Ipoh Mali~~

4th September, 2018

IMG_20180902_180517-min

Aku dah lama plan nak ke Ipoh, Perak sebab belum pernah pergi. Tgk macam byk kedai makan yg telah viral kerana kesedapan makanan diorang. Dah nama pun kaki makan, aku pun menyahut cabaran untuk mencuba segala makanan yang ada di Ipoh. Aku ke Ipoh berdua menaiki ETS dari KL Sentral selama 3 jam. Kawan aku pulak drive kereta berdua dari Penang. Ipoh lebih menyenangkan kalau ada kenderaan sendiri.

Kami sampai Ipoh lebih kurang 11.30 pagi & kebuluran. Dlm tren mkn roti gardenia cicah air kosong sahaja. Sedih. Dah sampai tu, maka kami pun bergerak ke destinasi pertama iaitu “Ipoh Hainan Chicken Rice” yang terletak di Jalan Raja Musa Aziz. Kami order yang set makan untuk 4 orang; ada 4 nasi, 4 roasted chicken, 1 lemon chicken, 1 kerabu mangga, 1 tauhu goreng & 4 air. Bagi aku, nasi ayam dia biasa sahaja, takda yang special. Sedap lagi nasi ayam kat Chicken Rice Shop di Kuala Lumpur nun. Tapi aku suka tauhu goreng dia, sedap. Kerabu mangga aku tak sentuh sebab tak suka. Ni kali pertama aku makan nasi ayam ada kerabu mangga, aku lebih suka taugeh.

IMG_20180831_120225-min

Lepas makan, kami bergerak ke Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah. Aku rasa inilah satu-satunya main attraction kat Ipoh ni. Masa kami sampai, matahari dah terpacak atas kepala. Terik sangat! Suasana di Kellie’s Castle membuatkan bulu roma aku naik terutama di sesetengah tempat. Yang ada budak kecik tu, tak payah lah nak bawak mereka ke sini sebab tempatnya agak keras. Bagi aku, tempat ni perlu jagaan yang rapi & banyak perlu dibaikpulih. Toilet agak kotor & keseluruhan tempat penuh dgn lalat. Agak2 lah, ini main attraction di Ipoh, ramai pelancong asing yang datang, tapi tempatnya tak terjaga. Dah la entrance fee RM5 (Utk org tempatan), harga perlu setimpal dgn servis yang diberi. Kawasan Kellie’s Castle banyak lalang & lumut. Memang tak terjaga. Cuba buat macam A’Famosa di Melaka. Kalau diibaikpulih dan dijaga rapi, mesti Kellie’s Castle setanding dgn A’Famosa!

IMG_20180831_143647-minIMG_20180831_144157-minIMG_20180831_144354-minIMG_20180831_145015-min

Dari Kellie’s Castle, kami bergerak ke Restoran Di Naina, Gunung Rapat. Ada apa dgn kedai ni? Kedai ni viral di Facebook disebabkan Roti Naan Cheese. Untuk makluman, Roti Naan Cheese hanya ada bermula 5 petang. Kami sampai dalam pukul 4.20 petang, maka tunggulah kami. Kami order Roti Naan Cheese dan Ayam Tandoori. Ternyata Roti Naan Cheesenya tidak mengecewakan!

Cheese mozzarella di dalam, dan bila kau tarik, cheese tu terangkat. Di luar pulak ada sos cheese ala2 sos KFC cheezy wedges. Memang sedap & puas hati. Harga untuk Roti Naan Cheese ialah RM7. Agak berbaloi di situ. Ayam Tandoori bagi aku tak berapa nak sedap. Sejuk, keras dan takda rasa. Tak payah la order tu.

Untuk makan malam, kami ke Green Town Dim Sum Café. Kami sampai dalam pukul 8 mlm, maka order lah mi dan dimsum. Order tulis sendiri kat kertas yang disediakan & bagi kat pelayan. Dengan kereknya, pelayan tu ckp kami dah nak tutup, & cancel sendiri beberapa makanan yang kami order tanpa bgtau apa yang dicancel. Kami tergamam sekejap dgn layanan kurang ajar yang diberikan. Kedai sepatutnya tutup pukul 9 mlm, dan waktu menunjukkan 8.10 mlm. Pelanggan masih ramai yang tengah makan & ada yang masih order. Boleh pulak pekedai tu pergi letak sign “CLOSED” pada pukul 8.10 mlm. Dan pelayan dia pergi terbalikkan kerusi kat beberapa meja yang kosong. Agak2 lah bang nak kemas kedai dgn orang masih ramai kat situ. Bg aku, perbuatan tu agak kurang ajar & kurang hormat. Kalau nak berniaga, buat lah cara berniaga dgn ikhlas barulah rezeki kau berkat.

