Oh my God! It’s been a long long time since I’ve been on here! Unfortunately, I am still alive *heavy breathing*.
For the number of times I’ve been to Japan (ahem….10 exactly), I’ve been asked the golden question, “How much does it cost to travel to Japan?”. Well, for my fellow rakyat, this one’s for you!
Let’s break it down from flights to transportation, to food and accommodation:
Full service airlines that I’ve used in the past are Philippines Airline (PAL), Vietnam Airline, All Nippon Airways (ANA). These airlines come with on-board meals and at least 40kg check-in baggage allowance. I wouldn’t recommend low-cost airlines like Scoot or Airasia unless you can get them under RM1000 for return trip.
PART 2: TRANSPORTATION
Transportation (subway/metro) per day on average say you travel around 4-5 stations: 1000 yen (RM30). If you want cheaper, get day passes.
Or look up regional train passes, or tourist pass like Kansai Thru Pass, JR Pass etc. You’ve got to do your own research on this.
2) Halal Ramen at restaurants ~1500 yen (RM45). Halal meals are most definitely more expensive. Non halal ramen are usually 600-700 yen (RM20).
3) Gyoza ~600 yen (RM18)
4) Mineral water 500ml ~70 yen (RM2.10)
5) Canned coffee ~160 yen (RM4.80)
6) Wagyu beef set ~10,000 yen (RM300)
Lunch are much cheaper than dinner. Even for the same meal, say ramen, you’ll pay 1400 yen during lunch time but it costs 1800 yen for dinner. And it costs much more if you request for English menu, so don’t.
PART 4: ENTRANCE FEES
Entrance fees to castles, gardens: Between 300 yen (RM9) to 800 yen (RM24)
Of course for places like Universal Studios Osaka or Tokyo Disneyland are much more expensive.
PART 5: SHOPPING
Souvenirs (magnets, keychains) : ~550 yen (RM15) per piece
Anime figurines/Gundam: Starting 1200 yen (RM36). Depends on quality, size.
Gachapon starts from 200 yen (RM6) and can go up to 1000 yen (RM30).
PART 6: ACCOMMODATION
1) Capsule hotel ~RM85 per night (location & season dependent)
2) Shared dorms ~RM60 per night (location & season dependent)
3) Private rooms (tatami style) ~RM150 per night (location & season dependent)
4) Proper hotel (deluxe room, executive) ~RM250 per night (location & season dependent)
Let’s do a quick costing for 6 days 5 nights trip from Miri (for my Kenyalang peeps) to Tokyo. We’ll keep the budget to a minimum.
Flight KUL-HAN (return)
RM1,400.00
Flight MYY-KUL (return)
RM500.00
Travel Insurance
RM50.00
Sim card 7 days
RM60.00
Capsule hotel for 5 nights
RM450.00
Transport
RM450.00
Food (konbini breakfast, lunch & dinner at restaurants plus some snacks)
RM972.00
Entrance fees to 6 main tourist spots
RM108.00
RM3,990.00
FYI, the costs above is for solo traveller. Obviously if you want to keep your costs as low as possible, it’s best if you stick to one city for the duration of your trip. You can’t expect the same costs if you include Osaka or Hiroshima. Hopefully this helps you on your budgeting whenever you’re planning for your Japan trip.
Aku rasa dah boleh dah tukar nama blog dari thetravellingsarawakian ke I-Only-Travel-To-Japan-And-Nowhere-Else. Teehee. Bukan apa. Aku suka ke Jepun sebab dia negara yang tak complicated, negara moden, pengangkutan awam senang, flight pun still murah, belanja kat sana mahal pun tak sangat (affordable lah) dan tiap kali pergi, memang akan ada benda/tempat baru untuk ditengok dan dilawati. Memang kau takkan rasa bosan. Aku gerenti!
Macam biasa aku pilih bulan Januari untuk ke Jepun sebab travel di bulan pertama ibarat “mukadimah” bagi aku. Fikir2 mana lagi yang aku nak pergi. Tengok flight ke Osaka murah jadi ke Osaka lah kita! Rasa ni dah kali ketiga aku ke Osaka tapi aku tak nak explore sangat Osaka tapi lebih kepada nak explore tempat2 yang boleh day trip dari Osaka. Kiranya aku jadikan Osaka sebagai base aku dan akan bergerak ke bandar2 lain dengan menggunakan Shinkansen atau Bullet Train.
Bulan Januari masih musim sejuk di Osaka dan Jepun secara amnya tapi Osaka tak dilanda salji. Kalau keluar dari Osaka, yes ada salji sepertimana yang aku lalui sepanjang seminggu di Jepun. Bukan salji biasa tapi ribut salji! Sebelum aku pergi dah macam2 berlaku di Tokyo khususnya – gempa bumi, ribut salji sampai banyak flight kena cancel, airport tutup gara2 ada 2 insiden perlanggaran kapal terbang sampai kes pertama kapal terbang terbakar dan meragut 5 nyawa. Tapi semuanya baik2 saja sepanjang aku di Osaka dan sekitarnya. Osaka ada lah terkena tempias ribut salji dari bandar lain yang membuatkan Osaka sejuk lain macam!
Anyway, aku sampai di Osaka dalam pukul 2.30 petang dengan menaiki Philippines Airlines (macam biasa) dan macam biasa aku impressed dengan servis yang diberikan. Bagi aku harga flight berbaloi, selesa, entertainment on point, kenyang dan seat luas. Memandangkan hari dah petang dan gelap awal, aku terus check in di Backpackers Hostel Toyo. Kali ni aku tak splurge. Aku amek Japanese style tatami room without attached bathroom and aircond/heater; semalam dalam RM52. Masa booking aku terlepas pandang yang bilik tu takda aircond/heater. Jadinya memang sejuk lah bilik tu tapi nasib baik ada selimut bulu itik dan electric feet warmer jadi boleh lah tidur dengan nyenyak. Dekat hostel aku ada Mega Don Quijote dan petang tu jugak aku kena rasuk untuk shopping. Tapi dah ni hari pertama aku survey2 harga dulu sebelum beli. Nak tengok apa yang nak dibeli dan nak banding dengan tempat lain.
Day 1 tak ke mana sangat cuma ke HEP FIVE (Namco Bandai Store nak main gashapon) dan ke Dotonbori Street untuk cari makanan. Memandangkan hari tu hari Ahad, Dotonbori tu dah macam lautan manusia. Nak beli makanan kena beratur panjang dan sampai ada yang dah sold out. Macam biasa aku beli Takoyaki dan 10-yen cheese bread (yang macam kat Myeongdeong).
Kedai Namco Bandai kat Osaka ni tak best macam kat Fukuoka sebab machine dia tak banyak & tak best. Macam semadi nadai (Iban for asal ada).
Hari pun dah lewat jadinya aku balik ke hostel tapi sebelum tu kena lah singgah di Donki. Petang tadi dah survey2 sekarang tiba masanya untuk membeli! Tak lain tak bukan aku akan cari matcha powder, chocolates, sun block , pencuci muka, scrub dan macam2 lagi. Aku dah lah penat, tak tido semalaman, pastu layout Donki ni macam sempit & susah cari jalan keluar sebab diorang tak nak kau balik. Donki kat Lot 10 pun konsep yang sama. Rasa nak nangis & lepas shopping terus balik hostel terbongkang atas lantai.
Aku dah beli JR Kansai Wide 5-day Pass jadinya day 2 aku ke Kobe. Sebelum ni aku pernah sampai tapi tak explore sangat. Lokasi pertama ialah Ikuta Jinja iaitu Shinto shrine yang terletak di tengah bandar; kecik saja tempatnya pusing2 15 minit setel. It’s a typical Japanese shrine with Torii gates all around, rocks for prayers, intricate prayer hall.
Lokasi kedua Sorakuen iaitu Japanese Zen Garden. Garden ni unik sebab ada bangunan konsep Eropah sebab dulu tempat ni milik seorang ahli perniagaan Inggeris/India- Mr. J.K. Hassam. Sorakuen ni tak besar dan cantik tapi tak secantik Kenrokuen di Kanazawa. Dia macam ala2 Rakusuien di Fukuoka.
Dah puas healing aku ke Nankinmachi atau Kobe Chinatown. Sini macam Petaling Street, kiri kanan tanglung, Chinese food, orang2 Cina. Sini takda benda yang boleh dimakan ya. Banyak ke arah pork2. Harap maklum. Rata2 jual makanan yang sama, tak macam Dotonbori pelbagai.
Lepas tu aku menapak jauh ke Meriken Park yang terletak tepi laut. Sini landmark famous ialah sign Be Kobe dan Kobe Port Tower. Tempat dia besar ada dataran (ala2 waterfront di Kuching), ada navy museum dan boleh lepak sambil menghirup udara laut. Nama Meriken diambil dari nama America sebab dia terletak berdekatan dengan Konsulat US. Hari aku pergi tu muzium tutup (Isnin tutup) so tak dapat lah masuk.
