China Yang Sebenarnya…

20th September, 2018

“Dan kepada warga Malaysia, selamat pulang ke tanah air.”

Di saat pramugara ucap ayat tersebut, aku rasa sangat lega dan bersyukur dah sampai negara sendiri. 5 hari di China ibarat 5 minggu. Badan aku sangat letih, betis aku sangat sakit, tapak kaki aku melecet, perut aku kembung, mata aku kuyu tak cukup tido. Akhirnya aku dah sampai tanah air sendiri di mana aku takda masalah nak berkomunikasi, di mana warganegaraku tak meludah sesuka hati, tak bersin merata, tak korek hidung di khalayak ramai dan tandas negaraku ada tandas duduk, ada pintu, ada lock dan ada air. Dan yang paling penting, aku merindui makanan Malaysia.

Mungkin nanti takkan ada kali kedua aku ke China. Mungkin. Cukup lah pengalaman yang aku lalui buat 5 hari ni di Beijing dan Xi’An. Aku dah tak terdaya nak ke sana lagi. Untuk seseorang yang germaphobe macam aku ni, China telah membuatkan aku kegelian sepanjang berada di sana. Memang betul lah apa yang aku baca dan lihat di internet. Budaya meludah, kencing merata, merokok sebarang, tandas yang menggelikan, rakyat yang tak ada kesedaran sivik memang wujud di China. Dan aku telah saksikan segalanya.

Hari pertama aku sampai di Beijing pada pukul 2 pagi menaiki pesawat AirAsia. Tak sempat nak lelap mata sekejap. Lagipun di Beijing Capital Airport takda tempat yang boleh aku tido; semua dah disambar orang. Tepat pukul 5 aku menaiki teksi ke hotel memandangkan Airport Express buka lambat dan aku kesuntukan masa. Hotel aku terletak di Niu Jie. Di Niu Jie ada komuniti Cina Muslim yang ramai, so takda masalah nak cari makanan halal. Kiri, kanan, depan, belakang semuanya kedai halal. Tapi Niu Jie tersangat jauh dari pusat bandar dan tak strategik dari segi public transport. Aku cadangkan kau duduk je dekat hotel di pusat bandar dan hanya datang ke Niu Jiu untuk makan. Dari hotel, aku berjalan selama 20 minit ke subway yang terdekat untuk ke Tiananmen Square. Perlu diingat, di China, security tersangat ketat. Tiap kali nak masuk pintu masuk subway/metro, beg kena letak dalam scanner dan badan perlu melalui body scanner. Memang agak leceh lagi2 kalau kau nak kejar masa dan orang punya ramai. Nak masuk semua tempat attractions pun macam tu jugak. Kena lalui sekuriti terlebih dahulu.

IMG_20180911_080718-min

Perkara pertama dalam list aku ialah melawat Forbidden City yang merupakan destinasi kedua yang meletakkan China di mata dunia selepas Tembok Besar. Masa aku sampai, lagi 15 minit baru pintu ke Forbidden City dibuka. Tapi orang dah tersangat ramai. Rakyat China bukan main ramai bertolak-tolak di saat pintu dibuka. Aku dah rasa stress dengan situasi tersebut. Nasib baik aku dah beli tiket masuk siap2. Aku cuma perlu print out tiket dan scan di pintu masuk.

Forbidden City ni sangat besar, so pandai-pandai bajet masa di sini. Dalam 10 minit pertama, aku masih rasa teruja melihat seni bina Forbidden City, tapi lepas tu semua sudut, semua bangunan yang aku tengok, semuanya sama. Warna yang sama, style yang sama. Aku dah tak tau mana aku dah lawat, dan mana belum. Al maklumlah raja dulu banyak gundik, so banyak lah palace yang ada di sini. Kawasan sini memang sangat besar.

IMG_20180911_093248-minIMG_20180911_093653-minIMG_20180911_101522-min

Dari Forbidden City aku bergerak ke National Centre for the Performing Arts (NCPA) yang terletak lebih kurang 15 minit dari Forbidden City.

IMG_20180911_115850-min

NCPA ni ibarat Sydney Opera House yang terletak di Australia. Di sini kau boleh tengok bermacam performance seperti ballet, symphony dan lain2 (tengok jadual di website NCPA). Bangunan NCPA agak unik ala2 futuristik. Tapi kalau kau datang siang macam aku, bangunan dia tak nampak menarik. Kalau view malam ada lampu; lagi cantik. Tapi aku datang nak melawat je, so it’s okay.

