Dreamchasing Europe : Part 4 – Czech Republic

IMG_20180928_141709-minFlight dari satu negara Europe ke negara Europe yg lain sgt murah. Tak smp RM100 pun. Lagi murah dari tren & bas. Lagi cepat. Tak payah nak clear imigresen sbb mmg takda imigresen pun. Aku naik Ryanair je sepanjang kat sini. So far so good. Takda delay & tak byk songeh. So far dari satu negara ke negara yg lain, aku byk naik flight sbb lagi murah. Nak save cost kan? Heh.

Dari Krakow, Poland aku terbang ke Prague, Czech Republic. Negara keempat aku dlm 2 minggu. Dari Krakow ke Prague hny amek masa sejam utk smp. Smp airport Prague, kena naik bas no. 119 berharga 32 Koruna. Tiket ni boleh pakai utk bas, metro & tram. Ada 4 jenis harga tiket; 24 Koruna (valid utk 30 minit), 32 Koruna (valid utk 90 minit), 110 Koruna (valid utk 24 jam) & 310 Koruna (valid utk 3 hari). Bas no. 119 akan berhenti di betul2 di stesen metro Line A (Stesen Nádraží Veleslavín). Dari sini senang dah bertukar ke metro utk ke mana2 destinasi. Dari aiport ke Nádraží Veleslavín amek masa dlm 20 minit shj. Pastikan bila kau dah msuk bas/tram/metro utk pertama kali, wajib utk kau validate tiket tu kat mesin di dlm bas/tram atau di stesen metro. Validate sekali shj! Kalau kau nak tukar pengangkutan, tak pyh validate dah. Contoh kau beli tiket 90 minit berharga 32 Koruna dari airport menaiki bas no. 119. Masuk bas ikut pintu dpn & masukkan tiket kat mesin utk validate. Bila dah smp stesen metro Nádraží Veleslavín, terus masuk dlm tren. Tak pyh validate lagi. Tiket tu akan valid utk 90 minit (ikut tiket mana kau beli). Tak kisah tukar metro/tram/bas brp kali, yg penting tak boleh lebih dari durasi yg dibenarkan.

Tak berbaloi pun kalau kau nak beli tiket 24 jam atau 3 hari; cukup beli yg 30 minit atau 90 minit sbb bkn selalu tukar2 tren pun. Mesti kau akan duduk lama kat satu2 tempat kan? Cukuplah beli yg 30 minit. Bila dah tamat masa, beli lg yg 30 minit. Tiket 24 jam hanya berbaloi kalau kau turun naik lebih 5 stesen. Kalau tak, tak berbaloi beli. Naik metro kat sini sgt simpe & senang. Tak complicated pun. Ala2 RapidKL kita. Hny ada 3 line je; Line A, B & C.

Mcm biasa, aku ltk beg dulu kat hostel. Aku duduk Hostel Fontana yg terletak hny 2 stesen dari Nádraží Veleslavín. Satu bilik ada 8 katil, toilet & shower kat luar. Bilik tak berapa nak bersih, tp toilet okay, Shower sumbat, WiFi hny laju kat reception area, dlm biik hampeh. Tilam agak nipis tp selesa. Katil besi so ada bunyi krik krik, locker pun besi so akan bunyi dum dum bila ltk brg. Kalau duduk semlm, okay lah. Tp aku duduk bkn semlm, bkn 2 mlm tp 3 mlm. Heh. Apa nak buat. Murah pny pasal. Anyway, lepas cek in dah pukul 5pm so aku bergerak ke Old Town atau Staré Město pražské. Smp2 je Old Town, fuh! Lautan manusia beb! Smp traffic jam ha! Aku berjln kena tolak org & ditolak org. Mmg penuh. Dah la jln sempit, pastu ada kereta lg, org pulak penuh dari serata dunia. The most crowded country I’ve been too. Bygkan countdown tahun baru di KLCC. Mcm tu lah ramainya manusia kat sini. Aku kena tolak & rempuh manusia utk ke destinasi aku.