Dan destinasi terakhir aku di Kobe dan tempat yang aku nak sangat2 pergi ialah Tetsujin 28-go Statue atau Gigantor (nama glamer kat US).
Sebelum ni dah tengok Giant Gundam di serata Jepun kali ni nak tengok robot lain pula. Pelukis komik Tetsujin 28-go iaitu Mitsuteru Yokoyama berasal dari Kobe dan jadi simbol untuk warga Kobe. Sejarah terbinanya robot ni di Kobe ialah sebagai pelindung bandar Kobe dari serangan gempa bumi. Tapi malangnya robot pun tak dapat nak menghalang kuasa Tuhan sebab Kobe masih juga dilanda gempa bumi. Robot ini menjadi sumber kekuatan dan inspirasi untuk warga Kobe bangkit semula dari kehancuran yang melanda. Begitu lah dia sedikit sebanyak cerita di sebalik robot gergasi ini.
Day 3 ke Okayama, bandar yang aku belum pernah jejak kaki. Perjalanan dari Osaka ke Okayama dengan Shinkansen dalam 1.5 jam. Cuaca mendung dan sangat sejuk, lagi sejuk dari Osaka. Destinasi pertama ialah Okayama Castle.
Castle ni unik sebab dia warna hitam. Ingat lagi masa aku ke Matsumoto Castle, aku kagum tengok warna hitam sebab kebanyakan castle di Jepun berwarna putih. Okayama castle kecik lagi berbanding Matsumoto Castle; ada 6 tingkat tak silap tapi setiap tingkat tu tak luas. Ada pelbagai pameran barang2 shogun dan perang. Tapi satu sahaja slack kalau pergi tempat yang tak berapa menjadi tumpuan pelancong; setiap papan tanda atau cerita asal usul takda dalam Bahasa Inggeris, lebih kepada Bahasa Jepun. But it’s okay, tengok2 ja lah. Dan kat sini jugak aku belajar sesuatu yang baru. Tahukah anda tinggi Shogun (ketua tentera) cuma 155cm? Rendah kan!
Okayama Castle terletak bersebelahan dengan Korakuen – one of the most beautiful gardens in Japan. Di sini jugak turunnya salji renyai2. Korakuen ni besar nak mampus dan banyak terdapat tanaman seperti pelbagai jenis bunga, pokok buluh dan padi. Yes padi! Tapi sekarang musim sejuk kan jadi tanamannya nan hado! Kalau musim padi ada buat pesta menuai. I bet it’s amazing in springtime! Sini ada banyak itik – warna hitam jugak bersempena Okayama Castle. Hehe.
Satu benda yang aku sangat excited nak naik sejak aku dapat tahu kewujudannya ialah jeng jeng jeng – Hello Kitty Shinkansen! Sanggup beb beli tiket harga RM86 untuk perjalanan 15 minit semata-mata nak naik. Aku punya JR Wide Pass tak valid tapi kalau kau ada JR Rail Pass, free. Hanya ada 2 train sehari iaitu untuk pergi dan balik. Jadi kau kena pastikan timing cun sebelum naik. Perjalanan 15 minit aku dari Okayama ke Shin Kurashiki. Exterior dan interior dia memang full Hello Kiity lagi2 untuk Green Car (seat mahal). Aku yang bukan peminat Hello Kitty ni pun teruja apatah lagi untuk yang obsess dengan Hello Kitty.
Dalam train tu boleh jalan dari satu coach ke coach yang lain sebab design dia lain2. Dekat coach hujung sekali ada café merangkap kedai souvenir. Coach kedua hujung (Green Car) warna purple, pink, seat Hello Kitty, carpet Hello Kitty & ada patung Hello Kitty kalau nak bergambar. Untuk Ordinary Car (Economy) seat dia biasa ja warna kelabu takda Hello Kitty. Aku tak sempat duduk pun, banyak explore lagipun perjalanan 15 minit Sahaja. Kalau kau minat denim atau jeans, Kurashiki ialah tempat lahirnya industry jeans di Jepun. Ada satu tempat yang memang khas untuk peminat denim iaitu Denim Street.
Sampai Kurashiki salji turun dengan lebat sampai train pun delay. Kurashiki ni sebenarnya lagi cantik kalau datang waktu summer atau spring. Sebab main attraction dia ialah canal. Ala2 di Venice duduk atas sampan kayu menikmati keindahan sepanjang canal. Tapi musim sejuk sampan tak bergerak sebab tak ramai pelancong.
Kedai2 pun banyak tak bukak. Area Okayama/Kurashiki terkenal dengan buah peach & anggur muscat. Aku nak merasa sebenarnya tapi dah kedai tak bukak, kecewa lah jadinya. This is the downside to travelling in low season. Sebelum balik aku singgah di Achi Jinja yang terletak di atas bukit. Pastikan stamina kuat sebab kena naik tangga yang tinggi macam takda penghujung!
Lewat petang balik ke Osaka dan aku ke Honolulu Ramen untuk dinner. Ini rasanya cawangan kedua. Aku pernah ke Honolulu Ramen di Ebisu, Tokyo. Kedai milik adik beradik, sorang di Tokyo, sorang di Osaka. Rasanya tetap sama, kuah ramen pekat, gyoza sedap cuma agak mahal lah kalau nak dibandingkan dengan kedai ramen yang non halal.
Day 4 juga ke tempat yang aku belum pernah pergi iaitu Koyasan atau Mount Koya. Ni hari yang paling ditunggu-tunggu sebab dalam website tempat dia nampak sangat magnificent. Koyasan ialah pusat Shingon Buddhism. Kalau kau penganut Buddha, kau boleh bertapa dan bermalam di sini bersama sami2, mcm pilgrimage la. Mcm org Islam pergi Mekah, orang Yahudi pergi Jerusalem, orang Catholic pergi Vatican, lebih kurang la. Tempat tidur dan makan disediakan (berbayar macam hotel). Perjalanan panjang dari Osaka ke Koyasan dalam 3 jam; mula2 naik train lepas tu naik cable car sebab Koyasan terletak 867m dari paras laut, dan akhir sekali naik bas untuk ke pusat bandar (Senjuinbashi). Sepanjang perjalanan salji turun dan sampai ja di Koyasan ribut salji melanda. Sejuk gila sampai aku dah menggigil dan gigi ketap2! Koyasan ni memang kena berjalan sebab bas tak lalu sebab tempat2 menarik within walking distance. Kalau hari bagus, takda masalah berjalan tapi bila dah ribut salji ni, 5 minit berjalan dah jadi 20 minit dengan salji paras buku lali. Destinasi pertama aku ialah Kongobuji, temple yang dibina oleh Toyotomi Hideyoshi sempena mengingati kematian ibunya. Memang nampak sangat magnificent and magical bila salji menutupi luaran temple. Mcm fairytale!
Temple ni agak besar dengan pelbagai bilik dan semestinya payah nak jumpa explanation atau sejarah dalam Bahasa Inggeris. Dlm salah sebuah bilik tu Toyotomi telah membunuh diri. Kat temple di jugak ada Banryutei Rock Garden, tapi telah ditutupi oleh salji tebal jadi tak berapa nak nampak. Garden ni ialah yang terbesar di Jepun.
Dari Kongobuji aku menempuh jalan yang penuh berliku ke Tokugawa Mausoleum milik keluarga Tokugawa. Terdapat tiga bangunan di sini yang nampak hampir serupa. Takda apa sangat pun di sini; lebih kurang macam Makam Mahsuri di Langkawi. It’s to pay respect.
Salji makin lebat, aku gagahi jugak untuk ke Danjo Garan Temple Complex. Tempat ni sangat2 besar dan terbahagi kepada beberapa landmark seperti Kodo Hall, Konpon Daito Pagoda, Koya Myojin Shrine. Keseluruhan ada dalam 20 struktur. Pagoda oren merah tu nampak sangat wow berlatarbelakangkan salji putih! Suasana sini sangat sunyi sepi, masa aku sampai hanya aku seorang ja pelancong. Ada lah 2,3 sami keluar masuk complex tu.
Ribut salji makin lebat, dah la takda tempat berteduh. Aku dah hampir beku, jadinya aku buat keputusan untuk cari café yang terdekat untuk memanaskan diri. Tapi hampeh, sampai ja café ada 1 ja portable heater, tu pun di conquer oleh sorang mamat ni. Janji dapat berteduh sementara tunggu bas datang. Satu ja tempat yang aku tak dapat pergi iaitu Okunoin atau kubur Buddhism paling besar di Jepun (lebih kurang 200 ribu kubur) sebab salji makin lebat dan perjalanan ke sana naik bas dlm 30 minit dan kena jalan kaki pula lebih kurang 2km. Kalau hari bagus 2km dalam setengah jam sampai, tapi kalau dah ribut salji agak2 berapa jam? Dah la bas pun tak kerap; 1 bas dalam 2-3 jam baru ada. Dengan takda bus stop untuk berteduh. Aku amek keputusan untuk tidak pergi ke Okunoin; there will be a next time! Dah la train delay gara2 ribut, sampai Osaka lewat petang.
