Jangan Ingat Semuanya Indah di Europe #tips

Benda2 yg perlu kau take note sebelum jejak ke bumi Europe utk mengelakkan kau kena kejutan budaya kat sana & utk mengelakkan kau ditipu. Be an informed traveller, not an ignorant traveller.

Lif & escalator jarang2 ada. Kalau ada pun, tak berfungsi. Mana yg bawa luggage besar & berat tu, pandai2 lah nak hidup. Lagi2 kalau melibatkan transfer & terpaksa jln jauh, naik turun tangga.

Tren atau pengangkutan awam sgt kotor baik dari dalaman mahupun luaran. Exterior penuh dgn grafitti (termasuk yg lucah), simbahan cat & lukisan lucah. Dalaman pula seat kotor, dinding penuh grafitti, chewing gum merata, lantai basah dgn air kencing & berbau hancing. Kat dinding stesen, kat landasan pun penuh dgn grafitti.

Golongan belia & gangster wannabe akan “tumpang” skali bila kau nak masuk palang tiket utk ke tren. Diorang sanggup tunggu org yg beli tiket & ikut belakang rapat2 utk masuk sekali. Atau lagi teruk, diorg terus lompat palang atau terajang palang utk melepasi sebab diorg takda tiket.

Golongan homeless sgt ramai. Diorang akan tido kat lorong2, taman2 atau mana2 sahaja yang ada tempat utk baring membuatkan kau rasa tak selesa nak lalu.

Golongan “refugees” pun ramai. Dgn muka tak malu dtg kat kau tadah tgn & direct ckp “money”. Ada yang buat muka kesian, dukung budak kecil sambil tunjuk kan botol susu kosong. Ada juga golongan muda yg buat cerita sedih kononnya takda duit nak beli tiket utk balik ke negara asal. Ada yg bila kau ckp kau dari Malaysia, dia akan jaja cerita kononnya dia dari Syria (nak meraih simpati sebab Malaysia kan negara Muslim; konon2 tolong saudara sendiri lah kan). Ada juga yg ckp dia menganggur, takda kerja sebab org tak nak ambik dia bekerja, duduk dgn ayah & takda duit nak makan. Terpulang pada kau nak bagi ke tak. Kalau aku, dia dtg kat aku ckp “money”, aku ckp balik “you want money? Go work”.

Pickpockets tersgt banyak lagi2 di dlm tren, bas atau tempat2 yg penuh pelancong. Jgn sesekali letak duit atau brg berharga dlm beg atau dlm poket. Yg paling penting, jgn berpakaian mewah, jln gedik2 bawa handbag dgn spec mata hitam atas kepala, pastu dgn high heels nya. You look like a freaking rich tourist! Patut lah kena rompak 😏. Just dress normally & blend in. Pakai money belt, tgn sentiasa pegang poket, jgn main phone, jgn pakai earphones & jgn berdiri di kawasan ramai org (terutama dlm tren).

Golongan Africans /kulit hitam sgt ramai yg berlegar di kawasan main attractions. Diorg akan berlagak friendly & tanya “where are you from?” atau nak high-five/fistbump dgn kau. Tak payah nak layan. Terus kan berjalan. Dan yg paling penting, jgn sesekali ambik bracelet atau gelang yg dia bagi. Dia akan ckp free tapi sebenarnya bukan free. Dia akan minta “donation” dari kau. Nampak je golongan ni kau cari jln lain & elak. Tak pun buat bodoh je. Dia tanya “where are you from?”, kau jawab je “Africa”. 🤭

Golongan peminta “tandatangan” pun ramai di kawasan tumpuan pelancong. Diorang akan dtg kat kau tunjuk board/borang & suruh kau tandatangan konon2 untuk sign petition for “a good cause” katanya. Untuk tolong children lah, untuk AIDS lah & mcm2. Konon2 nak kumpul tandatangan je, free je. Tp lepas kau sign, dia akan ugut kau & minta duit. Nampak je golongan mcm tu, buat bodoh je. Buat2 tak nampak diorang.

Kalau beli makanan kat McDonald’s atau mana2 fast food, sos tomato tak dibagi free ye. Kena beli. Sos cili diorang pun tak sedap. Sos cili diorang sebenarnya ialah pes cili yg sememangnya cili. Takda rasa manis mcm sos cili kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s