JANGAN LUPA 12 BENDA NI BILA PERGI BACKPACKING!!

Bila kau backpack ke negara org, ada beberapa benda yg wajib kau bawa. Benda yg kadang2 org terlepas pandang.

Kat sini aku senaraikan benda yg kau kena bawa tiap kali kau ke negara org terutama kalau kau seorg budget backpacker & banyak bermalam di hostel:

1. Travel adaptor

IMG_20181022_200030

– Jangan pernah sekali kau tinggalkan benda yg paling penting ni! Nangis tak berlagu kau nanti.

2. Extension socket

IMG_20181022_200856
– Bawa yg dua kepala cukup. Mostly katil hanya ada satu socket & kau at least ada 2 benda yg nak dicas; handphone & powerbank

3. Pad lock

IMG_20181022_195829
– Ada hostel yg akan sediakan locker tp kau kena bawa pad lock sendiri. Bawa yg kecil, jgn bawa pad lock besar mcm nak kunci pagar rumah. Preferably yg tangkai nipis, jgn tebal sgt.

Aku biasa bawa 2 jenis; yg besar utk locker & yg kecil utk beg

4. Selipar jamban

IMG_20181022_201252
– Kalau kau duduk hostel, biasa lantai kotor sbb diorg pakai kasut dlm bilik. Dan boleh juga pakai masa ke toilet atau untuk mandi

P/S: Bawa selipar getah biasa, jgn yg berbulu mcm dlm gambar. Selipar biasa aku tertinggal, hny yg ni ada dijual kat kedai masa tu.

5. Bed sheet / selimut & sarung bantal

IMG_20181022_200509
– Ada sesetengah hostel kebanyakkan di Europe takda bagi bed sheet so kena sewa. Kalau kau tak kisah byr, go ahead. Kalau nak jimat duit, bawa sendiri. Bkn berat pun.

Aku pakai selimut dlm gambar sebagai alas

P/S: Thank you Malaysia Airlines for the blanket. Jasamu dikenang

6. Sellotape

IMG_20181022_195729
-Aku byk guna utk sellotape barang makan mcm roti, biskut bila tak habis makan. Dan boleh guna utk lekat duit bila nak sorok.

7. Tuala Mandi

IMG_20181022_200310
-Byk hostel memang takkan bg tuala; kena sewa

8. Wet wipes
IMG_20181022_200220

-Ini penting utk kebersihan diri. Aku lagi prefer bawa wet wipes dari hand sanitiser sebab hand sanitiser leceh bila nak kena scan (liquid) kat airport

9. Sudu

IMG_20181022_195942
-Kalau kau seorg budget backpacker yg berjimat dlm bab makan, sudu wajib dibawa dlm beg ke mana shj. Bila beli makanan dlm tin, beli fruit jam atau nasi dlm pouch, boleh terus mkn di mana shj. Tak payah tunggu blk hostel.

10. Benang & jarum

IMG_20181022_200649
-Penting di masa kecemasan bila baju, seluar atau beg koyak. Ada sekali beg aku koyak, terus ambil jarum & benang jahit. Tak payah buang masa pergi kedai satu persatu utk cari)

11. Ear plugs

IMG_20181022_201013
-Kalau kau seorg light sleeper & bermlm pula di hostel, ini sgt penting utk tidur yg lena. Boleh block segala bunyi org (ke perkataan 🐷 lebih sesuai? 🤔) berdengkur, org bercakap & bunyi dubdubdub dari pub kat bawah.

12. Day pack

IMG_20181022_200112
-Atau beg galas kain mudah lipat. Beg besar tinggalkan di hostel atau locker, masukkan segala benda penting dlm day pack & galas ke mana shj kau pergi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s