Day 5 ke Uji, pun tak pernah pergi. Dekat ja dengan Osaka dalam 1 jam naik train. Uji ni tempat famous matcha. Kalau kat Sabah ada Sabah Tea, kat Cameron ada Cameron Tea, kat Uji ada Uji Matcha. Green tea dan matcha dari Uji sangat terkenal di Jepun dan serata dunia kerana kualitinya. Apa beza green tea & matcha? Tanaman yang sama cuma cara tuaian & pemprosesan lain. Matcha warna hijaunya terang & cantik manakala green tea ada gelap sikit sebab green tea ditanam & dipetik di luar manakala matcha dilindung dari cahaya matahari sebelum dipetik. Sebab tu matcha lebih pekat & ada tinggal serdak kat bawah cawan kalau dibandingkan dengan green tea yang mudah larut. Kat Uji ni kalau nak beli produk matcha atau berasaskan matcha mcm coklat, biskut ada murah sikit berbanding bandar lain. Ada produk yang langsung tak jumpa kat bandar lain, eksklusif di Uji ja.
Uji di bagi aku ada vibe kuno/klasik/kampung sikit & agak romantic. I don’t know how else to describe it. The most famous temple in Uji is Byodoin Temple yang ada Phoenix Hall dengan patung Buddha. Personally, temple ni cantik walaupun tak besar sebab dia terletak atas air.
Kalau nak masuk Phoenix Hall kena bayar asing sebab dia ada sekali dengan 15 minit tour. Malangnya, tour nya dalam Bahasa Jepun jadi tengok2, angguk2 ja la. Dari Byodoin Temple aku merentasi salah satu jambatan yang terdapat di Uji ni untuk ke Ujigami Shrine and Koshoji Temple. Dua tempat ni kecil ja takda apa sangat cuma Koshoji Temple boleh explore interior & tengok garden dia. Masa kat sini, aku sorang ja makhluk yang ada. Orang reception pun takda, kena beli tiket dari mesin.
Dari sini aku merentas jambatan lagi tapi kali ni salah satu jambatan tertua di Jepun iaitu Ujibashi Bridge. Cuaca sejuk & sekali sekala turun salji.
Tempat terakhir ialah Mimurotoji Temple di mana kena berjalan 40 minit untuk sampai. Mimurotoji Temple ni sebenarnya cantik kalau datang pada musim bunga sebab ia terkenal sebagai Flower Temple sebab dikelilingi pokok2 bunga. Sebelah temple ni ada garden tapi musim sejuk nan hado lah bunganya.
Sebelum balik ke Osaka, aku singgah di salah sebuah Tea House untuk menikmati secawan Uji matcha. Uji matcha ni banyak gred; ada yang murah ada yang mahal, ada yang pahit ada yang light. Kalau minum matcha dia datang sekali dengan wagashi atau manisan. Aku minum yang light sebab risau overdose caffeine tak dapat tidur malam. Matcha dia rasa clean dan smooth. Kalau nak beli matcha powder yang premium grade, satu tin kecil sampai beratus ringgit!
Hari terakhir aku di Osaka bermula dengan breakfast di Kuromon Market iaitu market terbesar di Osaka. Dia ala2 Tsukiji market di Tokyo. Bermacam fresh seafood, sushi dijual. Aku pilih unagi (belut) & hotate (scallop) bakar. Harga setiap kedai sama ja cuma portion lain2. Takoyaki pun aku beli (ada 1 ja kedai jual Takoyaki) & strawberry mochi (tak sedap & besar macam Tsukiji Market).
Dari Kuromon Market aku berjalan ke Den Den Town. Kalau kau Otaku atau minat segala mak nenek manga, sila lah datang sini. Rata2 harga untuk figurines nampak reasonable. Ramai budak2 & bapak budak Jepun lepak & beli barang kat sini. Cuma takda lah cosplayer sini macam Harajuku. Den Den Town ni macam nak arwah dah sebab kedai banyak dah tutup & tak happening macam dulu2.
Tengah hari aku bergerak ke Universal City; tak ke Universal Studio pun cuma tengok dari luar sebab aku nak ke Hard Rock Café beli baju kiriman orang. Sejak ada vertigo ni aku tak dapat dah nak naik roller coaster atau ride yang berpusing-pusing. Hard Rock Café sekarang bukan macam dulu di mana design baju2 dia lawa; sekarang ni buruk betul design, dah la kualiti kain teruk. Harga tetap maintain. Ingat nak beli satu untuk diri sendiri tapi design takda yang memikat hati. Singgah kejap kat kedai Universal Studio. Dah pegang2, testing2 topi Super Mario tapi last2 tak beli pun sebab dah lari budgetnya. Next time lah datang lagi dengan duit berkepuk baru beli.
Setel balik hotel kejap rehat sebab petang ni excited nak ke Tsutenkaku Tower untuk cuba Tower Slider. Ni pun aku baru tau kewujudannnya. Pergi petang ingatkan tak ramai lah manusia, tapi sampai2 ja kena beratur sejam baru dpt main. Tower Slider ni gelongsor indoor takda lah mencabar, dalam 2 minit dah setel. Beratur bukan main lama tapi main nya sekejap. Aku dengan vertigo nya lepas main tu tingtong kejap. Nasib tak lama effect dia. Was it worth it? Boleh lah kalau nak try untuk pertama kali. Kali kedua, ketiga nope!
Malam tu aku lepak kat Dotonbori lagi untuk tengok Glico Man buat kali terakhir – for now. Untuk dinner aku nak try Matsuri, satu-satunya kedai halal yang ada jual Okonomiyaki & Takoyaki halal kat Osaka. Kedai ni macam payah sikit; dia bukak & tutup ikut suka hati dia sebab dia lah owner, dia lah waiter, dia lah chef. Beberapa malam sebelum ni aku ada datang, dlm Google tulis bukak tapi bila sampai “we are temporarily closed”. Baca review ada yang cakap ok, ada yang cakap teruk; 50-50. Aku gamble lah & order chicken ramen & okonomiyaki. Ramen dia ok cuma aku prefer yang kat Honoloulu Ramen walaupun harga dia murah sikit dari Honolulu. Okonomiyaki dia terlalu bersos & cair2 tapi isi (sotong, hotate) dia banyak. Aku bagi overall 3.5/5. Boleh lah nak buat rasa2.
Overall trip kali ni banyak ke tempat2 atau bandar2 baru yang aku tak pernah jejak. Semua boleh day trip dari Osaka. Area Kansai ni banyak jenis tourist pass yang ada; kena pandai2 pilih & sesuaikan ikut masa & itinerari korang. Macam mula2 research nak beli Kansai Thru Pass tapi pilih kira2 balik, better amek JR Wide Pass sebab dapat jimat masa & costing tak lari sangat. Banyak benda dapat jimat kalau beli pass, tiket entrance, tiket bus etc online sebelum pergi. It’s all up to you!
Rata-rata mesti dah tau yang Japan Rail Pass (JR Pass) dah naik harga sejak 1 Oktober 2023. Naik bukan sikit tapi sampai 70%! Aku pernah pakai JR Pass ni 2 kali pada tahun 2016 & 2018; yang 7 hari dan yang 14 hari. Masa tu sangat lah berbaloi memandangkan base aku adalah di Osaka dan aku pergi sampai ke Tokyo, Yokohama balik hari! Hampir tiap hari aku ulang alik – breakfast di Osaka, lunch di Kyoto dan dinner di Tokyo. Sebab apa? Sebab boleh dik!
Type
Current Price
New Price
Increase %
Regular 7 days
¥29,650
¥50,000
¥20,350 (69%)
Regular 14 days
¥47,250
¥80,000
¥32,750 (69%)
Regular 21 days
¥60,450
¥100,000
¥39,550 (65%)
Nampak tak betapa jauhnya beza harga dulu dengan sekarang! Nak beli JR Pass 7 hari pun dah RM1,644 (tukaran ¥1,000 = RM32.88), 14 hari dah RM2,630! Tapi jangan kalut dulu. Mari kita buat kaji selidik keberbaloian (is that even a word?) JR Pass yang dah naik harga ni.
Katakan kau landed di Osaka dan nak explore bandar-bandar terkenal macam Kyoto, Nara, Himeji, Hiroshima dan Tokyo tapi kau ada lebih kurang seminggu sahaja. Kau nak beli dan pakai JR Pass 7 hari sebab rasa murah dan mudah. Contoh lah itinerary kau macam kat bawah ni:
Day 1: Landed in Osaka (hari ni tak activate JR Pass lagi sebab sampai pun dah petang)
Day 2: Explore around Osaka. (jgn activate JR Pass lagi sebab dlm Osaka lebih byk pakai metro)
Day 3: Dari Osaka ke Kyoto. Activate day 1 JR Pass. Full day in Kyoto. Malam balik Osaka.
Day 4: Dari Osaka ke Nara. Day 2 JR Pass. Full day in Nara. Malam balik Osaka.
