Dreamchasing Europe : Part 5 – Slovakia

IMG_20181002_071559-min

Dari Prague aku menaiki tren ke Bratislava, Slovakia iaitu negara kelima aku. Gila lama perjalanan aku – 6 jam ye! Mati kutu aku dlm tren. Dah la takda WiFi, takda soket pulak tu. Nasib duduk tepi tingkap, boleh jugak tgk pemandangan kat luar. Dari Praha tren akan berhenti di satu-satunya stesen tren Bratislava; Bratislava Hlavna Stanica. Stesen ni sgt kecik & kemudahan yg tak seberapa. Rupa pun agak uzur & org terlalu ramai. Stesen ni terletak di tgh bandar Bratislava & boleh diakses dgn tenaga kaki. Aku smp je Bratislava terus ke hostel utk cek in. Lapar. Hostel yg aku duduk di mmg terbaik – 6 drpd 5 bintang aku bg! Bilik bersih, besar, katil & bantal selesa, tandas/shower bersih & byk, kemudahan dapur yg lengkap & receptionists yg peramah. Patio Hostel namanya. Jln kaki dari stesen dlm 20 minit shj & berdekatan dgn byk tempat2 menarik. Sesudah cek in, ltk beg, rehat & mkn, waktu dah pukul 3. Bermulalah misi aku utk melawat tempat2 tarikan di sini.

Antara tempat2 menarik yg aku lawat ialah The Blue Church (ni cantik & unik. Warna baby blue), Cumil – Man at Work (ok, ni comel. Cumil yg comel, kena dgn nama dia), Primate’s Palace, Bratislava Castle (Hari Isnin tutup & kebetulan aku smp ialah Isnin tp boleh je naik atas, cuma tak boleh masuk ke dlm bangunan), St. Martin’s Cathedral & byk lagi tempat di kawasan Old Town Hall.

This slideshow requires JavaScript.

Syukur Bratislava ni tak se-havoc Prague. Dpt lah aku melawat dgn aman damai. Bratislava ni tak crowded sgt; brp kerat je pelancong yg ada. Slovakia bg aku adalah 1 negara yg agak murah kalau nak dibandingkan dgn negara2 lain yg aku dah pergi. Makanan & shopping murah tp shopping dia tak lah mcm negara lain dgn butik2 luxury & berjenama di sepjg jln.

IMG_20181001_164546-minBratislava ni bandar kecik shj & tempat2 menarik boleh hbs dilawat dlm sehari (atau beberapa jam shj bg aku). Kalau kau naik ke Bratislava Castle, jgn lepaskan peluang utk tgk view Danube River iaitu sungai kedua besar & yg terpjg di Eropah. Sungai ni mengalir di 10 buah negara – Germany, Austria, Slovakia, Hungary, Croatia, Serbia, Bulgaria, Romania, Moldova & Ukraine. View sgt canitk lagi2 bila hari cerah & juga bila matahari terbenam.

IMG_20181001_162947-minDan yg paling penting, dari atas ni kau boleh tgk 1 tarikan yg agak alien di sini iaitu menara UFO. Ye, UFO. Jambatan yg berupa UFO. Only in Slovakia. Menara ni boleh naik sebenarnya (ada dek peninjau) & terdpt restoran mewah di atas. Ni adalah jambatan ketujuh besar di dunia. Dari dek peninjau ni kau boleh npk smp negara Austria yg terletak hny di belakang memandangkan kedua negara ni berjiran.

Esoknya aku bergerak ke Poprad iaitu satu gateway utk ke kawasan tatras atau kawasan pergunungan Slovakia. Perjalanan menaiki tren selama 4 jam & tren di Slovakia tak mcm tren di negara2 sebelum ni. Kat Slovakia, tren nya ada pengumuman dlm bhs Inggeris. Akan diumumkan bila dah dekat nak smp & bila dah smp. Tak sangka aku negara kecik mcm ni sgt mengambil berat psl pelancong asing. Negara besar yg lain tak buat pun mcm ni. Bravo Slovakia!

Sepjg perjalanan & sepjg hari hujan di sini. Tak lebat pun, tp turun tak berhenti. Rosak plan aku hari ni. Igtkan smp Poprad tgh hari boleh lah pergi sigthseeing di kawasan sekitar, tapi hampeh. Duduk guesthouse shj la jawabnya. Oh ya. Kat Poprad ni aku tak duduk hostel tp duduk B&B; bilik single sendiri dgn kemudahan dapur & laundry yg lengkap. Aku sorg je kat sini, takda pengunjung lain so aku buat lah mcm rumah aku sendiri. Owner pun jarang2 ada. Dia ada bila cek in je, lps tu lenyap.

Kawasan yg aku duduk ni (Poprad Spisske Sobota) jauh dari Poprad-Tatry (hub di Poprad). 32 minit berjln kaki. Menapak lah aku dari stesen tren Poprad-Tatry ke B&B dlm hujan selama 32 minit. Hbs lecun bila smp B&B! Dah la sejuk menggigil!