Dari NCPA, aku bergerak ke Tian Tan atau Temple of Heaven.

Satu yang aku perasan kat China ni tak kira di Beijing atau Xi’An, kawasan attraction sangat besar, so kau kena berjalan jauh semata2 nak melawat main attraction. Padahal nak tengok benda sebijik tu je, tapi perjalanan bukan main jauh. Melecet kaki aku, basah ketiak aku. Heh. Aku bajet Temple of Heaven ni tinggi tapi tak pun, ada lah dalam 2,3 tingkat. Temple of Heaven berdiri gah di tengah dan di belakangnya ada satu temple yang sangat cantik. Warnanya sangat vivid dan cantik!

IMG_20180911_135351-minIMG_20180911_135636-min

Oh ya, tiket masuk aku beli siap2 dari website Klook. Dapatlah murah sikit.

Malam tu aku singgah di satu restoran hotpot yang agak terkenal di sini – Jubaoyuan. Menu makanan semuanya dalam bahasa cina, aku pula hanya tau sikit2. Nasib baik on the way terserempak dgn seorang perempuan local yang pandai berbahasa Inggeris. Dia lah yang tolong translate kan menu dan recommend apa yang patut diorder. Aku order daging lembu, kambing, satay daging, kentang, tofu, handmade noodles, cendawan dan biskut bijan.

Hotpot dia tak rasa sup sangat. Ada hirisan halia, goji berries dan rempah2 cina. Hotpot disertakan dengan dipping sauce. Perempuan tadi recommend sauce kacang. So masukkan semua bahan metah dalam hotpot yang mengelegak pastu celup dalam dipping sauce. Daging2 dia sedap tapi yang slacknya ialah dipping sauce kacang tu agak tak kena. Mula2 rasa masin, tapi dah lama2 baru rasa dia boleh diterima oleh tekak aku. Baik aku balik KL makan stimboat kat mana2. Kalau sauce tu sos pedas, mungkin sedap kot. Tofu dia aku sangat recommend sebab sedap sangat. Tak macam tofu paket yang ada kat Malaysia. Mi dia pulak agak kenyal. Mula2 aku ingat mentah lagi, tapi bila dah dibiar lama dalam hotpot tu, masih juga kenyal. Memang macam tu la kot teksture mi tu. Heh.

Malam tu aku ada tiket untuk tengok Kung Fu Performance – Legend of Kung Fu. Tiket aku dah beli dari website Klook. Orang tour datang amek aku dari hotel untuk ke tempat performance yang agak jauh. Dekat sejam jugak lah dari hotel nak ke sana. Sampai tertido aku masa pergi dan balik. Show dia pasal seorang budak lelaki yang dihantar oleh ibunya ke sekolah kung fu. Di situ dia belajar kung fu dan belajar untuk menolak anasir2 jahat dan menentang nafsu dirinya. Dia belajar kung fu dari kecik sampai besar. Di pertengahan hidupnya, dia dah termakan oleh keseronokkan dunia (perempuan) dan dia menjadi ego dan menggunakan ilmu kung funya ke arah kejahatan. Tapi akhirnya dia sedar dan berjaya mengawal nafsu, buang ego dan menjadi seorang sami pangkat tertinggi. Jangan takut, show ni dalam English dgn subtitle Cina so boleh lah faham. Show ni ada campuran aksi kung fu, menari dan berlakon. Aku agak musykil samada aksi kung fu ynag ditunjukkan adalah betul2 atau sekadar fake je. Contohnya, baring atas paku, bongkah batu letak atas perut, amek tukul dan pecahkan. Lagi satu, amek besi, pukul kat dahi pastu besi terbelah dua. Yang penonton lain pulak jerit “Oooh”, “Wow” and tepuk tangan kekaguman. Aku agak ragu2 di situ. Ragu2 samada diorang ni ada ilmu kung fu atau sekadar berlakon. Kau pergi tengok dan nilai sendiri.

Esok paginya aku bertolak awal ke Mu Tian Yu Great Wall. Wajib ke Great Wall kalau datang Beijing!