Day 5: Dari Osaka ke Hiroshima. Day 3 JR Pass. Full day in Hiroshima. Boleh juga nak add on trip ke Miyajima. Malam balik Osaka.
Day 6: Dari Osaka ke Himeji. Day 4 JR Pass. Full day in Himeji. Malam balik Osaka.
Day 7: Dari Osaka ke Tokyo. Day 5 JR Pass. Kira half day di Tokyo sebab perjalanan jauh. Bermalam di Tokyo.
Day 8: Explore Tokyo. Pergi Mount Fuji. Day 6 JR Pass. Bermalam di Tokyo.
Day 9: Dari Tokyo ke Osaka. Day 7 JR Pass. Malam balik KL.
Sekarang mari kita tengok berbaloi atau tidak JR Pass ni berdasarkan kira-kira di bawah ni! Note: harga transportation dalam area Osaka & Tokyo aku tak masukkan.
Take note yang JR Pass ni tak boleh naik Shinkansen jenis Mizuho & Nozomi (variant paling laju). Kalau nak naik, kena bayar extra. Jadi kiraan di atas based on Shinkansen biasa shj macam Sakura, Hikari, Kodama etc. Nampak macam berbaloi kan beli JR Pass baru ¥50,000 & dapat jimat ¥7,630 (RM250.87). TETAPI, ada tetapi nya. Kau boleh beli pass lain iaitu JR Kansai Hiroshima Area Pass di mana 5 hari baru ¥17,000 (RM558.96)! Kalau kau nak jugak merasa naik Shinkansen ke Tokyo, beli tanpa apa-apa pass:
Mahal sikit la kalau pakai JR Pass. Beza dalam RM172.95 sahaja. Kalau nak lagi murah, tak payah naik Shinkansen, naik overnight bus pun boleh. Contoh lah bajet kau tak cukup, tak payah lah pergi Hiroshima & Miyajima. Pergi area Kansai shj boleh pakai JR Kansai Area Pass 4 hari baru ¥7,000 (RM230.16) tambah lagi naik overnight bus dari Osaka ke Tokyo dan return baru ~¥12,000 (RM394.56). Total baru RM624.72; lebih separuh dari harga JR Pass.
Jadi untuk menjawab persoalan berbaloi atau tidak, kena tengok dan rancang perjalanan kau. Bagi aku, kalau dari Osaka pergi Tokyo balik hari, yes berbaloi. Satu yang aku suka pasal Jepun ni ialah dia sangat tourist-oriented di mana ada banyak jenis-jenis pass yang boleh dibeli. Yang penting kau kena tau mana nak pergi, naik apa. Boleh pakai app macam Hyperdia atau Navi Map untuk tau route dan harga. Sekian.
As per usual, after every trip I always list out all the money I’ve spent during my travels. This was my first time travelling to South Korea and I didn’t know what to expect – monetary wise. Sure I’ve looked at other people’s budgets and spending but still everybody’s budget is different depending on where you go, how you get to places, what you eat etc.
This was mine:
Spending In Seoul
RM 1,944.16
Pre-booked:
Flight MYY-KUL-MYY
RM 238.64
Flight KUL-ICN-KUL
RM 1,303.00
Hotel 5 nights
RM 400.72
Simcard
RM 48.32
K-eta
RM 37.50
Travel Insurance
RM 55.00
TOTAL
RM 4,027.34
Of course for every travel, the biggest chunk is the flight especially for me as I have to fly from my hometown to Kuala Lumpur to the destination. My spending in Seoul is RM 1,944.16 including food, entrances and shopping. If you don’t shop and stick to the basics, RM1,500 is absolutely doable for 5 days. Or even less than that if you stay at dorms or hostels.
Overall South Korea is cheaper compared to say Japan even though in terms of vibe or atmosphere, these two countries are comparable.
If y’all are interested in seeing every breakdown, every won spent, where I went, what I did, feel free to have a looksy at my itinerary/spending.
Aku teringin nak travel ke negara yang belum pernah pergi gara-gara nak tambahkan list aku dari 42 negara ke 43. Jadi manakah yang dekat? Korea Selatan la jawabnya. Aku ni anti Korea sebenarnya tapi demi capai matlamat, ku gagahi juga. Berdasarkan research yang aku buat pasal Seoul ni, aku agak was-was. Baca blog org, review semua mengatakan Korea ni murah. Jadi aku buatlah pre-budget and yes, aku cuma perlu dalam RM1500 untuk “survive” selama seminggu di Seoul. Challenge accepted!
Tengok flight, Batik Air agak murah memandangkan siap ada free baggage 20kg. Sambar! Aku taubat dah nak naik low cost airline mcm AirAsia, Scoot etc untuk travel overseas. First time naik Batik Air. OK lah cuma takda makan (kena bayar, Nampak lagi mahal dari AirAsia), takda in-flight entertainment, takda premium economy, first class etc, semua economy ja, ruang kaki depan luas sikit berbanding AirAsia. That’s my review on Batik Air.
First book flight, lepas tu baru book hotel. Hotel pun murah dlm RM400 untuk private room with bathroom. Lagi 1 taubat dah nak duduk hostel, dorm. I dah upgrade nok dari backpacker murahan ke traveller mid-range! Teehee. Hotel dia macam hotel capsule sikit, agak sempit but selesa jugak, Cuma attached dengan private bathroom, katil single, ada meja study. Free washing machine, boleh masak, ada peti sejuk untuk letak barang, ada water dispense (jimat takyah beli air botol).
Next baru apply K-eta or dlm kata lain “Visa Korea”. Tak sampai 15 minit apply & submit, dah approved. Tapi once dah dapat approval, tengok apahal nama aku terbalik! Masa apply dah betul dah surname (nama bapak) & given name (nama sendiri). Cuak tengok nama dlm K-eta tu lain susunan daripada nama tertera dlm passport. Dah la kat situ letak nama kena sama ikut passport, kalau tak entry denied. Tawakal je la. Nasib baik sempat. Easy peasy – tunjuk passport, tunjuk K-eta done!
Aku sampai Seoul dlm 6 pagi, naik subway biasa (ada Airport express tapi mahal la) terus ke hotel untuk letak beg (takleh check-in lagi) dan bermula lah adventure aku! Day 1 aku main dekat2 hotel dulu. Pergi area Ikseon-Dong shopping street, pergi minum coffee dekat café viral “Cheong Su Dang”. Viral sebab environment dia macam zen garden sikit (insta famous la), and terkenal dengan stone ground coffee & souffle cake.
Dah kenyang pergi ke Jongmyo Shrine untuk melawat. Kebanyakan shrine kat Seoul lebih kurang dengan Tokyo. Tengah hari sikit aku ke area Insadong. Hari Ahad is car free day kat Insadong Shopping Street. Street ni lebih kepada arts & craft. Kalau kau seorang yang minat dengan benda2 creative, handmade, this is the street for you. Berdekatan ialah Seoul Jogyesa Temple – a Buddhist temple. Masa aku sampai, orang Tengah sembahyang. Temple dia cantik, penuh dengan bunga2 & takda lah besar sangat. A nice temple in the middle of the city.
Belah petang pula aku ke Seoul Forest untuk lepak2. Kawasan dia besar and sesuai untuk bawa family bersantai, main skateboard, berbasikal, jogging, main dengan anjing, tengok kandang Arnab (kandang rusa masa tu tutup) .
Memandangkan hari tu hari Ahad, so sangat ramai warga Korea kat sana beriadah. Balik dari Seoul Forest terus ke hotel sebab hari pun dah gelap, aku pun dah penat, mana taknya, tak tido semalaman. Timing kat Seoul ni macam kat Sarawak sikit – pagi awal cerah, malam awal gelap.
Day 2 hari yang ditunggu-tunggu. Attraction Utama hari ni ialah Gyeongbokgung Palace – istana paling terkenal kat Seoul. Tips paling penting kalau nak berjalan kat Seoul ni ialah sila datang awal! Pukul 9 dia bukak, 8.50 kau dah kena terpacak depan kaunter tiket. Dia bukak pintu je terus masuk, sightseeing, amek gambar, selfie2. Kau lambat setengah jam ja, orang dah macam semut, memang payah dapat gambar cantik.
Gyeongbokgung Palace ni tempat dia sangat besar – masa beli tiket tu amek sekali map, senang kau tengok mana dah pergi mana belum. Digalakkan spend kurang2 3 jam. Oh ya, pukul 10 pagi and 2 petang ada Changing of the Guards kat main entrance. Pastikan 15 minit sebelum kau dah terpacak kat depan, kalau tak sepatah haram tak nampak. Perarakan tu amek masa 15 minit dan tersangat lah mengagumkan! Worth it!
Setel Gyeongbokgung Palace aku pergi satu market ni tapi tak ingat nama. Dia besar – ada bahagian jual kain, ada jual makanan. Macam pasar kat Bandung tu tapi setingkat ja lah.
