kenyang, aku gerak ke Okachimachi utk survey harga makanan (snek). Kedai paling popular & murah ada kat Ameyoko Street; Niki no Kashi.

Aku dah survey kat Don Quijote sebelum ke sini, & yes, harga kat Niki no Kashi jauh lebih murah. Kalau nak beli kitkat, mmg byk pilihan. Kedai dia besar & penuh dgn pelancong dari China. Berebut lah kau kat situ!

Day 4 – Nikko & Okunikko

Mcm biasa, setiap pagi aku disambut oleh hujan. Aku dah takda mood nak ke Nikko tapi aku gagahi jua. Nikko pun first time jejak kaki. Smp Nikko, hari cerah & tak hujan, lega. Kat Nikko ni byk temple & perlu sehari suntuk utk jln2. Lagi bagus kalau dpt bermalam sbb byk view cantik kat sini. Aku lawat sekitar Nikko; belah petang baru ke Okunikko.

Temple kebanyakkan kena byr; aku pilih Toshogu, Rinnoji & Taiyubin (those are the famous ones). Cuma perlu jalan kaki je. Nak naik bus pun boleh tapi masa aku pergi tu, ada Samurai Run, so byk jln tutup. Org teramat ramai tapi syok sbb peserta2 Samurai Run ni semua pakai costume tradisional ala2 zaman samurai dulu2. Masuk tengah hari, aku singgah Lawson utk lunch. Settle mkn, aku naik bas ke Chuzenji Onsen. Nak lebih murah, boleh beli bus pass ke Chuzenji Onsen. Beli kat stesen tren Nikko. Word of caution – kalau kau mabuk darat, sila jgn pergi sbb kat sini terletak jln bengkang bengkok yang tersangat extreme iaitu Irohazaka Winding Road. Lintang pukang jln dia! Tambah2 lagi selekoh yang SGT TAJAM! Dlm setengah jam jugak la nak melalui jln tu. So yg mabuk darat tu, please be prepared! Nasib aku bkn jenis mabuk teehee. I LOVED EVERY MINUTE OF IT!

View kat Lake Chuzenjiko mmg superb! Cantik, bersih & hari pun clear, tak hujan. Kat sini boleh sewa sampan, bot itik untuk keliling tasik. Nak naik ferry tour pun boleh.

IMG_20171017_140214-min
Beautiful ain’t it?

IMG_20171017_141257-min

Kat sini terletaknya Kegon Falls iaitu air terjun kedua famous kat Jepun. Tapi aku smp je tak npk sgt air terjun sbb kena tutup dgn kabus. Al maklumlah, baru lps hujan & cuaca tak berapa nak cantik. Kalau tak, sure amazing punya!

Banyak lagi sebenarnya tempat2 menarik kat Nikko & Okunikko ni spt Mount Hangetsuyama, naik cable car (aku tak pergi sbb hari dah mula gelap & hujan, takut kecewa tak nampak haram).

IMG_20171017_144448-min
Autumn colours

Balik Tokyo hari dah gelap diikuti dgn hujan lebat. Lps mkn, mereput lah dlm hotel utk packing sbb esok dah nak blah dari Tokyo.

Day 5 – Iwakuni

Awal2 subuh, aku naik shinkansen dari Tokyo ke Hiroshima ke Iwakuni. Jauh perjalanan; smp2 dah tengah hari. Iwakuni pun kali pertama jejak kaki. Main point ke sini? Kintaikyo bridge; jambatan kayu jenis old school.

IMG_20171018_144149-minIMG_20171018_144359-minIMG_20171018_144528-min

Hujan bkn penghalang utk aku explore. First impression of the bridge? Amazing! Ada kuno pny vibe. Melepasi jambatan dpn tu ada mcm taman, temples, air pancut tapi second main attraction ialah Iwakuni Castle yg terletak kat atas gunung.