IMG_20180912_152134-min

Aku pilih Mu Tian Yu berbanding Badaling sebab dia lagi mencabar dan jauh dari town. Senang je nak ke sini, semuanya naik public transport. Naik bas dari Dongzhimen Bus Station ke Huairou Bei Da Jie selama sejam. Lepas tu naik lagi bas H24 ke Mu Tian Yu. Bila kau sampai di Huairou Bei Da Jie, akan ada ulat2 teksi yang nak rebutkan kau. Diorang akan cakap macam2 termasuk menipu untuk dapatkan bisnes dari kau. Sebaiknya, kau datang dgn ilmu research penuh di dada untuk mengelak ditipu ye!

IMG_20180912_110807-min

Ada 4 cara untuk ke Mu Tian Yu Great Wall; hiking, cable car, luge dan toboggan. Aku pilih untuk naik dgn cable car dan turun dgn luge. 4 cara ni stesen dia lain2. Naik cable car sekejap je sampai stesen 14 (?, tak ingat heh). Dari situ kau dah boleh start panjat Great Wall. Di sini ada lebih 30 stesen atau dipanggil watchtower. Dari stesen 14 tu aku panjat sampai ke atas, stesen 20 lebih. Di situ pintu masuk dah ditutup untuk orang masuk. Tapi aku dan ramai lagi telah trespass dgn memanjat tepi untuk terus naik.

IMG_20180912_121114-min

Part ni dah dikira sebagai kawasan larangan tapi takda security pun. Ikut kau lah nak tresspass atau tak. Part ni jugak dah dikira sebagai tembok asal yang tak dijaga dan direfurbish. Ketara perbezaan antara tembok lama dengan tembok baru. Jalan agak berbatu dan tak rata. Aku jalan sampai stesen terakhir di mana dah tak ada jalan dan tak ada tembok untuk dipanjat. Kiranya aku dah sampai penghujung Mu Tian Yu Great Wall. I made it to the top!

IMG_20180912_125843-min

Di pintu masuk yang ditutup tu ada dijual medal untuk “finisher”. RMB 25 sebijik siap ukir tarikh dan nama. Aku beli sebijik sebagai tanda aku dah jejak kaki ke Tembok Besar!

IMG_20180912_113632-minIMG_20180912_123709-min

Dari stesen cable car untuk ke penghujung Great Wall amek masa 2 jam untuk panjat. Untuk turun aku naik luge. Luge ni macam slide yang kau boleh kawal dgn menarik brek. Macam rollercoaster la. Untuk ke luge, aku kena turun ke stesen 6. Kau bayangkan aku dari stesen 30 lebih nak kena jalan ke stesen 6! 2 jam aku turun baru sampai stesen 6! Kaki aku dah melecet, lutut dah bergetar dan betis dah sakit yang teramat. Tapi naik luge memang menyeronokkan! Orang belakang asyik jerit untuk suruh aku laju (aku org paling dpn). So aku tak tarik brek pun, tekan “minyak” je. Nampak macam bahaya sebab tak ada safety belt atau helmet. Tapi bagi aku okay je walaupun rasa nak terhumban bila bawak laju terutama kat selekoh. Luge ni akan turun sampai ke bawah sekali iaitu pintu masuk Mu Tian Yu.

Satu hari suntuk aku kat Great Wall. Aku naik bas balik ke Beijing sebab malam tu aku akan bertolak ke Xi’An menaiki overnight train. Tiket train aku dah book siap2 kat internet dan dah amek siap2 kat stesen pada hari sebelumnya. Aku naik sleeper train kelas kedua. 1 compartment ada 4 katil. Train dilengkapi kerusi di depan compartment, toilet, sinki dan air panas (untuk minum). Kat setiap katil ada TV dan lampu tapi takda soket ye. Ada bantal nipis dan selimut tebal serta selipar pakai buang tersedia.

Perjalanan dari beijing ke Xi’An amek masa lebih kurang 13 jam tanpa henti. Aku tak boleh nak lelap sangat sebab bising train dia bising bila bergerak. Hanya sempat tido2 ayam. 

Sampai Xi’An pagi berikutnya dan terus cek in hotel untuk mandi sebab dah lebih 24 jam tak mandi. Aku duduk di hostel berdekatan Muslim Street. Takda masalah untuk makan. Satu yang aku nak bgtau, makanan kat sini rata2 terlebih masin dan terlebih rempah. So pandai2 adjust lidah untuk bagi serasi ye. Hari pertama di Xi’An hujan sepanjang hari tapi perjalanan harus diteruskan. Tengahhari tu aku ke Terracotta Warrior Museum. Ni bucket list aku! Pergi naik bas je selama sejam. Orang agak ramai sebab tu hari cuti umum. Kat sini ada 3 pit ; Pit 1, Pit 2 dan Pit 3. Entrance fee agak mahal (RMB 150).

