Masih Berbaloikah Japan Rail Pass Sekarang?

29th December 2023

Rata-rata mesti dah tau yang Japan Rail Pass (JR Pass) dah naik harga sejak 1 Oktober 2023. Naik bukan sikit tapi sampai 70%! Aku pernah pakai JR Pass ni 2 kali pada tahun 2016 & 2018; yang 7 hari dan yang 14 hari. Masa tu sangat lah berbaloi memandangkan base aku adalah di Osaka dan aku pergi sampai ke Tokyo, Yokohama balik hari! Hampir tiap hari aku ulang alik – breakfast di Osaka, lunch di Kyoto dan dinner di Tokyo. Sebab apa? Sebab boleh dik!

TypeCurrent PriceNew PriceIncrease %
Regular 7 days¥29,650¥50,000¥20,350 (69%)
Regular 14 days¥47,250¥80,000¥32,750 (69%)
Regular 21 days¥60,450¥100,000¥39,550 (65%)

Nampak tak betapa jauhnya beza harga dulu dengan sekarang! Nak beli JR Pass 7 hari pun dah RM1,644 (tukaran ¥1,000 = RM32.88), 14 hari dah RM2,630! Tapi jangan kalut dulu. Mari kita buat kaji selidik keberbaloian (is that even a word?) JR Pass yang dah naik harga ni.

Katakan kau landed di Osaka dan nak explore bandar-bandar terkenal macam Kyoto, Nara, Himeji, Hiroshima dan Tokyo tapi kau ada lebih kurang seminggu sahaja. Kau nak beli dan pakai JR Pass 7 hari sebab rasa murah dan mudah. Contoh lah itinerary kau macam kat bawah ni:

Day 1: Landed in Osaka (hari ni tak activate JR Pass lagi sebab sampai pun dah petang)

Day 2: Explore around Osaka. (jgn activate JR Pass lagi sebab dlm Osaka lebih byk pakai metro)

Day 3: Dari Osaka ke Kyoto. Activate day 1 JR Pass. Full day in Kyoto. Malam balik Osaka.

Day 4: Dari Osaka ke Nara. Day 2 JR Pass. Full day in Nara. Malam balik Osaka.

Day 5: Dari Osaka ke Hiroshima. Day 3 JR Pass. Full day in Hiroshima. Boleh juga nak add on trip ke Miyajima. Malam balik Osaka.

Day 6: Dari Osaka ke Himeji. Day 4 JR Pass. Full day in Himeji. Malam balik Osaka.

Day 7: Dari Osaka ke Tokyo. Day 5 JR Pass. Kira half day di Tokyo sebab perjalanan jauh. Bermalam di Tokyo.

Day 8: Explore Tokyo. Pergi Mount Fuji. Day 6 JR Pass. Bermalam di Tokyo.

Day 9: Dari Tokyo ke Osaka. Day 7 JR Pass. Malam balik KL.

Sekarang mari kita tengok berbaloi atau tidak JR Pass ni berdasarkan kira-kira di bawah ni! Note: harga transportation dalam area Osaka & Tokyo aku tak masukkan.

Take note yang JR Pass ni tak boleh naik Shinkansen jenis Mizuho & Nozomi (variant paling laju). Kalau nak naik, kena bayar extra. Jadi kiraan di atas based on Shinkansen biasa shj macam Sakura, Hikari, Kodama etc. Nampak macam berbaloi kan beli JR Pass baru ¥50,000 & dapat jimat ¥7,630 (RM250.87). TETAPI, ada tetapi nya. Kau boleh beli pass lain iaitu JR Kansai Hiroshima Area Pass di mana 5 hari baru ¥17,000 (RM558.96)! Kalau kau nak jugak merasa naik Shinkansen ke Tokyo, beli tanpa apa-apa pass:

Mahal sikit la kalau pakai JR Pass. Beza dalam RM172.95 sahaja. Kalau nak lagi murah, tak payah naik Shinkansen, naik overnight bus pun boleh. Contoh lah bajet kau tak cukup, tak payah lah pergi Hiroshima & Miyajima. Pergi area Kansai shj boleh pakai JR Kansai Area Pass 4 hari baru ¥7,000 (RM230.16) tambah lagi naik overnight bus dari Osaka ke Tokyo dan return baru ~¥12,000 (RM394.56). Total baru RM624.72; lebih separuh dari harga JR Pass.

Jadi untuk menjawab persoalan berbaloi atau tidak, kena tengok dan rancang perjalanan kau. Bagi aku, kalau dari Osaka pergi Tokyo balik hari, yes berbaloi. Satu yang aku suka pasal Jepun ni ialah dia sangat tourist-oriented di mana ada banyak jenis-jenis pass yang boleh dibeli. Yang penting kau kena tau mana nak pergi, naik apa. Boleh pakai app macam Hyperdia atau Navi Map untuk tau route dan harga. Sekian.

Leave a comment