Aku shopping strawberry & buah tin kering. Satu paket kecik 10,000 won (RM36). Sedap weh! Tak tau macam mana dia buat/keringkan. Tapi lepas kau bukak plastic tu, make sure habiskan dalam 3-4 hari, kalau tak lemau!
Lepas rehat kejap kat hotel, petang tu aku ke Myeongdong untuk kali pertama. Tempat ni kan famous dengan shopping & street food. Tips – datang dalam pukul 6 petang ke atas baru meriah. Lagi lewat, lagi banyak vendor makanan berjual. Aku sampai awal & memandangkan aku tak makan dari pagi, aku ke Busan Jib, satu-satunya kedai halal kat sini. Satu yang aku suka, dia kedai halal yang authentic – meaning makanan yang memang Korea la, bukan taste Indon, bukan taste India, bukan taste Arab. Aku order Bulgogi untuk sorang makan & portion sangat besar tapi memandangkan aku lapar, of course habis!
Dah kenyang, aku gerak ke attraction berdekatan iaitu Myeong Dong Cathedral. Cari punya cari asal tak jumpa? Rupanya dia kat tingkat atas. Kena naik lift dari satu bangunan (mall kecik) baru la jumpa.
Quite nice place & design, dan sudah tentu tak dpt lawan cathedral kat France or Rome. Cantiklah jugak kalau nak banding kat Malaysia. Correct me if I’m wrong, don’t think we have cathedral in Malaysia – church yes. Jam pun dah pukul 6, aku gerak balik ke Myeongdong Street untuk misi mencari makanan!
Macam2 di jual, & please makan ikut “pegangan” masing2. Aku try lemonade & egg bread. Lemonade dia cider + lemon perah = sangat refreshing untuk diminum bila kau tengah kehausan. Egg bread tu interesting. Ibarat macam bun kosong tapi kau letak telur sebiji & stim kan. Rasa macam ada manis2 sikit & best bila dimakan panas2. Tapi agak muak la bagi aku even though I like eggs & bread. Kat sini ada jual macam2, tapi kebanyakan jual makanan yang sama – egg bread, coin bread, skewers, babi panggang, kimchi pancake. Selang beberapa gerai memang akan jumpa makanan yang sama, Cuma penjual ja lain. Aku nampak beberapa gerai jual beef/lamb skewer & ada tulis halal. Tapi aku macam was2 sebab entah, tak confident bila tengok penjual dia. So aku abaikan. Selain makanan, aku borong souvenir gak. Ada lah 2 gerai jual segala fridge magnet, keychain etc. Harga tak pasti murah ke mahal dari tempat lain sebab aku main amek ja sebab malas nak fikir. Tempat lain pun aku tak pergi survey2. So bab makanan aku hanya dpt try lemonade & egg bread ja sebab perut aku dah kenyang sangat & tek selesa. Seksa aku nak sampai hotel. Jalan kejap berhenti cari tempat duduk sebab rasa nak muntah pun ada. Pedih ulu hati beb!
Day 3 hari yang sangat packed sampai aku berjalan 22KM! Day 3 sambung sightseeing istana macam Changdeokgung Palace & Changgyeonggung Palace. 2 istana di berdekatan jadi tiada masalah. Yang Changdeokgung Palace ni ada Secret Garden di mana kau kena book in advance sebab slot limited. Aku tak pergi sebab 1) tak tau kewujudan tempat ni hinggalah aku terpacak depan kaunter tiket 2) harga dah over dari budget aku 3) bukan musim yang sesuai untuk melihat keindahan Secret Garden. 2 istana di agak kecik berbanding Gyeongbokgung Palace tapi still amek masa sejam gak la untuk melawat. Masa aku sampai, orang tak ramai sangat sebab banyak dah ke Secret Garden untuk tour. Dari sini, aku berjalan ke Bukchon Hanok Village – perumahan/kedai yang berkonsepkan design traditional. Sini penuh dengan pelancong yang cam-whoring dengan hanbok. Feel dia macam ala2 di Kyoto street menuju Kiyomizudera. Kalau kau nak berjalan kat sini, make sure stamina kuat. Dia punya curam! Tercungap2 gegirl!
Next aku gerak jauh sikit menuju ke area Seodaemun untuk ke Gyeonghuigung Palace. Cuma bila sampai tu macam agak kecewa sikit sebab place dia tak gah & cinonet ja. Quite boring actually. Penat ja jalan kaki jauh! Dari sini aku gerak ke Myeongdong untuk agenda Utama which is Seoul N Tower. Untuk ke sini banyak cara – naik bus, naik teksi atau jalan kaki pun boleh. Tapi aku naik free shuttle bus dari Myeongdong station (Exit 1) untuk ke entrance cable car. Seoul N Tower ni masa aku buat research mula2 agak confusing tau. Selain tower, dia ada banyak attraction lain macam Love Locks – tempat yang aku nak pergi. Untuk sampai ke tower atau attraction lain, nak tak nak kau kena naik cable car atau hiking sejam lebih. Which one do you think I chose? Naik cable car so-so, view takda lah menarik sangat. Perjalanan dalam 10 minit kot. Tapi bila dah sampai tu kau akan nampak padlock sana sini. Mangga rumah pun ada! Selain padlock, ada jugak orang letak casing phone. Siap conteng2 kat patung, railing, ukir kat batu, memang vandalism sungguh. Aku main area2 sini ja, tak naik pon observation deck kat N Tower tu. Sebab nak naik tu ada cost lain lagi. Baca review orang macam tak best & not recommended.
Dari N Tower tu aku gerak ke Namsangol Hanok Village. Kalau kat Kuching macam Sarawak Cultural Village. Rumah traditional terkumpul kat satu tempat. Besar betul area sini, dah la banyak rumah dia. Aku dah la penat dari pagi! Konsep dia untuk tunjuk rumah traditional orang zaman dulu2. Macam mana design rumah diorang, macam mana susunan dapur, bilik tidur, ruang tamu, stor & lain2. Ada lah perkakasan atau mesin2 zaman dahulu kala. Kalau kau datang pagi, dia ada macam2 pertunjukan atau handicraft yang kau boleh participate. Dari Namsangol Hanok Village aku jalan kaki balik ke Myeongdong Street untuk mencari makan. Ada benda lain yang aku belum try macam Coin bread (ada cheese kat dalam), sotong bakar, udang goreng kelapa & jus tembikai.
Satu yang aku perasan, makanan kat sini kalau aku makan jadi cepat muak. Tak pasti kenapa mungkin sebab dia berlemak & berminyak. Satu benda yang aku aim dari mula aku buat research pasal Seoul ni ialah nak beli stoking! Macam2 design yang cute, cartoon comel & harga agak berpatutan. Aku borong 7 pasang teehee.
On the way balik hotel, aku singgah Lotte Mart kat Seoul Station untuk shopping. I’ve heard so much about Lotte Mart untuk borong snek, makanan Korea. Orang ramai bukan main lagi. Harga semestinya murah dari Malaysia. Aku borong Binggrae Banana mini pack, seaweed, kopi, honey citron tea, ginseng tea & honey butter almond. Beli dulu, fikir kemudian macam mana nak sumbat dalam luggage. Lotte Mart ni senang claim tax free. Dia terus refund tak macam kedai lain kena refund kat airport nanti. Dekat pukul 10 malam baru aku sampai hotel. Kena tido awal sebab esok big day!
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba! Sepanjang kat Seoul elok ja cuaca. Bangun pagi ni hujan pulak! Dah la kena gerak jauh. Ke manakah kita? Nami Island! Aku naik ITX untuk ke Nami Island – amek yang paling awal 7AM sampai Gapyeong pukul 8AM. ITX aku beli siap2 dari Malaysia sebab takut habis. Ada ja option murah sikit iaitu naik subway tapi panjang lah perjalanannya. Dari Gapyeong ni ada beberapa cara nak ke Nami Island – tour bus, public bus, teksi atau jalan kaki. Aku pilih untuk naik tour bus sebab selain Nami Island, ada lagi tempat lain aku nak pergi. Dah la hujan makin lebat. Memandangkan tour bus 9AM baru start, aku lepak dulu kat GS25 (konbini) untuk breakfast. Cari gimbap takda so beli lah telur rebus & nasi putih untuk isi perut. Tepat pukul 9AM bas datang & terus ke Nami Island. Untuk masuk ke Nami Island ni pun ada 2 cara – feri atau zipline. Kau rasa aku naik apa? Sampai2 aku orang pertama yg beli tiket zipline. Dengan confident nya aku beli tiket & bila dia bawak naik lift sampai ke platform atas, lutut aku dah menggigil. Aku ni dah la gayat. Rasa nak patah balik tapi disebabkan tiket dah beli, terpaksa lah. Dia bagi raincoat sebab hujan. Just duduk atas kerusi, pakai seat belt. Bila dah ready dia tolak and zoom! Mula2 aku menjerit tapi lepas beberapa saat, rasa macam wow! Takda lah takut or gayat pun. Dia tak laju maybe dalam 80-90 km/j. And view dia sungguh cantik merentasi lautan/tasik? Basically kau terbang dari platform ke Nami Island. Kalau naik ferry dalam 10 minit baru sampai, tapi kalau naik zipline dalam 1 minit ja. Zipline ni macam paragliding cuma bezanya kau sorang ja & takda payung kat atas. Bila dah sampai kat Nami Island tu, aku macam nak naik lagi sebab rasa best & tak puas! Tapi bila fikir balik harga dia, next time lah.