Agak kagum dgn patung tanah liat ni. Banyak pulak tu. Patung dia ada pelbagai pangkat dan ada kuda dan senjata. Sampai ke hari ni diorang masih mencari, mengorek, membersih dan mencantumkan patung2 ni. Masih banyak yang masih tertimbus.

Tiket Terracotta termasuk sekali dgn Qin Shi Huang Mausoleum. Ada free shuttle bas disediakan. Tapi baik tak pyh pergi sebab takda apa pun, bazir masa dan tenaga je. Dah la jauh nak berjalan. Ibarat satu kawasan taman yang sangat besar dan kat sini ada memorial Empero Qin Shi Huang. 

Malam tu aku lepak di Muslim Street untuk dinner. Macam2 kuih aku cuba walaupun tak tau nama; main tunjuk je. Kuih2 kat sini murah dan jarang terdapat di Malaysia. Ada yang sedap, ada yang takda rasa langsung. Kat Xi’An, makanan yang kau perlu cuba ialah Yang Rou Pao Mo atau Niu Rou Pao Mo. Yang Rou ialah daging kambing dan ada sesetengah kedai ada Niu Rou atau daging lembu. Pao Mo pula ialah flatbread atau ala2 naan. Diorang akan bagi aku mangkuk dan dalam ada Pao Mo sekeping. Kau carik sampai kecik2 (macam nak bagi makan burung merpati) dan bawak ke dapur. Nnt akan ada sup, mi, tauhu kering dan bermacam sayur yang akan dicurah ke dalam mangkuk tu bersama Pao Mo tadi. Memang sedap! Rugi tak cuba walaupun tunggu agak lama. Worth it!

Hari terakhir di Xi’An adalah free and easy. Pagi pergi cari breakfast iaitu Pao Mo daging. Lagi satu makanan terkenal kat sini. Pao Mo daging ni so so je bagi aku. Takda sos. Hanya daging rebus yang dikepit dgn pao mo. Rasa macam corn beef sikit. Yogurt kat sini pun mesti minum. Terbaik! Ada kedai yang pakai susu lembu, ada yang pakai susu kambing. Aku hanya cuba yogurt susu lembu.  Sedap! Tak masam sangat dan rasa berlemak. Lagi sedap dari Nestle Bliss! Kat blog2 dan website org ada suruh cuba pulut kuning madu. Diorang ckp kena cuba sebab sedap. Aku dah cuba sebab diorang recommend. TAK SEDAP! Aku ni bab makan, kalau tak sedap, aku akan cakap tak sedap, kalau sedap aku cakap sedap. Tapi yang pulut kuning madu ni memang TAK SEDAP! Fullstop.

Selain tu, aku makan bao (pau) daging. Sedap tapi masin. Orang2 kat sini dah hilang deria rasa masin agakya. Rata2 bao yang aku makan memang tak lokek isi. Murah pulak tu. Memang puas hati. Satay kambing bakar pun aku cuba jugak. Aku tak berapa berkenan sebab rempah kuat sangat dan again, terlebih masin. Selain tu, Man Tou pun kau kena cuba. Rasa dia tak macam Man Tou instant yang dijual kat supermarket kat Malaysia. Sebijik RMB 0.50. Besar. Lembut. Sedap. Ada yang plain, ada yang manis. Dua-dua aku cuba. Dua-dua pun aku suka. 

Perut dah kenyang, aku ke Bell Tower. Kat sini ada 2 tower; Bell Tower & Drum Tower. Aku hanya masuk Bell Tower. Takda apa yang menarik. Just tengok view Xi’An dari tingkat 3.

Satu tempat yang wajib dilawat ialah The Great Mosque of Xi’An. Masjid bercirikan architecture cina. Sangat cantik. Sekali pandang macam temple tapi sebenarnya masjid. Ruang solat tak boleh masuk sebab hari tu adalah hari jumaat. Hanya jemaah lelaki dibenarkan masuk, yang perempuan solat di bangunan belakang (luar dari masjid). Tak berapa pasti ni aturan untuk solat Jumaat sahaja atau memang mcm tu.

