Dreamchasing Europe : Part 3 – Poland

IMG_20180925_082245-minMlm dlm pukul 10.30 aku dah jejak kaki ke negara Poland. Warsaw. Mlm tu aku buat keputusan utk tido di airport je sbb mls nak cek in hostel – bazir duit. Not bad lah tido kat Modlin Airport ni. Takda org kacau, sunyi & seat selesa (takda arm rest). Tapi sgt sejuk walau pakai selimut & jacket bulu2. Aku tido2 ayam je sbb tak tahan sejuk.

Pagi tu aku tukar duit siap2 kat airport money changer. Tukar sikit je utk beli tiket bas ke town. Aku tukar dlm 60 Euro dpt 200 Zloty. Mmg teruk rate kat sini & aku ada rasa menyesal sikit tukar duit kat money changer. Nnt aku cerita aku pny lesson learnt.

Dari Modlin Airport ke town kena naik bas zl. 35 dlm 45 minit. Beli tiket on the spot dpt zl. 35 tp kalau beli online dlm sebulan sebelum dpt serendah zl. 9. Tp kalau beli online kena confirm siap2 masa bas. Mana lah kita nak jangka bila kita smp; kot2 flight delay ke. Dlm 6 pagi aku naik bas utk ke town. Bas akan berhenti di Palace of Culture and Science dkt area Srodmiescie.

Awal gila aku smp dlm pukul 7 pagi, igtkan nak pergi hostel letak beg dulu. So berjln lah aku selama 30 minit ke hostel tapi hampeh, hostel tak bukak lg; kena tggu pukul 12 baru bukak! Apa aku nak buat awal2 pagi ni?! Patah la blk ke Palace of Culture td, tangkap2 gambar, jln2 sekitar.

 

Honestly, Warsaw ni bosan gila. It’s just a big city. Pg tu aku lepak cafe utk breakfast kat Warsaw Centraal. Kat sini ada free WiFi ye tp kena renew setiap 29 minit. Pukul 9 tepat aku pergi ke Hard Rock Cafe Warsaw utk beli baju yg dikirim. IMG_20180925_095047-minSini byk choices utk beli baju. Dekat2 sini ada satu shopping mall yg ada Carrefour, so sempat lah aku borong roti, air & pisang buat bekalan.

Tepat pukul 12 aku dah terpacak dpn hostel utk cek in. Nama hostel yg aku duduk ni ialah Lucka Stay. Jgn, aku ulang JANGAN SESEKALI DUDUK HOSTEL NI! Kotor, busuk, geli, tilam keras, bantal nipis & penghuni2 yg menakutkan! Dah la takda WiFi, dlm website ltk ada, tp bila smp takda langsung! Dah la diorg tak reti ckp English kecuali yg jaga reception. DO NOT STAY AT LUCKA STAY HOSTEL!!!!!

Di Warsaw ni agak payah nak cari makanan halal ye. Ada kedai kebab tp tak dikenal pasti halal atau tak sbb tak letak tanda. Jgn kau igt semua kedai kebab kat Europe ni halal ye! Ada yg tak. Kalau halal, diorg akan letak “HALAL” kat kedai tu. Poland in general tak berapa berkenan dgn agama Islam; Islamophobia. Pernah dulu diorg nak ban sembelihan halal & kosher  (sembelihan daging utk org Yahudi) sbb kerajaan Poland ckp sembelihan halal & kosher menyeksa binatang (sbb kita biar darah mengalir dari haiwan tersebut). Tahun lepas Islamic Centre di Warsaw dibaling dgn molotov cocktail disebabkan hate crime. Dan baru2 ni, kerajaan Saudi nak bina sebuah masjid di Warsaw (Warsaw takda masjid) utk kegunaan org Polish & immigrants tp ditentang oleh PM Poland. So, paham2 lah sendiri ye.

Memandangkan Warsaw dah takda benda yg aku nak lawat, aku tido awal petang tu. Nasib baik aku hny stay 1 mlm kat Warsaw, kalau tak, mati kutu aku. Esok awal pagi, aku bgn dgn perasaan tak sabar nak cek out. Pg tu aku terus ke Warsaw Centraal utk ke Krakow menaiki tren. Perjalanan lebih kurang 3 jam dari Warsaw ke Krakow (sebut: Kra-Kof) dgn henti2. Satu yg aku nak pesan, take note masa smp ke destinasi & sentiasa jenguk ke luar utk tau nama2 stesen sbb dlm tren takda papan tanda elektronik. Konduktor akan announce tp hanya dlm bhs diorg; takda dlm English & nama tempat yg disebut pun dlm bhs diorg. So pandai2 lah kau nak survive.