Masih hujan walaupun bukan jenis lebat. Manusia tak ramai lagi masa tu boleh lah berselfie sana sini. Namiseom ni besar kawasan dia & memang macam pulau. 3 jam jugak aku untuk aku pusing satu pula tu. Banyak tempat menarik untuk tengok & bergambar lagi2 kalau kau peminat drama Winter Sonata.
Kat sini pun ada macam2 binatang berkeliaran mcm tupai, arnab, burung unta & burung merak. Nak jalan kaki boleh, nak sewa basikal boleh. Aku nak naik train UNICEF tu tapi tak beroperasi pulak – maybe hujan kot. Jangan risau kat sini ada satu restoran halal dengan harga berpatutan walaupun menu dia limited. Portion besar and sangat puas. Aku makan jjampong (mi seafood?) dengan sotong besar gedabak sampai kena pakai gunting untuk makan!
Kalau tak nak, kat luar Namiseom (sebelum naik ferry) ada 1 lagi kedai halal cuma kena jalan sikit (sebelum parking lot). Kalau nak bermalam kat Namiseom pun boleh – ada banyak pilihan hotel kat sini. Nak yang menghadap laut? Nak yang tengah hutan? Macam2 ada. Cuma kalau nak view cantik, better datang musim luruh/autumn bila daun2 dah bertukar warna oren. Masa aku datang, belum start lagi so pokok masih hijau2. Tak berapa cantik tapi boleh lah. Cukur.
Setel Namiseom, aku naik balik shuttle bus untuk ke Petit France. Masa tu hujan dah makin lebat. Perjalanan dari Namiseom ke Petit France tersangat jauh dlm 30 minit & jalan dia macam Cameron Highland sikit. So yang mabuk darat tu sila buat persiapan yang patut sebelum naik. Bila dah sampai & masuk ke dalam Petit France tu, rasa nak mencarut pun ada sebab agak disappointed dengan tempat dia. Tak menarik langsung. Dia macam bangunan warna-warni, ada muzik ala2 Perancis, patung/mainan, tunjuk design rumah konon orang Perancis. For me it’s very boring. Rugi ja bayar 10,000 won untuk masuk. Korang skip ja la Petit France ni. Not worth your money!
Dalam planning aku sepatutnya ke Garden of Morning Calm tapi memandangkan hujan tak berhenti malah makin lebat & hari pun dah gelap, aku amek keputusan untuk balik ke Seoul. Tiket train aku beli on the spot. Seoul pun hujan jadi aku ke Myeongdong lagi untuk beli ayam goreng kat Busan Jib untuk dinner aku. Aku sempat jugak beli hotteok (roti manis) & red bean taiyaki untuk dessert balik nanti. Balik hotel dalam kebasahan sebab aku malas nak beli payung. Heh. Oh lupa. Ayam goreng kat Busan Jib tu sedap woi! Berlemak, crispy, portion banyak (terpaksa simpan separuh untuk makan esok) & cukup segala perasa. Recommended.
Day 5 hari terakhir untuk aku berjalan. Hari ni free & easy ja so bangun pun lambat. First stop is War Museum of Korea.
This is the best war museum I’ve ever visited! Rasa macam budak kecik bila sampai sini – ada kapal perang, kapal terbang, tank, roket, senjata, helicopter & macam2 peralatan perang. Ada yang kau boleh masuk dlm & bergambar, ada yang kau boleh pegang. Cuma aku tak pasti peralatan2 tu replica atau real. I spent a good 2 hours here. Yang museum kat dalam tu pun best jugak kalau kau minat dengan history & war. Sepanjang aku kat sini, aku terpikir kenapa Malaysia takda muzium macam ni? Kita kan pernah berperang jugak dahulu, buat something yang boleh menyedarkan golongan muda tentang kesan peperangan dan pengorbanan perajurit tanah air kita.
From the history lesson, kita kena Itaewon pula untuk ke satu-satunya masjid kat Seoul ni. Masjid ni terletak atas bukit so kena menapak 10 minit jugak dari Itaewon Station.
Masa aku sampai, diorang tengah renovate so agak kucar-kacir sikit. If you are looking for halal food, Itaewon is the place to be. Macam2 ada – Lebanese food, Turkish food, Malaysian food, Arabic food, Indonesian food, Koread food semua ada. Kau pilih ja mana tekak kau nak. Aku pilih untuk ke EID for Korean food. Pelayan dia orang Malaysia jugak. Cuma menu agak terhad & aku makan tteobokki.
Honestly tekak aku tak berkenan la dengan makanan Korea. Dia macam pedas & masam which I don’t quite like. After lunch aku gerak untuk shopping buat kali terakhir kat Namdaemun Market iaitu market paling tua kat Seoul. Macam2 ada sini – fresh food, ginseng, baju, kain, souvenir. Harga pun agak berpatutan & banyak orang local shopping kat sini.
Satu landmark yang aku nak pergi ialah Starfield Library – tempat viral dengan rak buku tinggi terletak di COEX Mall, Gangnam. Manusia bukan main ramai lagi dalam ni, belum termasuk lagi yang dok berposing sana sini, naik escalator 2-3 kali untuk bergambar.
For a library, it’s not that quite. Dia bukan library sangat pun yang kau boleh pinjam buku. No, kau just baca kat situ. Takda librarian pun nak cop2 buku. Lepas Starfield Library, aku tak pusing pun dalam mall tu because it’s not my thing. Banyak la kedai luxury dalam tu kalau kau jenis kaki shopping boleh la buat tour dalam tu. Tak jauh dari COEX Mall ialah Bonguensa Temple, a buddhist temple yang ada giant Buddha. Aku malas nak ke K-Pop street sebab nak kena jalan kaki 40 minit. Kalau kau peminat tegar K-Pop mungkin kau sanggup. Tapi since aku ni K-Pop hater, aku gerak balik ke hotel sebab belum packing lagi. Malam dah kena gerak dah ke airport sebab flight aku pukul 6 pagi keesokannya. Takkan la aku nak gerak pepagi buta.
Pukul 10 malam aku start gerak ke airport sebab train tengah malam dah tak beroperasi sampai la 5 pagi. Penuh berliku aku naik train dengan bawak 3 beg. Dekat 2 jam jugak la perjalanan nak ke Incheon Airport dari hotel aku. Kena tukar2 train lagi. Penat nok! Sampai airport terus carik port untuk tido malam tu. Incheon Airport is the second-best airport I’ve slept in. Ada kerusi panjang boleh baring, lampu malap & aircond tak sejuk. Selesa untuk tido. Aku tak tido sangat pun sebab sampai airport dah dekat pukul 1 pagi, check in pukul 4 pagi. Tido2 ayam ja la. Dalam flight baru tido puas2.
So, that’s a wrap on my South Korea trip! Overall, quite nice, a cheap place to travel to, banyak tempat menarik. Mungkin next time boleh ke Jeju Island pulak.
So as a first timer kat South Korea ni, aku nak share sedikit tips la kot untuk mana yang nak pergi nanti:
Kalau nak pergi tempat attraction, pastikan datang awal. Pukul 9 pagi dia bukak, 8.50 kau dah kena sampai untuk mengelak crowd.
Train dia senang untuk navigate. Tak complicated macam kat Tokyo.
Korang kena amek kira masa perjalanan dari satu tempat ke satu tempat. Walaupun naik train 5 station ja, tapi tu pun amek masa dlm 30 minit. Lagi bertambah masa kalau nak kena transfer line.
Rata2 attraction kat sini besar, sila allocate paling kurang 2 jam untuk explore 1 tempat.
Makanan dia lebih kepada seafood, pedas2 masam.
Google Maps tak berguna kat Seoul ni. Download Naver Map siap2.
Convenience stores macam 7-11, CU Mart, GS25 tak macam kat Jepun. Payah nak cari makanan yang “halal”. Egg sandwich ada ham & bukan ham semata. Gimbap tuna ja ada tapi tuna pun kena tengok jenis tuna sebab ada yang bercampur dengan ham. Yang selamat ialah gimbap tuna biru dari 7-11. Kalau nak selamat makan telur rebus & nasi putih ja la.
Cash is still king. Takda masalah kau nak pecahkan duit besar ke duit kecik.
Mostly kedai2 kat sini bukak pukul 11 pagi kalau kau nak shopping/makan.
Yang paling penting, tak sosek napeh (sesak nafas) bila kat Seoul sebab dah tak payah pakai face mask.