Tepat 4 petang aku menaiki tren laju ke Beijing lebih kurang 5.5 jam. Tak boleh lawan shinkansen Jepun. Teehee. Stesen tren dia dah macam airport. Tak sama macam stesen tren sebelum ni. Sampai Beijing pukul 9.30 mlm & terus bergerak balik ke Niu Jie untuk makan mlm. Masa untuk merasa Mi Tarik ori. Pergh! Mi dia memang sedap, tak kenyal dan silky. Rasa sup dia agak kurang, kosong dgn hanya 5 cebis kecik daging lembu. Balik hotel terus lena.

Esoknya ialah hari terakhir di China. Aktiviti hari ni ialah ke Beijing Zoo untuk tengok panda. Aku dah pernah tangok panda sebelum ni di Singapore Zoo. So aku tak hairan sangat. Kalau boleh, aku cadangkan kau elak untuk ke Beijing Zoo. Satu, zoo dia tak terjaga dan kawasan kandang haiwan kotor. Dua, kebajikan haiwan tak terjaga. Kesian aku tengok diorang berlantaikan simen, berdindingkan kaca. Rata2 haiwan kat sini resah, ke hulu ke hilir sebab dikurung. Ketiga, tak banyak binatang. Ada beberapa exhibit ditutup, banyak kandang kosong. So, aku tak galakkan kau datang ke Beijing Zoo. Kalau nak tgk panda, pergi ke Cheng Du di mana panda hidup di habitat asalnya. 

 

 

Lunch hari ni aku ada misi; nak makan Peking Duck atau Kau Ya’. Satu restoran terkenal kat sini yang meghidangkan Peking Duck halal terletak berhampiran Beijing Zoo – Hongbinlou.

IMG_20180915_121834-min

Tak kisah lah macam mana sekalipun, kau kena datang jugak ke restoran ni dan mkn Peking Duck dia! Kulit itik dia tersangat crispy, masuk mulut ada bunyi minyak meletup-letup. Isi dia moist dan ada lapisan lemak. Memang sangat sedap! Itik dia bukan dihidang seekor tapi dah siap dihiris. Boleh order kulit wantan, timun dan sos sebagai pelengkap kpd Peking Duck. Amek kulit wantan, calit sikit dgn sos, letak hirisan timun dan itik, balut mcm popia dan makan. Terbaik!

Perut dah kenyang, aku bergerak ke Olympic Green Station untuk ke Bird’s Nest Stadium dan Water Cube. Dua tempat ni adalah arena untuk Sukan Olympic tahun 2008. Tapi aku tak masuk pun, hanya amek gambar dari luar sebab aku dah penat sangat. Tambah2 lagi kaki melecet dan betis sakit. Jalan pun dah mcm OKU dah. Nice to see that these venues are still well take care off and not abandoned. Kalau datang waktu malam mesti lagi cantik terutamanya Water Cube. Tapi apakan daya, masa mencemburui aku.

Misi terakhir ialah ke Wangfujing Street. Ini adalah tourist spot untuk snack street & souvenirs. Tapi tempat ni agak cekik darah. So, pandai2 lah tawar-menawar. Kat sini jugak ada dijual makanan eksotik seperti scorpion, ulat dan cicada. Scorpion masih bergerak2; hidup lagi. Kat sini souvenir yang ada hanya makanan, silk, batu jade. Keychain & magnet tak byk choice sgt. Baju Beijing pun aku tak jumpa. Datang tengok2, jln2 je. Tak beli pun.

Malamnya, aku bertolak ke airport. Perlu diingatkan Airport Express dari Dongzhimen ke Beijing Capital Airport hanya beroperasi smp 10.30 mlm. Pandai2 bajet masa. Maka tamatlah pengembaraan aku di bumi China yg meliputi Beijing & Xi’An. Mcm yg aku bgtau awal2, mungkin dah takkan ada kali kedua ke sini. Jalan dilitupi ludah, org merokok merata, bersin tak tutup mulut, orang tak pandai beratur, berebut naik tren smp tolak menolak dgn ganas. Quite uncivilised people they are. Cerita sampai di sini sahaja. Next post aku akan kongsikan tips2 untuk Beijing & Xi’an. Stay tuned.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s