Krakow sgt lain dari Warsaw. Sgt lain! Krakow ada 2 buah stesen tren; Krakow Glowny & Krakow Plaszow. Stesen mana nak turun bergantung kpd hotel mana kau duduk. Krakow Glowny dekat sikit dgn bandar & main attractions. Mcm biasa smp je aku terus letak beg di hostel. Aku duduk Hostel B Movie yg berdekatan dgn Wawel Castle & Dragon’s Den. Hostel ni mmg selesa, bersih tp kalau kau jenis yg tak boleh tido kalau bising, tak recommend duduk sini sbb ia berdekatan dgn tram tracks. So setiap kali ada tram lalu, mmg sgt bising walau dgn tingkap tertutup. But otherwise, all good.

Lps cek in, aku bergerak ke Stare Miasto or Old Town. Kat sini lah yg membuatkan Krakow lain dari Warsaw. Quite refreshing.

 

This slideshow requires JavaScript.

Old Town ni ialah satu square/dataran yg sgt besar dipenuhi dgn gerai2 jual souvenirs, makanan, baju2 dll. Sini jugak ada cathedral, kereta kuda, cafe & bangunan cantik2. Aku cari port utk duduk & people watch. Suasana kat sini sgt happening, aku suka! Kereta kuda berderet kat sini dgn kuda dihias dgn costume cantik2 ala2 cabaret gitu. Tp aku tak naik; no way aku akan naik. I consider this kind of ride to be animal abuse.

IMG_20180926_122956-min
Roti, mushroom, mixed veges & potatoes. Sedap weh. Murah plak tu!

Ptg2 tu aku ke taman utk jogging. Sejuk sgt jogging dlm cuaca mcm ni. Pastikan kau pakai baju & seluar pjg ok! Aku prepare schedule aku utk Europe trip ni agak chill & relax. Tak pack sgt.

IMG_20180928_094318-min

Kat Krakow ni berlambak org jual bagel tepi jln. Wajib beli bagel sebab this is bagel land! Harga dlm 1.60 zloty smp 1.90 zloty ikut tempat. Kalau dekat2 mlm, diorg jual 1 zloty je sbb nak hbskan stok. Bagel ni keras kat luar tp lembut kat dlm. Ada beberapa flavour; poppy seed, plain, salt, sesame seed & cheese. Aku try yg poppy seed & cheese. Yg cheese punya mmg sedap! Flavour dia tabur kat atas je, la dlm plain ye. Jgn kau igt ada cheese leleh kat dlm. Boleh dikatakan sehari 2 bijik bagel aku mkn selama aku kat Krakow ni.

Hari kedua di Krakow, aku menaiki tren ke Oswiecim atau dikenali juga dgn nama Auschwitz.

IMG_20180927_120804-min

Bg yg tak tau, Auschwitz ialah nama sebuah torture camp yg didirikan oleh org German Nazi atau dlm kata lain Adolf Hitler. Di sinilah org Jewish atau org Yahudi dari Poland & ada jugak dari serata Europe ditempatkan di sini (tp mostly Polish). Diorg dijadikan banduan sebelum diseksa & dibunuh oleh Nazi. Oswiecim terletak tak jauh dari Krakow, in fact terdpt byk tour dari Krakow tp aku pilih utk pergi sendiri menaiki tren selama lebih kurang 2 jam. Jimat kos & sgt senang. Dari stesen Oswiecim boleh pilih samada nak naik bas atau jln kaki. Aku sememangnya jln kaki (30 minit berjln). Kalau ada Google Maps mmg senang; straighforward je. Yg tour dari Krakow diesrtakan dgn tour guide, aku tak amek guide pun. Explore sendiri lagipun ada papan tanda explanation dlm English. Kawasan ni sgt besar, aku cadangkan kau luangkan at least 3 jam di sini utk explore.

Di sini ada berderet2 prisoner barracks di mana kandang kuda dijadikan tempat tidur tahanan Yahudi.

 

IMG_20180927_130312-min

Oh ya, Auschwitz ada landasan keretapi sendiri yg membolehkan transportasi tahanan dijlnkan dgn lancar. Mereka ditempatkan di dlm freight car atau cargo yg sgt kecil. Org Jewish tak kira kanak2, wanita & lelaki di bunuh dgn kejam samaada dgn gas Zyklon B lps tu dibakar atau ditanam hidup2. Bkn hny org Yahudi yg digas, ada juga yg bkn Yahudi pun dibunuh. Ikut suka hati Hitler lah. Gas chamber kat sini hanya tinggal sisa2 bangunan sbb dah dibakar oleh German Nazi utk hapuskan bukti kekejaman.