IMG_20181003_122628-minPoprad-Spisske Sobota ni ibarat pekan kecil. Takda pelancong pun, yg ada hanyalah aku. Takda apa pun yg menarik di sini tp aku suka suasana pekan kecil di mana org tempatan sgt peramah, udara segar & view cantik. Dari sini kau boleh dpt pemandangan tatras yg sgt cantik (bila tak kena tutup dgn kabus). Ibarat kau pergi Kundasang, Sabah & dpt tgk Gunung Kinabalu tp 5 kali ganda lg besar & cantik. Mcm tu lah pemandangannya kat sini. Mlm tu aku tido awal sbb kepenatan & juga kebosanan & kesejukan.

Esok paginya aku mulakan eksplorasi dgn menuju ke hub Poprad-Tatry. Aku nak ke Spisske Podhradie utk tgk Spis Castle. Spisske Podhradie agak jauh dari Poprad; dlm 2 jam perjalanan & hanya boleh diakses samada dgn kereta atau bas. Aku sudah semestinya naik bas. Ada 2 cara utk ke Spisske Podhradie; direct & non-direct bus. Bas langsung tak brp nak kerap, dlm setiap 2 jam sebuah. Bas tak langsung dlm setiap 30 minit sebuah. Aku naik yg tak langsung sbb dah terlps bas yg langsung.

Mula2 naik bas dari Poprad-Tatry, AS ke Levoca ( 1,70) & dari Levoca tukar bas ke Spisske Podhradie (€ 1,10). Perjalanan lebih kurang 2, 2.5 jam & pemandangan sepjgn perjalanan sgt menyejukkan mata. Penuh dgn kehijauan & ciptaan semula jadi yg Maha Esa. Masa dlm bas, aku lah sorg2nya pelancong kat situ, yg lain semuanya org local. Dan mmg kat sini sgt pyh nak jmp pelancong. Dan mungkin itulah jugak sebabnya knp bdk2 sekolah kat sini teruja bila npk aku. Sorg2 dok Hello2 dgn aku & dok melambai2 kat aku. Mungkin bdk2 ni nak praktis English dgn berckp Hello. Ada yg tny What is your name? lagi. Dan diorg pun teruja perkenalkan diri masing2 kat aku. Aku layankan shj sbb comel tgk gelagat dirorg. Mana2 aku pegi kat sini, bila terjmp bdk2 sekolah, mesti diorg akan tegur aku. Pyh nak npk org Asia kot kat sini. Teehee.

IMG_20181003_120035-minSpisske Podhradie ada satu attraction yg sgt menakjubkan – Spis Castle. Tp nk ke Spis Castle ni agak leceh. Kena ada transport sendiri, samada kau sewa kereta atau naik teksi. Kalau jln kaki, dlm 1.5 jam hiking. Masa aku smp dah tgh hari, teksi pulak tak ada. Kalau nak teksi, kena call dulu baru diorg tggu kau. Tak dpt nak main tahan2 sbb mmg takda teksi langsung. Agak kecewa sikit la tak dpt nak naik ke Spis Castle. Aku cuma naik setakat bukit utk amek gambar dari bwh. Bukit tu sebenarnya ladang tebu org; aku ceroboh. Heh. Tp walaupun tak dpt naik atas, aku msh rasa puas hati sbb dpt tgk dari jauh. Dan layanan bdk2 sekolah kat sini lg membuatkan aku seronok. Itu shj yg ada di Poprad ni yg bg aku boleh tahan cantik; Spis Castle & view tatras di hari yg cerah. Bygkan Gunung Kinabalu tp 3 kali ganda lg cantik.

IMG_20181003_145451-min

Dan sebelah ptgnya dah mula hujan bila aku smp Poprad Spisske Sobota. Sempat lah jugak aku melawat sekitar guesthouse aku yg berdekatan dgn Old Town. Sini mmg sgt sunyi. Kedai pukul 4,5 dah tutup. Bukak pulak lambat. Pelancong mmg takda langsung. It’s a quite, small town. And usually in quite small town like this, you’ll most definitely get precious gems.

Esok paginya aku kena bertolak awal ke Budapest, Hungary. Berapa awal? Train aku pukul 5 pagi. Nak jln kaki ke stesen amek masa 32 minit. Maka aku bangun pukul 3 pagi, gerak dari guesthouse pukul 4. Gila tak? Kau byg kan aku berjln kaki celah2 lorong kecik, menyusuri titi kayu & kawasan lapang dgn takda lampu jln. Dlm kegelapan & kesejukan pd pukul 4 pagi! Mmg kena pakai lampu flash handphone utk menerangi jln. Lega gila bila dah smp stesen tren. Fuh!

Slovakia bg aku ialah satu negara yg amat cantik kalau kau pergi ke tempat yg betul. Kalau diberi kesempatan, aku akan dtg blk ke Slovakia sbb byk lg tempat2 cantik yg aku tak explore terutamanya di kawasan High Tatras. Kat sini ada tempat utk luncur ais ala2 di Switzerland. 2 minggu pun aku rasa tak cukup utk explore Slovakia. Slovakia ialah satu negara yg aku akan repeat suatu hari nanti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s