Money Tips Untuk Ke Europe

Memandangkan aku baru shj menawan bumi Eropah, sini aku kongsikan money tips buat warga senegara yang hendak ke sana.

IMG_20181212_200940-min.jpg

Kebanyakan negara kat Europe pakai matawang Euro. Tapi ada juga yang pakai matawang sendiri contohnya Hungary, Croatia, Denmark etc.

Untuk Euro, boleh tukar siap2 kat money changer di Malaysia. Untuk matawang lain, aku cadangkan withdraw dari ATM di negara yang kau pergi.

☑️BigPay – Kalau kau nak pergi Europe atau travel mana2, wajib ada kad BigPay (ini bukan iklan berbayar & bukan nak promote si Tony). Kenapa BigPay? Sebab rate tukaran kad ni sama macam dlm Google atau XE.com.Dia tak mark-up mcm kad bank2 lain. Jangan risau ter-over shopping sebab ni ialah kad prepaid – kau masuk kan berapa amount yang kau nak. Ibarat masuk duit dlm akaun sendiri.

☑️ATM (part 1) – Mcm yang aku ckp, kalau utk negara yg tak pakai Euro, boleh withdraw dari ATM di negara tersebut. Lagi sekali, wajib ada kad BigPay. Kenapa BigPay? Sebab setiap withdrawal hanya dicaj RM10 shj. Bukan mcm bank lain yg caj RM12 atau RM14. Nasihat aku, buat budget & anggaran berapa byk duit yg kau perlukan sepanjang di negara tersebut. Keluarkan lump sum utk elak withdrawal charge byk kali.

☑️ATM (part 2) – Kalau nak withdraw dari ATM, pastikan ATM tu adalah betul2 ATM milik bank & bukan ATM independent. ATM independent yang bersepah kat Europe & paling popular ialah “Euronet”. ATM Euronet ada di mana2 shj. Jgn sesekali guna ATM Euronet! Kenapa? Byk caj tersembunyi & rate tukaran sgt teruk.

☑️ATM (part 3) – Masa nak withdraw duit di mesin ATM, akan keluar kat skrin dua options utk dipilih:

1. With conversion to your home currency
2. Without conversion

Apa bezanya? Option 1 ialah bank kpd ATM tu akan convert duit tu ikut rate diorg. Option 2 ialah bank kpd kad ATM (dlm kes ni ialah BigPay since aku dah paksa kau pakai BigPay kan) akan convert duit tu. Always always always pilih option 2 – without conversion sebab mcm yg aku ckp, rate BigPay is the best so far. Sama juga bila kau beli ticket online atau guna PayPal – always always always pilih “without conversion”.

☑️Cash – Kalau kau bawa cash, simpan duit tu elok2. Jgn hanya simpan/letak kat satu tempat sahaja. Asing kan duit tu & sorok di beberapa tempat. Buat anggaran berapa byk kau nak pakai dlm sehari & keluarkan duit tu siap2 & letak dlm wallet atau poket. Pakai money belt kalau ada. Sorok duit tu ikut kreativiti & kepandaian kau.

Nasihat aku, tak payah nak bawa cash banyak sgt. Cukup kau top-up kan kad BigPay siap2 & hanya swipe atau withdraw dari ATM bila dah sampai negara org. Sebabnya, kalau kau nak beli ticket train atau metro atau bas di sesetengah negara, mesin ticket hanya terima kad & bukan cash. Sama juga kalau nak booking hotel. Mostly hotel akan terus caj kad kredit & hanya sesetengah hotel yg ada option “pay at the property”.

Akhir kata: Bring some cash & bring at least 2 credit cards (one is of course BigPay) as back-ups.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s