YDXJ1503-min
Iwakuni Castle

The only way up is by cable car. Stesen cable car pun agak kuno. Iwakuni Castle taklah se-gah Osaka Castle atau Himeji Castle. But still worth visiting sbb dari tingkat atas castle tu dpt npk keseluruhan Iwakuni, yg penting dpt tgk bird’s eye view of Kintaikyo Bridge.

IMG_20171018_153348-min

You have waters beneath surrounded by rocks & pebbles & the magnificent bridge on top of it! Plan aku utk belah petang sepatutnya ke Miyajima (ni aku dah pernah pergi tp nak pergi lagi) tapi memandangkan masih hujan & hari mula gelap walaupun baru 5 ptg, aku terpaksa blk ke Osaka sebab belum cek-in hotel lagi. For the rest of my trip, aku bermalam di Osaka & jadikan Osaka aku pny base. Sebab apa? Sbb Osaka murah; satu mlm rumah tumpangan baru Rm42 (I’m cheap, I know).

Tiap kali aku ke Osaka, aku akan duduk “hotel” yang sama, sbb senang, dah tau jln. Lagipun sgt convenient; dkt dgn subway station & JR station. Dan yang paling penting, Mega Don Quijote hny beberapa langkah sahaja. Teehee. Perlu diingatkan walaupun banyak kedai Don Quijote kat Jepun ni, semua kedai harga dia lain2 walaupun terletak dlm bandar yg sama. Pnadai2 survey. Aku dah bandingkan Don Quijote dkt hotel aku dgn Don Quijote kat Shinsaibashi (area GLICO MAN), the former one is way cheaper.

Day 6 – Hiroshima

Mls nak ckp, you can pretty much guess the weather amirite? Nonetheless, hari ni excited sbb nak pergi Rabbit Island or Okunoshima Island. Dulu pernah pergi sekali time Golden Week 2015, sgt ramai org & rabbit semua kekenyangan smp takda sekor pun yg nak layan aku. Kali ni tekad nak kena serbu oleh arnab2 sekalian. Aku gerak awal2 pagi dari Osaka ke Mihara. Dari Mihara, kena tggu sejam sebab tren ke Tadanoumi tak kerap. Smp je Tadanoumi, jln kaki ke pelabuhan utk naik feri ke Okunoshima. Kat pelabuhan, boleh beli makanan arnab siap2 & jugak tiket feri balik. Okunoshima ni cukup utk day trip, tapi kalau nak bermlm pun boleh sbb situ ada 1 hotel. Smp je Rabbit Island, “org kampung” mula menyerbu. Dgr je bunyi makanan, terus berlari serbu. Typical rabbit behavior teehee.

Pulau Okunoshima ni ada sejarah hitam yang tersendiri. Pulau ni asalnya pulau yang aman damai didiami oleh org Jepun. Mereka bercucuk tanam & bela haiwan ternakan. But war ruined everything. Tentera Jepun jadikan pulau ni sebagai tempat rahsia utk menyimpan poisonous substance sbb pulau ni terlindung menyebabkan ia sgt sesuai utk jadi port rahsia. Org yg tinggal di pulau ni tak diberitahu & terpaksa akur & kerja sebagai pembuat alatan/weapon beracun. Akibatnya ramai terkorban & yang hidup pun byk berpenyakit seperti penyakit kulit melecur, cacat anggota & kanser.

Kalau kau smp Rabbit Island, jgn hanya gembira tgk arnab; hayatilah kesan peninggalan “peperangan” kat sini. Sini ada Poison Gas Museum yang kau kena masuk! Siapa sangka kat muzium ni ada org potong bawang… Kat pulau ni pun ada observation deck & bunkers tapi semua tak boleh masuk. Arnab2 kat sini semua jinak (siapa tak jinak kalau dihulur makanan?). Nak berpiknik, berbasikal pun boleh. Time aku dtg hujan renyai2 tapi aku masih duduk kat luar ditemani arnab2 riang. Badan aku kena panjat, sweater aku kena gigit, kasut aku kena hidu, bag aku kena tarik oleh makhluk berbulu, bertelinga pacak, berkaki empat ni. But it was worth it! I was smiling & laughing the whole time I was there!