IMG_20180928_175628-min
Motif??

Hari ni aku tak explore lg. Hny ke Hard Rock Cafe utk tgk baju & dinner. Kat sini ada 1 kedai kebab halal (Dr. Kebab. Bukak 24 jam) yg tak berapa nak sedap. Dah la mahal. Tp rata2, makanan & brg kat Prague sgt mahal kalau nak dibandingkan dgn negara lain kat Europe ni. Tak sangka pulak aku Prague ni mahal. Sebelum ni dgr je org ckp mahal, tp bila dah experience sendiri, baru percaya.

IMG_20180928_174514-minTgh jln tu, something caught my eye. Trdlo. Trdelnik. Ianya satu pastry bentuk tiub, ala2 cronut tp tinggi yg dibakar atas api. Dlm tu boleh isi aiskrim, nutella, whipped cream & buah-buahan. Ada juga yg plain, tak isi pape. Ada sweet trdlo & savoury trdlo. Savoury tu ada isi daging2. Aku amek yg ada aiskrim (110 Koruna). Sedap weh! Pastry dia keras kat luar, lembut kat dlm. Aiskrim vanilla dia pun sedap. Pastry tu tak menyerap aiskrim & tak jadi soggy. Kalau kau dtg sini, tolonglah makan. Sedap bak hang! Muka bahagia bila mkn. Bila dah hbs mkn, rasa nak lg. Heh.

Waktu mlm kat sini mmg sgt sejuk. Aku pakai 2 lapis (long john kat dlm & jaket bulu) pun masih terasa. Tak tahan aku. Dgn perut kenyang, aku blk hostel utk rehat sbb penat gila. Tp mlm tu tak tido dgn nyenyak sbb roomate aku katil bwh tu berdengkur smp bergegar katil aku. Siap kena marah dgn org Perancis katil sebelah. Org Perancis tu bengang je dgr dia berdengkur. Dah la kuat kentut; kentut tak berlapik pulak tu. Stress aku! Mmg tak tido sgt lah aku mlm tu. Sekadar tido2 ayam.

Esok pg nya, cepat2 aku blah dari hostel sbb tak tahan dgr bunyi berdengkur. Hari ni ialah hari utk aku explore Prague dan aku bermula di Staré Město pražské. Sinilah terletaknya kebanyakkan attractions kat Prague ni. Kau jln lah dari bwh smp ke atas & akan amek masa sehari. Sehari suntuk aku kat Staré Město pražské. Rasa mcm nak explore setiap lorong & ceruk yg ada sbb semua npk menarik.

IMG_20180929_094911-min

Kat Staré Město pražské ni ada satu jam yg sgt menarik & pastikan kau terpacak dpn jam tu kalau dah masuk waktu. Setiap jam akan ada “pertunjukan” kat jam tu. Org mmg ramai sgt, kau kena tolak & berebut dgn diorg utk ke dpn. Kat jam tu ada 4 characters; Vanity, Miser, Death & Lust. Death atau jgn bentuk tulang tu akan bunyikan loceng & patung yg lain akan bergerak2. Kiranya jam dinding tu akan beranimasi setiap jam.

YDXJ1739-min
Ini lah jam tu. Tak npk sgt sbb ramai sgt manusia

Dlm 10 minit sebelum, pastikan kau dah terpacak kat dpn utk amek tempat. Kalau tak, mmg tak npk ape sbb org2 kat dpn dah duduk atas bahu pasangan masing2, tgn diorg dah pjg ke atas utk tangkap video. Dah la org putih semua tinggi; kita ni pulak rendah, mmg npk kepala org je lah.