Aku order Ban Mian dan kawan aku order Mi Wantan Ayam BBQ. Ada jugak order Liu Sha Bao, Siew Mai Ayam & Dumpling Udang. Dim Sum dia aku boleh terima lagi. Rasa dia biasa2 sahaja. Tak boleh nak lawan yang kat Hong Kong punya. Takda satu kedai Dim Sum halal kat Malaysia ni yang boleh lawan Hong Kong punya! Tapi mi dia, ya ampun! Ibarat kau amek mi pastu banjirkan dgn kicap manis! Dan tadaa, mi wantan. Ban Mian aku gila tak sedap. Aku order Ban Mian kering tapi dibanjirkan dgn kicap sampai jadi Ban Mian sup! Memang sangat2 tak sedap. Ayam BBQ takda rasa BBQ langsung. Rasa ayam rebus semata. Kalau kau nak datang, cukuplah sekadar kau order Dim Sum sahaja. Yang lain tak payah order. This is coming from a person with a Chinese DNA growing up eating all these Chinese food so clearly I know what I’m talking about.

Memandangkan malam tu adalah malam 31 Ogos, kami pun lepak di dataran sebab ada sambutan kemerdekaan di sana. Ada pertunjukan tarian & nyanyian tapi agak membosankan. Lepas tu, kami gerak ke Gerbang Malam. Gerbang Malam ni dibuka setiap malam dan menjual pelbagai barangan seperti di pasar malam. Part yang menyedihkan ialah Gerbang Malam tidak dijual sebarang makanan seperti pasar malam yang sepatutnya. Ada baju, accessories handphone, tali pinggang dan benda merepek yang lain. Langsung tak best! Tak payah pergi pun takpa.

Hari kedua awal pagi kami bergerak ke kopitiam untuk minum Ipoh white coffee. Dan kedai kopi yang paling terkenal kat sini ialah Kedai Kopi Sin Yoon Loong. Datang sini minum kopi sahaja, tak boleh makan ye. Rasa kopi dia memang kaw memang pergh! Aku siap minum 2 cawan. Memang terbaik!

IMG_20180901_081555-min

Mata dah segar, kopi dah masuk sistem badan, kami ke Restoran New Hollywood untuk makan sarapan. Restoran New Hollywood ni ibarat medan selera di mana ada banyak gerai2 kecil yang menjual makanan cina. Jgn musykil, jgn was2 sebab ada sijil halal yang dipamerkan. Sini ada lebih kurang 10 gerai yang menjual makanan berbeza. Kami mencuba pelbagai makanan kat sini antaranya Ban Mian, Mi Udang, Mi Kari, Yong Tau Foo, Roti Telur Goyang, Chee Cheong Fun & Custard.

IMG_20180901_090355-min

IMG_20180901_090457-min

Semuanya sedap terutama Ban Mian & Chee Cheong Fun. Ban Mian dia tak macam yang kat kedai Green Town Dim Sum Café ye. Beza ibarat langit dgn bumi! Tapi kalau nak dibandingkan Ban Mian New Hollywood dgn Ban Mian Food Court Mid Valley, aku lebih suka Mid Valley punya. Kalau nak datang sini, sila datang awal. Kalau tak, kena tunggu lama untuk dapatkan tempat duduk. Lenguh kaki nak tunggu tempat kosong kat restoran2 di Ipoh ni!

Lepas sarapan, kami bergerak ke Ipoh Parade untuk tengok wayang disebabkan banyak masa terluang. Lagi2 ada tiket wayang RM8 sempena bulan merdeka. Misi seterusnya ialah mencari taufu fa yang paling terkenal kat Ipoh ni iaitu Funny Mountain Soya Beancurd. Tengok nama pun dah funny kan? Kedai ni ada jual taufu fa, susu soya plain & susu soya campur cincau.