Ptg2 sikit aku kena balik dgn hati yang berat. Nak menuju ke Hiroshima utk mkn Okonomiyaki – the second reason why I was in Hiroshima (first was rabbits). Smp Hiroshima, aku naik Meipuru-puru bus utk ke Okonomi-mura. Okonomi-mura ni ialah satu bangunan 7 tingkat di mana terdapat kedai jual okonomiyaki sahaja. Pilih lah mana satu kedai yg kau nak mkn. Harga, flavor semua lain2. Aku pergi kedai yg ada org tgh mkn. Fuh, hilang rasa kempunan! Hiroshima’s version of okonomiyaki is still way better than Osaka’s version!

1508486108253-min

Lepas dinner, aku lepak kat Hiroshima Station. Kat sini byk kedai & skali dgn shopping mall. Aku beli makanan siap2 utk makan dlm train. Mlm2 mcm ni, kedai2 selalu buat diskaun utk makanan, meriah dgn org2 tempatan pakai baju Carps. Everywhere you look is red & Carps. Boleh lemas di lautan manusia ni! So, pada mlm harinya aku blk ke Osaka for the night. Tapi sebelum tu, of course lah aku singgah di Don Quijote utk cuci mata & survey harga brg utk dibeli.

Day 7 – Kyoto & Osaka

Ini hari yang ditunggu-tunggu. Sebab utama aku masukkan Kyoto dlm list aku. Tatami-style Starbucks! Now, don’t get me wrong; I’m not a hipster bitch who like to drink Starbucks. Ni pun kali kedua aku jejak kaki ke Starbucks & kali pertama minum Starbucks. All because of the tatami-style concept. The only one in the world, beb! Starbucks unik ni terletak kat Ninen-zaka; berdekatan dgn Yasaka Shrine & Kiyomizudera (boleh naik bas dari Kyoto Station ke hentian Kiyomizu).

YDXJ1551-min
The famous Ninen-zaka steps

Kalau kau pernah dtg Kyoto, kau akan tau betapa pentingnya Google Maps sbb byk lorong2, bukit2 kat sini. Everywhere looks the same. Dah jln2, pusing2 akhirnya Starbucks di dpn mata! Sgt classic & sgt Japanese! Kedai kayu, dlm ada zen garden & agak dimly lit.

YDXJ1550-minYDXJ1543-min

Order minuman & makanan kat bawah, tatami mat & table & chairs kat tingkat atas. Boleh pilih sama ada kau nak duduk secara modern atau Japanese style (tatami la tu). Sila dtg awal kalau nak tempat duduk tatami sbb org akan minum, duduk lama kat situ smp tak nak blah. Aku smp 2 jam lepas bukak & tinggal satu je tatami (reserved especially for me teehee).

YDXJ1535-min

Mmg suasana yg agak zen & relaxing. Tak seperti Starbucks yg lain (as if I know, right?). Kat kedai ni mmg ada system & pelayan yg akan pastikan kelancaran bisnes; i.e dilarang berkerumun kat dpn kedai/counter, dilarang buat bising.

Dah ticked aku pny bucket list kat Starbucks Kyoto, aku lepak kat Kyoto Station sebelum blk ke Osaka untuk tick lagi satu item dlm bucket list aku. Kalau kau naik atas Kyoto Station (area Isetan), ada satu tangga yg sgt tinggi (kat tas tangga is a rooftop garden) & kat tangga tu ada dipasang lampu LED liplap liplap which for me was kinda cool. Lampu yg akan buat corak2 spt “Welcome to Japan”, “Welcome to Kyoto” & memandangkan waktu tu adalah sambuatan anniversary Kyoto Station, ada kartun nyanyi2 (LED lights).

Ramai yg berdiri kat situ tgk mcm2 “persembahan” lampu termasuk lah aku. Aku lepak situ dlm 40 minit dgn penuh kekaguman.