Mmg tak dinafikan Prague ni sgt2 cantik & kalau kau seorg architecture nerd, mmg seronok lah kau. Tp tu lah, org terlampau ramai smp kau nak jln pun pyh; kena berlanggar2. Dari Old Town, aku bergerak menghala ke Charles Bridge. Sepanjang kat sini mmg aku geleng kepala. Pening. Lautan manusia bersesak-sesak smp kena sentiasa berhenti2, tak boleh nak jln. Traffic jam.

IMG_20180929_120306-min
People, people everywhere!

Dari sini, kau boleh tgk keindahan bandar Prague. Dpt tgk panaroma bandar Prague. Charles Bridge ni menghubungkan Old Town dgn Lesser Town atau Mala Strana. Charles ni adalah sempena nama Raja Charles Keempat yg bina jambatan ni. Dan di setiap penghujung jambatan ada gerbang utk ke Lesser Town & ke Old Town. Sepjg jambatan ni ada pelbagai statues berunsur Christianity. Kalau kau berjln dari Old Town meghala ke Lesser Town, view dia mmg sgt cantik dgn bangunan  & rumah putih berbumbung oren atas bukit.

Di Lesser Town ni terletaknya landmark Prague iaitu Prague Castle (Pražský hrad) yg terletak di atas bukit. Nak masuk ke dlm berbayar & beratur sgt pjg. Dari atas ni kau boleh tgk view bandar modern Prague. Dan sini jugak ada Changing of Guards Ceremony. Aku tak pasti masa dia tp kebetulan aku kat situ ada upacara penggantian pengawal. Diorg akan berkawad & acu senapang & tukat pengawal. Ada 2 pengawal; kat sebelah kiri & kanan yg mengawal castle tu. Handsome. Teehee.

IMG_20180929_133945-minSebelah Prague Castle ni ada Starbucks yg berlatarbelakangkan view Prague. Kalau kau nak acah2 hipster, boleh lah singgah tp mmg sgt ramai org. Org dah duduk, dah minum tp tak nak blah. Mereput lah kau tggu kat situ.

 

 

Selain tu, kat bawah ada Lennon Wall, dinding mural John Lennon (The Beatles). Kalau kau dtg & expect ada gambar John Lennon, mesti kau akan jd hampa. Yg ada hanyalah grafitti merepek. Org tulis nama sendiri kat dinding tu. Adalah 2 gambar John Lennon cenonet je kat bahagian atas. Takyah lah buang masa dtg sini. It should be called The Vandalism Wall instead of the Lennon Wall.

IMG_20180929_143844-min
John Lennon Wall? Pish.. More like Vandalism Wall

Byk lg bangunan & tempat yg aku pergi yg aku tak tau nama. Aku just explore je setiap ceruk & lorong. Dan setiap ceruk pasti ada benda interesting & bangunan unik yg kau dpt tgk. Siapa2 yg suka berselfie, silakan lah kat Prague ni. Penuh handphone kau. Percayalah.

 

 

IMG_20180929_144249-minHari ketiga aku sepatutnya ke Cesky Krumlov tp tiket bas & tren dah hbs. Kebetulan tu hari Ahad, tiket pergi ada tp tiket blk takda. Aku nak balik hari je sbb Cesky Krumlov boleh buat daytrip. Melepas lah aku. Jadi hari tu dihabiskan dgn mereput di hostel kejap & ke Old Town blk sbb tak puas mkn Trdlo.

 

 

 

 

Setiap hari aku mkn Trdlo kat Prague ni. Hari tu mkn yg ada ice-cream, ni mkn yg ada nutella plak. Hari berikutnya mkn yg plain plak. Hari ni jugak aku sempat singgah masjid (bkn masjid sebenarnya tp more to pusat Islam) di Prague ni. Tak jauh dari main train station Prague & sebelah dia ada kedai halal (Kebab Turki). Kat sini bg yg perempuan, takda telekung ye. Sila bawak sendiri. Tempat wuduk pun takda, Hanya sinki.

Tu je lah penutup aku kat Prague, Czech Republic. Esoknya ke negara lain pulak. Teehee.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s