IMG_20180901_143655-min

Kalau datang sini, tak boleh petang sangat sebab cepat habis. Kalau datang pun kena beratur tapi tak lama pun, beberapa minit je. Taufu fa dia tersangat licin (smooth) & sedap lagi2 bila makan panas2. Air gula dia pun tak manis sangat. Dan yang lebih penting, susu soya dia sedap sangat2! Memang marvellous! Patutlah kedai ni jadi terkenal & kedatangan kau ke Ipoh tanpa singgah kat kedai ni adalah satu penyesalan.

Untuk makan tengahhari, kami ke satu lagi port makan yang femes kat Ipoh ni iaitu di Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan. Nak makan apa? Makan nasi ganja atau nasi vanggey ayam merah. Aku rasa ni lah kedai yang kami tunggu sangat lama untuk dapat tempat duduk sebab orang punyalah ramai. Masing2 dah berdiri sebelah meja orang yang tengah makan sebab nak berebut meja. Makanan yang paling top kat sini ialah nasi vanggey – nasi putih, kuah kari, ayam goreng merah, timun, telur masin & kerisik kelapa.

IMG_20180901_141043-min

Aku tak tau apa yang membuatkan nasi kedai ni famous. Nak kata sedap, tak la sedap sangat. Rasa yang sangat biasa sahaja. Kawan aku yang sorang tu lagi suka Restoran Deen Maju kat Penang tu. Aku pula lagi suka Nasi Kandar Zainul kat PJ. Bagi aku, kalau kau skip nasi vanggey kedai Yong Suan ni, kau tak miss apa2 pun. Honestly I don’t know what the hype is all about.

Kat Ipoh ni kami tak berjalan sangat; lebih kepada foodhunting. Sebelah petang kami lepak kat hotel sebab masing2 dah jadi ular sawa. Sambil2 tu, main game Monopoly untuk mengisi masa terluang. Disebabkan dah lama tak main, teruja dia lain macam sikit. Kecoh satu hostel dek suara gelak kami. Lepas Maghrib, kami keluar untuk makan malam. Kami takda plan sgt untuk makan malam. Tiba2 rasa nak makan Roti Naan Cheese sebab tak puas makan semalam, maka bergerak lah kami ke Di Naina. Dah sampai tu tengok macam ada medan selera belakang tu, maka kami pun terjah. Makan goreng2 yang kena tunggu gila lama & ada kedai burger bakar yang ada jual meatball.

IMG_20180901_203439-min

Meatball dia sedap, at least ada lah jugak rasa kalau nak dibandingkan dgn meatball IKEA tu. Heh. Yang kedai nasi goreng tu tak sedap. Nasi Goreng Daging Merah, Maggi Tomyam & Tomyam Campur dia tak sedap. Dah la kena tunggu lama walhal tak ramai pelanggan pun. Sebelum balik, kami bungkus Roti Naan Cheese kat Di Naina sebab nak hilangkan rasa tak sedap di mulut akibat goreng2 tu. Heh. 

Kami sempat singgah kejap kat Riverfront. Tengok dari gambar Google macam sgt cantik; ala2 I-City gitu. Tapi hakikatnya, gelap gelita. Ada lah satu, dua pokok yang ada lampu. Cara letak lampu tu macam nak tak nak je. Dah la takda orang kat situ. Kami tak turun dari kereta pun sebab nampak sangat menakutkan dgn gelapnya, & takda orang pun. Kedai yang ada kat situ pun tak bukak. Baliklah kami ke hotel sambung game Monopoly. 

Hari terakhir kat Ipoh kami bersarapan di Medan Selera Stadium Ipoh. Di sini banyak gerai & terbahagi kepada 2 deret gerai org melayu & 2 deret gerai org cina. Aku pilih untuk makan Roti Bakar Kaya Raya kat kedai Fuad. Gigitan pertama buat aku rasa sgt bahagia. Mengunyah dgn muka penuh senyuman sampai nak kena hempuk oleh kawan aku. Roti dia dibakar dgn sempurna; tak under toast & tak over toast. Memang perfect! Kaya dia pula tak kedekut. Penuh satu lapisan tebal di antara roti bakar tu. Memang puas hati walau hanya bayar RM2. Highly recommended! Kawan aku pula pesan roti canai & roti telur. Roti canai dia biasa sahaja tapi kuah dhal dia tak sedap. Takda kedai yang boleh menandingi roti canai & kuah dhal di kedai yang terletak di Selangor Mansion. But that’s another story. Teehee. 