Dah puas tu, aku pun menapak balik ke Osaka untuk ke Shinsaibashi untuk makan lobster roll kat Luke’s Lobster. Aku tau pasal Luke’s Lobster ni dari acquaintance aku kat Facebook; npk mcm sedap so aku pun pergi lah utk kali pertama. Wow! Mahal yes, tapi sgt sedap okay! So, to me, it’s worth every Yen! Boleh pilih nak lobster US atau local (beza is size) & of course US pny lagi mahal.

Aku amek local je utk rasa & my God, sgt juicy & sgt simple & sgt fresh! Satu je tak puas mkn sbb kecik dia mcm roti hotdog tapi isi lobster dia byk (dlm 5,6 ketul penuh). Lobster roll at Luke’s Lobster? Checked!

Aku gerak ke next destination pulak – Pablo. Another item on my Japan bucket list. Kat KL ada, tapi aku tak pernah mkn sbb mahal & plus, tak ori lah beb mkn KL pny! Pablo (org Jepun sebut Pa-bu-lo) asal dari Osaka & kedai dia berlambak kat area Shinsaibashi ni. Ada kedai pop-up tapi aku nak kedai eat-in sbb ada sesetengah menu yg kau hny boleh mkn kat situ & tak boleh take-away. Aku dtg semata-mata nak mkn premium matcha cheesecake. How’s the taste, you ask? One word: HEAVEN! Sedap gila & tak rasa muak. Aku order satu tu je, pastu tapau mini Pablo cheese & coklat. Org Pablo siap bagitau cara penyimpanan & boleh tahan brp lama. Aku xyah simpan pun, terus ngap dua-dua sekali.

1508482802622 (2)-min

Lps misi makan aku berjaya, aku pun lepak area Shinsaibashi utk shopping. Al maklum lah, ramai org kirim barang, tambahan plak aku nak replenish stok pencuci muka & sunblock aku. Byk kali jugak la aku ke hulu hilir, masuk setiap kedai untuk bandingkan harga. Pastikan kau bandingkan harga setiap kedai, sebab harga diorang mmg competitive & lain2. Bila dah puas hati dgn harga kat kedai, aku pun borong la semua skali. Dua belah tgn penuh dgn beg plastik. Aku beli kosmetik je dulu. Ingat, tax-free kalau beli 5000 yen ke atas.

Dah hbs shopping, aku blk hotel kejap untuk letak brg & rehat2. Perut sendat sbb mkn byk sgt. Teehee. Dah petang sikit dlm pukul 5 mcm tu, aku gerak ke Hard Rock Café Osaka; ada org kirim baju. Well, what can I say? I was their personal shopper the whole time I was in Japan. Brg org lain lagi byk dari brg personal aku. Dari Hommachi aku gerak ke Dotonbouri utk dinner. My fave food place! Utk dinner, aku melantak Takoyaki & Ketam panggang.

Sepanjang Dotonbouri tu aku jalan utk carik Takoyaki (harga, saiz & flavor lain2). Dah dpt kedai yg aku nak, aku pun beratur tunggu giliran smabil tgk dgn penuh kekaguman. Proses membuat takoyaki dari A sampai Z ibarat satu seni. Skill tukang masak (?) dia memang pergh! Cepat, cekap & tangkas! Aku yang tgk ni pun dah rasa tgn cramp pusing2 takoyaki tu.

Dah kenyang makan, aku gerak ke jambatan area Glico Man utk lepak2, tgk nightlife & lampu liplap liplap. Sini ada cruise menaiki feri bagi yang nak merasa, tapi byk review ckp cruise dia tak berapa nak berbaloi sbb 1) mahal, 2) feri hanya pergi sepanjang sungai Dotonbouri sahaja. Kan sini jugak terdapat satu landmark femes selain Glico Man; Don Quijote. Sbb apa femes, sbb dia pny shopfront ada roller coaster gergasi kaler kuning. Roller coaster ni bkn perhiasan semata, tapi boleh naik. But again, review org ckp tak best & tersangat mahal. Ikut suka hati kau lah nak naik ke tak, bukan masalah aku. Kat Don Quijote ni jugaklah aku buat last-minute shopping utk brg makan yg pyh nak jumpa kat Mega Don Quijote dekat hotel aku. Again, harga Don Quijote sini sgt mahal ye kalau nak banding kedai lain. Beli bila terpaksa je. Settle Dotonbouri, aku pun blk hotel. Again, sebelum balik hotel, perkara wajib kena buat; singgah Mega Don Quijote. Nightly ritual for me. Teehee.

