Dreamchasing Europe : Part 1 – Germany : Impian Menjadi Kenyataan

 

Oct. 2nd, 2018

Baru ada masa nak meng-update. Teehee.

IMG_20180920_070542-min

Dah dekat 2 tahun aku planning utk backpack ke Europe & tanggal 19 September 2018, impian aku telah menjadi kenyataan. Aku bertolak dari KL ke Berlin pada 18 September dgn menaiki Scoot Airlines (budget airline dari Singapore ala2 AirAsia) dan smp di Berlin pada 19 September 7.30am (1.30pm waktu M’sia).

Aku akui sgt gelisah sehari sebelum menaiki flight. Perasaan bercampur baur, nervous, excited dan ada sedikit self-doubt. Dari KL aku transit di Singapore selama 12 jam & tepat 12.30 mlm, aku menaiki pesawat ke Berlin. 13 jam ye perjalanan ke bumi Europe. Flight sgt bergoyang gara2 typhoon & membuatkan perut aku tak selesa smp aku muntah 3 kali. Oops. Ini flight paling lama pernah aku naik & flight pertama aku muntah.

Smp sahaja di Berlin Tegel Airport, kena lalui imigresen. Warga M’sia tak perlu apa2 visa utk ke Europe kecuali ke sesetgh negara (sila cek website kementerian kita ye). Berlin tak se-strict UK, tak sulit sgt pun proses mengecop passport. Pegawai tu hny tny nak pergi mana & dia dah tau aku nak backpack satu Europe. Teehee. Lepas dgn jayanya tanpa perlu apa2 dokumen. Simple.

Dari Tegel Airport nak ke bandar perlu menaiki bas X9 (2.80 Euro) kalau nak connect ke subway atau dipanggil U-Bahn / S-Bahn. Naik subway ni mulanya agak complicated sbb byk sgt line & platform. Buat mcm apa yg aku buat. Berdiri & teliti map network, amek masa sedikit utk memahami peta & platform & kau dah boleh paham mcm mana subway tu bergerak.

IMG_20180919_124859-min
Complicated kan?

Aku bergerak ke hotel utk check-in & letak beg aku yg tersgt berat (12 kg!). Aku bermlm di Hostelo Berlin Mitte (15.30 Euro semlm) yg sgt selesa & dekat dgn subway.

Destinasi pertama aku adalah Ritter Sport Chocolate Shop yg terletak di stesen Franzosische.

Aku jd gila di sini. Byk betul variasi chocolate Ritter Sport yg tak dijual di M’sia. Di sini jugak kau boleh buat chocolate kau sendiri. Pilih dari Milk, White atau Dark Chocolate. Pilih nak saiz kecil atau besar. Pilih 3 jenis topping/bahan seperti buah-buahan kering, gummy bear, biskut dll.

Oh ya, harga chocolate kat kedai Ritter Sport ni tersgt murah (lagi murah dari Langkawi tau!) sbb mmg berasal dari sini. Borong lah berapa byk yg kau nak. Janji kau boleh byr! Teehee.

Memandangkan ada org kirim baju Hard Rock, maka bergeraklah aku ke Hard Rock Cafe Berlin yg terletak di Zoologisscher Garten. Baju kat sini sehelai dlm 28 Euro & byk pilihan.

IMG_20180919_120344-min

Area Zoologishcer ni jugak ada satu Cathedral yg aku tak tau namanya; aku masuk je sbb bangunan dia cantik.

Dah agak petang sikit aku ke Berlin Wall (East Side) yg terletak di Ostbanhof. Di sini terletaknya Berlin Wall yg original yg dicantikkan lagi dgn mural.

IMG_20180919_132721-minIMG_20180919_132952-minIMG_20180919_134455-min

IMG_20180919_134301-min
My God, Help Me to Survive This Deadly Love.

IMG_20180919_133838-min

Sepanjang Berlin Wall ada mural2 yg cantik & ada juga yg membuatkan biji mata kau terbeliak (kontroversi gitu). Di sini juga ada sungai yg kau boleh lepak sambil2 merehatkan diri.

IMG_20180919_140120-minIMG_20180919_135022-min

IMG_20180919_140152-min
Motif letak kasut??

Di Berlin mmg senang utk cari kebab halal, so mkn tak menjadi masalah. Perlu diingatkan, walaupun nama kedai ala2 Arab & kedai tu jual kebab atau Middle Eastern food, tak semestinya halal. Tgk samada ada perkataan halal atau tak. Double confirm dgn tuan pny kedai utk kepastian. Aku mcm biasa, beli lunch & dinner di Aldi; tak smp 5 Euro pun utk mkn.

IMG_20180923_121227-min
Terliur tak?
IMG_20180923_121216-min
Tp tak beli pun sbb besar sgt 😦

Destinasi terkahir aku di Berlin ialah Berlin Wall Memorial yg terletak di stesen Nordbanhof. Ini adalah sebuah stesen yg mempunyai kisah silamnya yg tersendiri.

Stesen ini terletak di East Berlin & dahulunya satu-satunya stesen yg berhubung dgn West Berlin. Dulu setsen ni bersambung tp disebabkan ada seorg perkerja di East Berlin telah melompat ke West Berin utk escape, maka “lubang” tersebut telah ditutup utk mengelakkan org lain escape. Stesen ni agak suram & lain sedikit dari stesen subway yg lain. Stesen ni pun aku sunyi & sepi & aku boleh bygkan kekecohan yg berlaku pd zaman dahulu; zaman kezaliman Hitler.

Pada keesokkan harinya, aku bertolak ke Frankfurt; sebuah bandar business di Germany. Latar belakang pemandangan di bandar ni agak berlainan dgn Berlin. Byk terdapat banguan pencakar langit yg gah tetapi masih wujud bangunan tradisional. 

Aku hny ada sehari di Frankfurt so aku pergi ke tempat2 terkenal iaitu Romerberg & Dom Cathedral. Nothing much to expect sbb bg aku rata2 tempat kat Europe ni hampir sama. Romerberg ibarat satu dataran besar (Square) yg menempatkan bangunan bersejarah & cafe2 kecil. Sini jugak terdpt belasan muzium seni.

IMG_20180920_140506-min
Cafe Maggi~~ Kau ade??

Aku sempat melawat market atau pasar pagi yg menjual pelbagai buah-buahan, sayuran, bermacam cheese, daging terutama bratwurst & beraneka mcm roti. Seronok melihat gelagat org tempatan & pelancong; ada yg tgh mkn, ada yg menikmati wine & lepak di dataran sambil dihiburkan dgn street performances.

Kalau nak beli souvenirs seperti magnet & baju, bolehlan dtg sekitar Romerberg. Tp kau survey lah dulu beberapa kedai sbb harga lain2. Lagi jauh kedai tu dari tumpuan pelancong, lagi murah harganya.

Mlm tu aku bermalam di A&O Hostel yg terletak di Galluswarte. Hotelnya agak selesa, toilet & shower sgt bersih (dlm bilik) tapi perlu diingatkan cadar kena sewa sbb cadar mmg tak disediakan. Rata2 hostel kat Europe mcm ni, so sila baca dgn teliti terma2 hostel yg kau book. Aku ada bwk selimut sendiri , so tak perlu cadar. Cukup sekadar alas pakai selimut.

Itu shj kisah aku di Germany utk negara pertama dlm backpacking trip kali ini. Esoknya aku akan bertolak  ke negara kedua iaitu Belgium.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s