Budak2 zaman sekarang dah tak minat travel ke ha? Ingat lagi masa aku umur 20-an, kaki gatal nak berjalan ke sana sini, tangan gatal cari2 tiket murah, mata gatal baca2 blog orang. Tapi berdasarkan pengamatan aku, budak 2 series sekarang macam payah nak tengok diorang berjalan. Lebih banyak bekerja, OT, lepak2 mall, sakan bercinta cintun. Dah la study pun dekat dengan kampung halaman, tempat kerja dekat dengan rumah, duduk sekali dengan mak bapak, gaji pun besar. Bila tanya korang tak nak ke travel sana sini? Dia jawap takut, risau, takda duit, mahal. Hah? Lemah!
Aku dulu masa belajar kena merentasi lautan. Pastu bila dah grad, kat kampung takda kerja jadi terpaksa merentasi lautan lagi. Aku kerja kat KL gaji sebulan RM1800, Kecik ye dik! Kecik berbanding gaji korang sekarang yang sampai RM3000 untuk fresh grad! RM1800 tolak EPF itu ini tinggal la RM1500. Bilik sewa RM400 sebulan, kereta takda, pakai kaki, bas & LRT ja untuk ke sana ke mari. Breakfast beli nasik lemak RM2, tapau sekali nasi goreng RM2 untuk lunch nanti. Malam pula makan roti canai RM2. Kalau tak kenyang, beli roti putih Gardenia cicah belen kari yang tinggal. Wiken plak tapau mamak bawah nasi putih & ayam goreng RM5. Malam masak mie sedaap kepit dengan roti putih untuk bagi kenyang. So basically duit makan aku sehari tak lebih RM10. Duit yang lebih buat saving untuk ASB & travel.
Airasia buat sale ja terus sambar janji tiket bawah RM300. Pergi negara2 Asia murah ja mcm Indonesia, Cambodia, Vietnam, Laos etc. Biasa 5 hari 4 malam aku just spend bawah RM1000 je all-in. Bawak bagpack, takda luggage, makan tepi jalan, naik public transport, duduk hostel RM15-20 semalam. Ah that was the life! My 20’s was so much fun. Benda yang aku nak semua tercapai. Nak backpack Europe sebelum umur 30? Checked! Nak ada rumah sendiri sebelum umur 30? Checked! I worked hard in my 20’s but I also played hard. Sekarang dah 3 series, aku lebih chill, lebih laid back. Kalau ditakdirkan aku mati esok, I have no regrets sebab apa yang aku nak dah tercapai. Umur 30-an aku lebih focus kepada mental and physical health. Takda maknanya aku nak kerja kuat, nak OT, boss suruh buat tu buat ni, takdanya aku nak yes yes sure. Kena bagi masa untuk pikir dulu baru bertindak. Waktu pejabat tamat, chow and jaga diri pulak. Aku exercise untuk jaga jantung, jaga pemakanan. Sekarang gaji cukup makan, cukup untuk hidup, that’s it.
Aku masih lagi travel cuma tak macam dulu. Sekarang travel in comfort. Naik full-service airline, duduk private room. Jalan2 pun chill ja tak berkejar-kejar. Orang tua la katakan! Orang tua ni nak bagi nasihat buat orang muda. Umur 20-an sila tekan minyak & accelerate. Kerja kuat tapi at the same time enjoy jangan lupa. Pasang impian, letak timeline dan kau kena pastikan impian tu kau capai! Umur 30-an dah boleh take it slow sebagai persediaan untuk kau betul2 menganjak ke umur 40-an & 50-an. Masa muda ada duit RM500, travel cara ada duit RM500. Ada duit RM1000, travel cara duit ada RM1000. Simple. Ukur baju di badan sendiri. Roger & out!
Salam Malaysia permaidani terbang! Posting kali ni agak controversial. Nanti adalah yang label aku liberal la, jenis tak tau agama la, blablabla.
Sempena bulan posa ni, nak sentuh pasal agama sikit. Jadi alim sikit. Eh? Orang melayu biasa teruja kan kalau travel ke negara Islam, negara yang majoriti rakyatnya Muslim sebab tak payah risau pasal makan, tak payah risau pasal tempat nak solat. Automatik fefeeling selamat sebab di kalangan saudara seagama sendiri. Kan?
Tetapi based on my travel experiences, jauh panggang dari api! Aku pernah travel ke negara Islam, negara majoriti orang Islam. Pernah travel ke negara yang mengamalkan ajaran Budhhism, negara majoriti menganut ajaran Buddhism. Pernah travel ke negara Kristian, dengan majoriti penganut Kristian.
Meh sini nak habaq! Selamatkah di negara saudara seagama sendiri? Adakah sebab dia negara Islam, akhlak, amalan diorang sewaktu dengan apa yang ayah/ibu/ustaz/ustazah kita ajar dari kecik?
Istanbul, Turkey
Aku anti betul dengan Turkey ni lagi-lagi Istanbul. Negara Islam tapi rakyat (lelaki) macam celaka! Sini kali pertama aku kena scam dengan taxi driver. Nak dijadikan cerita, aku baru sampai Istanbul dari Greece. Sampai lewat malam. Sebelum ke town, aku ada keluarkan duit dari mesin ATM lalu amek teksi untuk ke hotel. Mamat teksi tu muda lagi dalam 20-an and memang sweet talker. Aku layan tak layan je la duduk seat belakang, dengan mata tertumpu ke Google Map. Takut dia bawak aku entah ke mana sebab aku dah research siap2 pasal scams kat Turkey ni. Bila dah sampai hotel, aku keluarkan duit untuk bayar and dia bagi balik duit aku cakap aku tersalah bagi duit kecik. Contoh macam kita bagi RM50 tapi dia ckp kita bagi RM5 sebab duit kat sini warna lebih kurang. Aku mcm blur2 pun iya ja lah sebab aku dah mengantuk gila, dengan penat dengan tak mandi tak makan lagi.
Bila dah sampai hotel, dah refresh semua, aku terpikir balik hal teksi tadi. Aku tengok blk duit aku & duit yg mamat tu bagi. Tiba2 aku teringat masa aku keluarkan duit dari mesin ATM tu, semua duit nota besar. Mana ada duit kecik. Mamat tu ckp aku bagi duit kecik. Then it hit me! Aku kena scam dengan mamat Turkey celaka!
Kes kedua melibatkan penjual kat Grand Bazaar. Aku ada beli souvenir kat salah satu kedai kat Grand Bazaar tu. Ada mamat sweet talker jugak siap bagi diskaun, bagi free gift, nak bergambar bagai lah. Dan kitorang bertukar nombor & dia ckp nak bawak aku sight seeing area Istanbul petang nanti. Aku on je la. Innocent tak aku? Ahahaha! Malam nya tiba, dia msg nak amek aku dengan moto, siap tny duduk hotel mana. Aku dah rasa something wrong tapi takpa aku layan. Bila dia msg aku ckp malam ni dia nak bawak aku ke hotel “to spend time” aku dah hangin dah. Dan dia msg dah ada kat bawah hotel aku. Of course aku tak turun, siap pesan kat receptionist lagi. Dia call, aku tak jawab. Tp still msg lagi. So buat sesi soal jawab dgn dia tny apa dia nak sebenarnya & he admitted – seks. Siap tny kenapa aku takut, is it because you are virgin? Aku hangin dah. So aku tny dia, are you Muslim? Dengan bangganya dia jawab yes! Terus aku block nombor dia. And yes, aku still simpan screenshots tu semua.
2. Mostar, Bosnia and Herzegovina
Dari aku kecik lagi aku dengar orang Bosnia sangat suka dengan orang Malaysia sebab kita pernah tolong diorang sewaktu perang Bosnia dulu. Dari dulu aku ingatkan Bosnia ni negara Islam tapi bukan sebenarnya. Dan sebelum aku sampai, aku siap Google lagi dan memang sah sini banyak orang Islam. Tetap jauh panggang dari api. Pergi masjid, masjid tak bukak. Tapi masjid bukan main berlambak kat sini. Nak cari makan punya lah payah. Masuk kedai halal tapi tak halal. Aku ingat lagi aku pergi satu kedai ni. Kat luar tulis halal. Aku confident lah masuk. Siap tny waiter tu, here food halal yes? Dia angguk yes2. So aku nak order kebab daging. Waiter tu macam ragu2. Dia suruh you take chicken. Chicken halal. Aku mcm aik? Chicken ja halal? So aku tanya why? Beef not halal? Dia sengih2 and ulang balik chicken halal chicken halal. Aku pun apa2 je la. So daging sini tak halal ke? Kat luar bukan main lagi ada tanda halal, siap confirmkan dgn aku makanan sini halal. Tapi ayam saja halal. Binatang lain tak halal. Chicken sungguh la Bosnia ni!
3. Tirana, Albania
Ni pun negara majoriti orang Islam. Tapi Islam dia lain macam sikit. Islam tapi boleh minum alcohol yang memabukkan. Tak tau ikut mazhab mana. Kat sini alcohol yang famous Raki. Kau akan nampak pakcik2 tua berkopiah enjoy minum2 dengan geng2 dia. Biasa negara2 macam ni Albania, Turkey, negara2 Arab memang kaki minum. Based on what I see and experience. Macam Malaysia lah. Rokok difatwakan haram tapi tok imam masih selamba hisap. Same same.