Day 8 – Nara

IMG_20171021_122634-min

Pagi ni disambut dgn hujan renyai yang takda tanda nak berhenti, tapi terpaksa jugak jalan. Kali ni ke Nara. Nak melawat haiwan ternakan yg dah sekian ditinggalkan. Sebelum ke Nara Park, singgah kat Aeon kejap utk beli breakfast; nasi putih & sotong goreng. Smp Nara Park, disambut dgn bau taik rusa. Ni kali kedua aku ke Nara so aku tak masuk shrine, temple etc. Hanya lepak dgn rusa2 je.

Aku beli biskut rusa utk bg diorang mkn, pastu kena kejar dgn bapak segala rusa, kena sondol kat bontot pulak tu. Nasib baik tanduk dah kena potong, hbs basah seluar sbb bulu dia basah. Siap gigit sweater aku sbb dia dpt hidu bau biskut yg aku ltk. Apa lagi, lari lintang pukang lah aku dgn 3,4 ekor masih kejar. Kena kejar dek sekumpulan rusa adalah perkara normal kat Nara Park, so yg bawak budak kecik tolong jaga elok2. Bukan semua rusa dah dipotong tanduk, ada yg masih bertanduk tajam. Beg & apa2 brg yg kau bawak pun kena jaga (payung aku kena kunyah oleh rusa, backpack aku kena gigit & tarik).

IMG_20171021_120632-min
Marah npk?

Lewat ptg aku gerak ke Kyoto utk mkn. Ambik kau, breakfast kat Nara, lunch kat Kyoto, dinner kat Osaka! Actually aku nak try Yakiniku halal kat Kyoto tu, tapi bila dah smp kedai & tgk harga, akak tak mampu dik! So, aku pergi lah kedai sebelah dia makan ramen & nasi daging Kobe (Kedai ni adik-beradik dgn kedai ramen kat Asakusa tu). Daging Kobe aku first time mkn (tapi tak sure lah pulak keaslian or authenticity daging Kobe tu sbb yg betul2 daging Kobe kena ada sijil & harga tak mugkin murah mcm tu), tapi lantaklah aku mkn jugak. Byg kan lepas mkn ramen, aku mkn nasik pulak. Selera jin sungguh! Daging Kobe dia sgt sedap, lembut (cair kat mulut) & manis. Real or fake, I have no idea.

IMG_20171021_171241-min

Mlm aku blk ke Dotonbouri utk mkn Takoyaki buat kali terakhir sebelum meninggalkan bumi Jepun. Lagi satu benda yg kau kena try kat Dotonbouri ni ialah Melon Bread Ice-cream. Beratur pny panjang, sejuk2 pun org masih nak makan ice-cream. Aroma dia tersangat inviting! Melon bread panas campur vanilla ice-cream sejuk.

Pergh! Kau mesti cuba baru kau tau! Selamat tinggal Dotonbouri, hello sekali lagi Mega Don Quijote. Shopping utk kali terakhir di kedai favourite aku! Lps ni dah tak shopping dah.

Day 9 – Osaka (Departure)

Hari ni aku ada misi. The last thing on my Japan bucket list – Cup Noodle Musuem! Igt tak betapa kecewanya aku kat Yokohama Ramen Museum? Well, this time I came to the right place! Mula2 smp Subway station tu, hujan dgn sgt lebat & angin yg sgt kuat. Aku pny Google Maps plak buat hal, aku dah pusing2 tak jmp tempat tu. Rasa nak give up dah time tu, dgn hujan & angin; I was miserable. Tapi aku gigih jugak jln, akhirnya Google Maps aku dah tak gila smp lah aku jmp Momofoku Ando Museum tu. Dari luar npk mcm gudang je, nothing special but inside is pretty cool. Ramai betul manusia (mostly Japanese) sbb hari Ahad kan.