Memandangkan ni hari terakhir di Ipoh, tekak ni rasa nak minum white coffee lagi. Maka aku pun buat la research di Google & keluar satu kopitiam melayu yg ada banyak review terbaik. Hari tu minum kopi di kopitiam cina. Kali ni ke kopitiam melayu pula. Suhaimi Cafe namanya yang terletak di Selibin. Agak jauh dari pusat bandar Ipoh. Lebih kurang 20 minit perjalanan. Kedai ni terletak di ceruk2 ala2 perkampungan gitu. Kedai dia kecil sahaja. Tak lebih 15 meja. Masa kami sampai, kena tunggu giliran sebab meja semua penuh. Lama jugak lah kami tunggu dlm setengah jam. Kedai ni bukan setakat jual kopi Ipoh tapi ada jugak jual kopi Vietnam. Aku amek white coffee manakala kawan aku amek kopi ais & green tea. White coffee dia tersangat manis sampai tak rasa kopi. Daripada 5 bintang, aku bagi 1 bintang sahaja. Tak boleh lawan white coffee di Restoran Sin Yoon Loong! Aku rasa jugak kopi ais dia. Yang ni boleh pulak rasa kopi & tak manis sgt tapi overall takda wow factor yang buat aku rasa nak minum lagi. Green tea dia kat menu tu ada letak must try (logo thumbs up) tapi once again, biasa sahaja. Aku tiap hari minum green tea yang aku beli dari Jepun. Jadi bila tekak & lidah dah terbiasa dgn green tea yang ori, maka green tea lain bagi aku rasa tersangat inferior. Heh.

IMG_20180902_112854-min

Dari segi makanan, kami order roti benggali kari ayam & roti titab. Apa itu roti titab? Roti benggali bakar dgn 2 biji telur rebus separuh masak & kaya. Sedap. Aku bagi 4 bintang. Apa yang boleh aku cakap? Aku memang suka roti. Memang suka telur. Memang suka kaya. Gabungkan ketiga-tiga sekali memang buat aku terangkat! Tapi apa yang membuatkan rasa dia kurang sikit ialah roti dia tak berapa nak garing. Tak dibakar dgn sempurna. Kalau tak, memang aku bagi 5 bintang penuh. Kari ayam dia aku tak berapa nak gemar. Bagi aku, kari ayam dia rasa sebijik macam kari ayam dalam tin jenama Yeo’s. Aku tak suka tapi kawan aku suka. Takda wow factor bagi aku. 

Maka tamatlah sesi foodhunting di Ipoh. Trip kali ni agak sukses sebab aku dapat makan apa yang aku nak. Memang betul lah bila org ckp dtg Ipoh ni hanya untuk makan. Total kami berada di Ipoh ialah 3 hari 2 malam; memang cukup lama sampai kebosanan. Kalau kau nak datang makan di Ipoh, aku sarankan kau peruntukkan 2 hari cukup. Ipoh ni tak banyak attractions sgt. Lainlah kalau kau pergi sampai ke Taiping. Yang mengecewakan aku pasal Ipoh ni ialah betapa tak terjaganya tempat2 yang sepatutnya menjadi tarikan pelancong seperti Kellie’s Castle & Riverfront. Padahal aku tengok bkn main banyak lagi promosi Visit Perak 2017. Baru setahun berlalu dah jadi tunggang langgang. Lagi satu, orang Ipoh di bawa kereta macam orang gila. Bukan main laju lagi sampai tak endahkan lampu isyarat, Semua orang nak dilanggarnya. Ni membuatkan Ipoh tak pedestrian friendly langsung. Lampi isyarat takda butang, kereta tak patuhi lampu isyarat membuatkan pejalan kaki payah nak melintas. 

Adakah aku akan datang lagi sekali ke Ipoh ni? Jawapan pendek: Tak. Jawapan panjang: Tak nak lah. Cukup sekali sahaja. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s