Dreamchasing Europe : Part 6 – Hungary

Dari Kosice, Slovakia aku menaiki bas ke Budapest, Hungary selama lebih kurang 4 jam. Perjalanan selesa & lancar. Smp Budapest (sebut: BOO DA PESH) tgh hari, mmg ngam2 waktu utk cek in.

IMG_20181004_120418-min
Stesen Bas Budapest

Dari stesen Budapest Nepliget, aku kena naik tram lps tu tukar ke metro utk smp ke hostel. Tiket metro/tram/bas kat sini agak complicated & ada pelbagai harga. Kau kena plan betul2 perjalanan kau kalau nak jimat duit.

Single ticket berharga HUF350 – hny utk perjalanan direct (samada metro, tram atau bas), tak boleh transfer dari tram ke metro atau bas.

Transfer ticket berharga HUF530 – yg ni boleh tukar jenis transport (metro ke tram; metro ke bas etc) tp hny utk sekali transfer & tak boleh lebih 100 minit.

Ada jugak Travelcard utk 24 jam tp bg aku tak berbaloi sbb Budapest ni sgt mudah utk jln kaki. Mana2 attractions hny perlu jln kurang 40 minit. Aku mcm biasa, jln kaki je lah kecuali nak ke airport.

Aku duduk di Baraka Hostel; yg dimiliki oleh org Muslim dari India/Pakistan kot. Pak haji tu sgt friendly. Bilik bersih, ada kemudahan dapur so boleh masak. Yg slacknya ialah bilik mandi. Bilik mandi mmg tak boleh blah. Hanya ada 2 & sgt2 kecik. Takda pintu, hny plastik utk tutup. Laki, pompuan campur. Tu je yg slack. Yg lain, ok.

Aku hny ada 1.5 hari di Budapest. Sgt singkat tp kalau kau pandai plan masa, cukup sebenarnya utk explore main attractions kat sini. Aku jln kaki je ke semua tempat. Aku tak tau nama2 tempat aku pergi, aku jln je smp jmp tempat2 menarik.

IMG_20181004_165705-min

Budapest ni sebenarnya terbahagi kpd dua daerah; Buda & Pest. Budapest ni bandar kedua penuh dgn org yg aku pernah lawat. Pertama semestinya Prague. Budapest tak kurang cantiknya terutama di belah Buda. Dan sini jugak terdapat byk jambatan yg menghubungkan kedua daerah & yg paling terkenal ialah Chain Bridge dgn kepala singa.

IMG_20181004_155007-min
Chain Bridge di waktu siang
IMG_20181004_163829-min
View dari atas

Kalau nak view cantik, aku cadangkan kau dtg masa matahari terbenam & pd waktu mlm. View mmg superb! Dan semestinya kau kena berebut dgn org utk dpt spot yg cantik utk amek gambar.

IMG_20181004_183852-min
Chain Bridge dgn kepala singa di waktu malam. Sorry gambar tak berapa clear sebab dah di-optimise utk jimat ruang memori 😦
IMG_20181004_183332-min
View Budapest di siang hari. Gambar dah di-optimise. Nak lebih cantik, sila tgk Facebook aku 🙂

Dari Chain Bridge, kau boleh naik ke atas (di mana kebanyakan main attractions terletak) dgn menaiki furnicular train atau jln kaki. Nk naik furnicular train ke beratur & aku tak pasti brp harganya sbb aku tak naik. Aku jln kaki je, tak lama pun dlm 10-15 minit naik tangga.

IMG_20181004_162245-min
Boleh naik furnicular train utk ke atas. Juga b0leh jln kaki. Tak jauh pun

Dan church yg paling cantik pernah aku lawat (setakat ni) semestinya terletak di Budapest – Matthias Church. Ni kau kena dtg tgk. Aku suka bumbung dia; warna-warni.

Dan dekat dgn church ni ada mcm kawasan yg ala2 castle (sandcastles actually) yg sgt cantik.

This slideshow requires JavaScript.

Dan dari sini kau boleh tgk view Budapest dari atas. Ingat, dtg ketika matahari terbenam utk dptkan effect yg sgt marvelous! Sini org beratur nak amek gambar, berselfie smp kena berebut spot cantik. Dari atas ni kau boleh tgk view Danube & Chain Bridge. View mlm pun cantik dgn lampu2 yg menyinari kegelapan.

Mmg singkat masa aku kat Budapest ni, tp aku puas. Dan Budapest ni agak murah terutama bab makan. Kedai halal jgn risau, mmg ada. Aku recommend kau mkn kat kedai Star Kebab; murah & sedap. Ala2 makanan kafeteria; ada nasik, ayam, daging, salad & desserts. Makanan ialah makanan Arab ye. Ada kebab lagi. Memang murah & berbaloi mkn kat sini. Aku dtg 2 kali kot.

IMG_20181005_132514-min

Esok ptg aku terbang ke Copenhagen, Denmark. Dan dari Budapest nak ke airport mmg agak payah sbb takda tren. Biasa kalau mana2 negara, nak ke airport senang kan, naik tren je. Tp sini takda. Samada kau naik teksi atau bas. Aku naik bas nombor 100E dari Deak Ter (berdepan dgn kedai Star Kebab) utk ke airport. Perjalanan dlm 40 minit shj (HUF 900). All in all, Budapest not bad. Cantik & tak crowded sgt mcm Prague. Tp aku rasa sekejap je Budapest akan jd mcm Prague. Tgklah nnt!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s