IMG_20171022_114111-min

Museum ni ada 2 tingkat; tingkat bawah ialah museum yg menceritakan asal-usul cup noodles & tempat DIY cup noodles. Tingkat atas ialah kitchen di mana kau boleh ikut kelas utk membuat ramen (kena booking awal2) & sejarah Momofoku Ando (founder of Nissin). The fun part is of course di tingkat bawah – customize your own cup noodles!

IMG_20171022_112221-min

Langkah pertama, beratur utk beli cawan kat mesin (300 Yen) diikuti dgn penerangan do’s & don’t’s. Kau akan diberi satu cup & satu penutup. Sebelum tu kau kena sanitise tgn dkt mesin, tutup cup dgn penutup & tggu giliran utk ke meja DIY. Dah smp giliran, kau duduk kat meja yg penuh dgn markers warna-warni & contoh2 kartun utk kau lukis. Suka hati kau nak lukis, tulis apa kat cup tu – it is your own to customise.

IMG_20171022_113919-min

Bila dah siap, pergi beratur utk amek mi & pilih ingredients. Ltk cup kat mesin mi, pusing handle & mi akan jatuh dlm cup. Tggu giliran utk pilih bahan2 yg kau nak. Ada 4 jenis soup base utk dipilih; original, curry, seafood & chili tomato. Utk bahan2 plak, ada 12 jenis toppings utk dipilih – kau hanya boleh pilih 4.

IMG_20171022_112856-min

Dah siap pilih, tggu cup kau utk di-seal & dibungkus. Amek cup kau & tuju ke bahagian “air package”. Masukkan cup ke dlm beg plastik, pump angin ke dlm, amek tali & ikat – SIAP! Air package ini sebenarnya utk kau bwk balik dlm luggage supaya mi tu tak pecah. Genius isn’t it?

IMG_20171022_114356-min

Settle aku pny bucket list, aku menuju ke Shinsaibashi utk mkn Luke’s Lobster & Pablo for the very last time (this year anyway) teehee. Pastu aku jln2 area Namba Walk utk tgk kedai2 yg ada. Namba Walk ni besar; masuk pintu lain, keluar pintu lain. Org punya ramai smp kena tolak menolak, berlaga payung bagai.

Dekat2 nak smp masa, aku gerak ke airport menaiki train, hujan sgt lebat dgn ribut sekali. Typhoon dah melanda Jepun time ni. Masuk airport tgk byk flight dah kena cancel sbb typhoon. Aku dah cuak dah takut flight cancel. Aku pny cuti plak dah habis. Mati lah! Tapi nasib flight ke KL tak kena cancel, mungkin sbb laluan tu tak dilanda typhoon.

Lps cek-in, rutin aku tiap kali di airport Jepun – beli Royce’! Aku borong 4 kotak Royce’ chocolate covered potato chips (2 kotak org pny). Beli kat aiport lagi murah dari beli kat luar sbb aiport is duty-free. Royce’ ni tak boleh simpan lama; 2,3 minggu je dah expired sbb cepat lemau & dah tak fresh. Boleh je nak mkn lps expired, takda masalah pun.

Time to board the plane. Ada delay sikit sbb pramugari/ tukang jaga tak berapa efisyen. Some of them are Japanese tapi mugkin sbb dah lama bergaul dgn org Malaysia, the inefficiency of their fellow Malaysian colleagues has rubbed off on them making them the most inefficient Japanese I’ve ever seen. Shocking isn’t it? Time take-off tu sgt mengerikan! Flight bergoyang, naik, turun, naik, turun. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. I was getting really anxious, palms were sweaty. I closed my eyes and before I knew it, I was in a deep sleep the whole flight through.

So, that was it. Tutup buku tavel 2017. This was my fourth time in Japan – I make sure to go back once every year. It is like balik kampung to me. Kampung will always be your home and home is not only a place, but a feeling. See you in 2018, my love!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s