Itu lah sedikit sebanyak pengalaman aku di negara2 Islam atau negara yang majoriti beragama Islam. To tell you the truth, aku tak rasa selamat di Istanbul. Aku cepat2 blah dari Istanbul and spend most of my time kat Goreme, Cappadocia. Dan bila kau search atau tengok kat sites macam Backpackers Buddies Malaysia atau group2 travel, perempuan yang travel solo confirm ada pengalaman sama macam apa yang aku alami.
Jadi negara mana yang aku rasa selamat? Ni bakal kena kecam ni. Drum roll please! Negara di mana ajaran Buddhism sangat kuat i.e Myannmar dan Cambodia. Practicing the real Buddhism. Serious rasa sangat selamat, tak dikacau, takda scam & rakyatnya sangat baik, sangat polite. Kalau negara macam Thailand, Vietnam, tak berapa sangat sebab ia negara2 moden, dan tak berapa nak “alim”. Again, apa yang aku tulis ni based on my own travel experiences. Cuba bandingkan dengan negara2 Arab macam UAE, Egypt. Negara2 yang kononya pertama sekali dpt ajaran Islam. Tak payah tengok negara lain. Kat Madinah, Mekah pun, scam berlambak. Kota suci tu tapi sedih bila orang kena scam, kena tipu. Konon peminta sedekah. Penjual2 pakaian. Penjual2 kurma. Orang2 macam ni perlu disesah, di body slam biar otak tu function sepenuhnya. Di Tanah Suci boleh buat hal! Belum cita lagi orang kita sendiri yang celaka tipu duit golongan warga emas untuk mengerjakan umrah.
Aku tak nak cita banyak2. Aku pun bukan alim, bukan sempurna, bab agama pun masih berlubang. Tapi yang mana baik kita sanjungi, yang mana buruk kita kecam dan jauhi!
Border dah bukak, dunia travel dah kembali rancak. Me being me, dah gatal nak travel. Tapi apakan daya. Duit pulak takda. Duit cukup beli tiket flight ja. Kang tak pasal aku jadi begpacker kat tempat orang. Eh?
Aku nak pergi somewhere yang aku tak pernah pergi lagi. Tengok2 tiket semua tempat yang aku tak pernah pergi mahal nak mampus. Rata2 over RM2.5K. Gila! Aku teringin nak pergi Uzbekistan. Tak lain tak bukan nak pergi makan ja. Tapi flight saja dah lebih RM4K. Aku tak kaya nok!
Usha2 Skyscanner flight ke South Korea murah. Aku memang tak pernah pergi lagi. Berminat lah jugak. Anything to expand my travel list. Naik Cebu Pacific. Bawah RM1K ja return with luggage. Tapi ada satu benda yang anjir. Memandangkan ni flight Pinoy punya, kena transit la. Kalau kejap takpa. Tapi transit nya 21 jam! Anjir! Mati kutu aku nanti. Memang la boleh keluar jenjalan sekitar Manila, tapi rushing la. Dengan trafik di Manila tau2 la macam mana.
So where to next? Cari2 lagi kat website yang pernah aku agung-agungkan suatu ketika dahulu. Airasia or should I say Capital A? Tiket ke Perth murah nok! Bawah RM1.2K tanpa luggage. Tambah luggage adalah dalam RM1.4K. Tapi pikir punya pikir, Perth ni dah la over the sea. Semua nak kena darab 3. I am after all, from a poor country. Eh? Kena lagi jadi begpacker nanti.
Last2, tutup ja la browser dari hati jadi semakin sakit. Ikut cakap pepatah Zimbabwe – “Kalau takda duit, dok diam2! Jangan gatal!” Pergi Zimbabwe ja lah aku. Pun macam best kan. Mana lagi mau pergi ini?
I had a dream last night that I was somewhere in Europe. Don’t exactly know where.
I was helping someone selling drinks. I know the guy and yes he does sell drinks right now but not in Europe.
He’s selling drinks in Sarawak actually. I’m not close to him at all. He’s like a mutual mutual friend of a mutual friend.
Anyway, back to Europe. There was this girl. She was all over me. I know her. I can even tell you her name right now, (but I won’t).
She checked out my phone. How you asked? When I was helping this guy selling drinks, I dropped my phone. She picked it up and start browsing my photos.
She saw the photos I had in my phone. Photos I took when I was in Europe and she got clingy and was all over me and then my dream kinda skipped a chapter.
I was suddenly a tour guide for a bunch of people and we were walking to France. In fact we were walking to Paris.
It was a bunch of people that I don’t recall and don’t really know. Do you know how in a dream that the faces were blurry. It’s exactly like that so I can’t tell you who those people were.
Anyway, I became a tour guide. I brought them to Paris, and we were actually on our way to the Eiffel Tower.
On the way there, we walked pass a French woman, giving a tour on the types of coffee available in Paris.
Before we continue our journey, there was a spot check conducted by an old lady in which she checked our hair to ensure that our hair are not messy. Those with messy hair are not allowed to walk pass.
And then I woke up.
It was a bizarre dream to say the least. Was that a sign that I should make a trip to Europe again?
I was gonna do a Europe Part 2 trip but who knows when?
For those who knows me, I am a person who takes note of every expenses spent. From toilet fees, to coffees, to shopping.
Now bear in mind I only ate at a proper restaurants thrice throughout my whole trip – once at McDonald’s (ordered Filet-o-Fish Medium set with one apple pie), twice at a hotpot restaurant (hotpot with side of rice and Coke, the other time hotpot with champon and wagyu beef ball). I mostly bought sandwiches, onigiri and drinks from konbini (convenience store) because they’re cheap and easy to eat on the go. I was tired from moving around so much that my appetite wasn’t that good. I can barely finish my McDonald’s meal.
Another thing that I was surprised with was the size of the McDonald’s meal. I ordered medium set as I would normally at home. Before my meal arrived, I looked around and saw majority of the Japanese ordered the small set and yup, the small set was like a medium set and my medium set looked like a large set. The damn fries was spilling out from the box! I couldn’t finish my fries and had to take them home along with my apple pie. That was the first time I couldn’t finish my McDonald’s meal in forever! And now I know why most people ordered the small set! You can have a fulfilling breakfast or lunch from a konbini at around 500 yen. Or do what I do – I went to those supermarkets like Aeon during lunch time where they have bento boxes for sale for less than 1000 yen.
In terms of entrances to the sights, all the temples and shrines are free to enter. Only places you have to pay for entrance fees are to the zen gardens (those that ends with -en like Rakusuien or Shofuen, except Ohorikoen) because they’re privately owned. Entrances vary from 100 yen to 300 yen. Then of course you have the zoo and the marine park that goes up to thousands of yen to enter.
In terms of transportation, you can either opt for 1-day subway pass or just reload your PASMO/SUICA etc cards. For me the 1-day subway pass is not really necessary unless you want to finish seeing all the sights in one day. In a day, you can maybe visit up to 3,4 sights at about 2,3 subway stops. If you’re like me that enjoys walking, you can reach nearby sights within walking distance instead of waiting around for the subway and going up and down staircases. Plus the subway pass is only valid for subway and not JR trains or buses. In Fukuoka, I believe taking the subway is cheaper than taking the bus considering my experience on both.
Shopping-wise, not much difference in prices compared to other cities like Tokyo or Osaka. If you’re looking for cosmetics, you can go to Matsumoto Kiyoshi or if you’re looking for food and everything else, you can head to Don Quijote or Aeon. For cosmetics prices, they’re similar between each shop. But for food items, Aeon is definitely cheaper. Don Quijote is a favourite shopping place for tourists like those from South Korea, China and Thailand. I suggest you either go early in the morning or during lunch time to avoid crowds and long queue at the tax-free counters. DO NOT GO AT LATE EVENING OR NIGHT TIME! The queue is going to be long AF!
In terms of accommodation, based on the countless times I’ve been to Japan, the prices in Fukuoka are higher than say Osaka. Perhaps the direct consequence of Covid, I don’t know. Expect to pay a hefty price plus accommodation tax of 200 yen per night in Fukuoka.
For flights, of course if you’re based in KL, it doesn’t cost that much to fly direct from KLIA. But for me, I need to travel from my hometown to KL then to Fukuoka. Philippines Airlines is pretty cheap to travel with. Definitely cheaper than Airasia or Scoot. As mentioned in my previous post, Philippines Airlines offers quite comfy seat with spacious legroom on top of inflight meals and 30kg baggage allowance plus 7kg hand-carry. The only downside is the transit time in which you’ll probably be bored AF waiting for your next flight to take off.
So that’s pretty much it. I no longer travel as a budget backpacker, not since 2018 anyway. Instead I chose to travel comfortably with a nice big budget. Who knows, perhaps I’ll travel on Business or First Class next eh?