Bahagian yg paling interesting bg aku ialah muzium yg terletak di belakang sekali. Muzium ni dulu sebenarnya pusat sauna utk disinfect tahanan2 yg dtg ke Auschwitz. Mereka akan dimandikan dgn air mendidih & segala pakaian diorg distim utk mengelakkan jangkitan penyakit & kuman merebak. Pusat sauna ni sebenarnya masih baru & hanya dibina disebabkan jumlah tahanan yg terlalu ramai dari sekitar Europe & mereka telah membawa pelbagai penyakit sehingga menjangkiti org German Nazi. Disebabkan takut terjangkit dgn org mereka sendiri, German Nazi pun bina pusat sauna ni. Kat muzium ni ada tinggalan pakaian, kasut & benda2 peribadi milik tahanan dahulu.

IMG_20180927_124451-minIMG_20180927_124437-min

Ada juga dinding yg mempamerkan gambar2 & cerita2 rakyat Poland yg telah mati di kem Nazi ni.

IMG_20180927_124852-min

All in all, it was an interesting visit for me. Suasana di sini agak suram & kalau ada tour guide yg explain, aku rasa akan jd lagi menarik & terasa. Yg aku tak paham, ada tourist yg siap selfie di tempat ni. Mana pergi rasa hormat & respect terhadap tempat ni? This is not the place or time for selfies. This is a mass grave for tortured souls.

Lepas lebih kurang 3 jam di sini, aku bergerak utk kejar tren blk ke Krakow. Aku hampir tertinggal tren sbb stesen Oswiecim ni sgt kuno, takda papan elektronik utk papar pergerakan tren. Aku pergi tny kat tingkap, pegawai tu ckp platform 1. Tp bila dah nk smp waktu berlepas, tren tak smp lg. Yg ada hny tren kat platform 2 & ada tulis ke Krakow. Instinct aku kuat suruh pergi platform 2 & naik tren tu. Mmg betul instinct aku, naluri aku! Tren kat platform 1 ialah utk tren yg smp, lps tu tak gerak dah. Nasib baik! Nasihat aku, sentiasa ikut naluri. Kalau rasa betul, teruskan. Kalau rasa tak sedap, hold je plan yg ada. Smp Krakow dah agak petang & cuaca menjadi lg sejuk. Aku singgah beli dinner kat Carrefour & terus menuju hostel.

Ada 2 tempat yg aku belum lawat kat Krakow ni iaitu Wawel Castle & Dragon’s Den. So hari terakhir kat Krakow, awal2 pagi aku dah bergerak ke 2 tempat tersebut. Wawel Catle aku tak masuk pun, sekadar tgk2 dari luar. Dari luar pun dah cukup gah. Wawel Castle ni terletak atas bukit & di sini kau boleh tgk view bandar Krakow yg sgt cantik terutama bila hari cerah sbb langit kat sini mmg sgt biru & awan pun sgt putih.

IMG_20180928_095124-minIMG_20180928_095950-min

Dragon’s Den ni takda pape pun; hanya sebuah gua sempit yg tak berapa nak menarik. 

IMG_20180928_100418-min

Masuk kena byr 3 zloty. Dari gua ni, kau turun tangga pusing2 smp pening & akan tembus ke bawah iaitu ke landmark paling terkenal kat Krakow ni – Dragon.

Ada cerita di sebalik Dragon ni. Dulu dragon ni ialah makhluk yg sgt jahat, suka kacau penduduk kat sini & makan haiwan ternakan diorg & anak dara. Bila dah takda sorg pun anak dara yg tinggal, maka Raja Krakow telah memberi satu cabaran kpd para lelaki kat sini. Barangsiapa yg dpt membunuh dragon ni, maka dia akan kahwinkan anak dara dia (satu-satunya yg tinggal) dgn lelaki tersebut. Ada sorg tukang kasut bernama Krak menyahut cabaran tersebut. Dia telah sembunyikan sulfur di dlm perut seekor biri2 & bila Dragon tu mkn biri2 tu, meletuplah Dragon tu maka matilah ia. Maka tukang kasut tu berkahwin dgn puteri tu & telah menjadi raja & telah membina istana di kawasan kematian Dragon tu. Penduduk kat situ namakan bandar tu Krakow sempena nama tukang kasut tu. Itulah ceritanya. Dan statue dragon tu bkn calang2 statue tau. Kau berdiri & tunggu kat situ, Jgn amek gambar pastu blah. Tunggu. Akan ada api yg keluar dari mulut dragon tu selang 5-10 minit. Api betul tau! Teruja sgt aku! Teehee.

IMG_20180928_100932-min

Tamatlah sudah pengembaraan aku kat Poland ni.

Tgh harinya aku berkejar ke airport sbb ada flight utk ke negara seterusnya. Negara mana? Nantikan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s